Thursday 28 April 2011

36

Mereka saling mengalih dari pandangan yang lama.Mengerling antara satu sama lain. Memandang dengan hujung mata.Masing-masing menzipkan mulut.Tidak tahu perkataan apa yang sepatutnya menjadi pembuka bicara.Hanya menanti masa.Biar masa yang menjawab segalanya.
Satu pasang mata turut mengikut campur dalam urusan ini.Terdengar sedikit keluhan. Kepala digeleng.Pipi dikembungkan.Kesabaran yang memang mencabar iman.Sudah 15 minit berlalu.Tiada apa yang dibincangkan.

                “Kalau dibiar lagi setahun pun,keadaan tetap tak akan berubah”.Huda menegur rakan setugasnya.

Ariz tersentak.

                “Awak pun follow jugak ke cerita dua budak ni?”Soal Ariz.

Dia mengangguk dan menunjukkan majalah sekolah kepada Ariz.

Ariz tergelak besar.

Ean dan Qaisha serentak memandang ke arah suara ketawa itu.

Ariz dan Huda menghampiri mereka.

Ariz memandang Ean.

                “Sharkboy”.

Huda pula memandang Qaisha.

                “Lavagirl”.

Masing-masing mengerut dahi.Kedua-duanya buat muka blur.

Ariz menunjukkan tajuk utama majalah sekolah untuk bulan ini kepada mereka berdua.

‘Perang dunia ketiga akan bermula di antara Sharkboy dan Lavagirl’.Di dalam itu juga tertera gambar Ean sedang mengacukan senapang dengan berbutir-butir peluru bersepah di sisinya kepada Qaisha yang hendak membaling bom atom dengan beberapa jenis bom yang lain di sisi mereka.
Tak kurang dengan itu,gambar Ean sudah di edit dengan tambahan sirip di belakangnya dan gigi taring.

Gambar Qaisha juga turut tidak ketinggalan di edit dengan tambahan api di keseluruhan badannya.
Sharkboy dan Lavagirl dah hangat satu badan.Pantas jemari mereka membuka ke arah muka surat organisasi redaksi.Semakin menghangatkan badan,mereka menggunakan nickname.Siap ada pesanan ringkas lagi, ‘abang and kakak janganlah marah.Ni je satu-satunya cara unuk attrack budak-budak beli majalah sekolah.Sampai masanya nanti, korang berdua tahu la siapa dalang di sebalik semua ni…hehehe…’.

Memang cari mautlah pak dalang-pak dalang di sebalik semua ni.


Coach Anas dan Ariz hanya mampu tersenyum sahaja.Kalau main dalam single,punyalah gempak tapi bila main double,budak tujuh tahun pun menang.Mereka berdua dikecualikan dalam menghadiri P&P.Mungkin sesuatu yang best bila tak payah nak masuk kelas ni tapi bagi mereka.Lebih baik stay dalam kelas daripada menghadap face to face dekat court.

                “Ean Qaisha,25 sit-up!”Jerit coach.

Masing-masing mengeluh.

                “Kau punya pasal la ni.Sibuk nak gebang kau punya skill yang haprak tu”.

Ean dah berasap.

                “Habis tu semua ni salah aku lah?”Tengking Ean.

                “Of course lah.Nampak ke muka aku yang lebih layak untuk tu”.

                “Kau lah”.

                “Salah kau,Aiman Ikhwan”.

Sedap jugak nama aku bila lavagirl ni sebut.Eh..tak boleh jadi.

                “Salah kau,Sofi Nur Qhuraisha”.

Sedap jugak nama aku bila sharkboy ni sebut.Eh,pahal pulak ni…

                “35 sit-up!”Jerit Ariz pula.

Masing-masing terlopong.Dahlah cuaca tengah terik ni.

Akur jugaklah daripada bertambah besar pulak nombor tu.

35

Tangan kanan meriba kepala yang pening memikirkan masalah yang lebih besar dari masalah letupan kilang nuklear.Macam mana nak settle kan benda yang rumit ni dengan budak yang berlagak tahu segala benda tu. Alamatnya kena tunggu kilang nuklear meletup dulu lah.

                “Pahal ni bro?Kita fly hari ni nak bersuka ria bukannya nak berduka cita”.Jun menegur.
Ean memicit-micit dahinya.

                “Ni tak lain tak bukan pasal couple kau la kan?”

                “Jannah mana ada prob apa-apa dengan aku”.Jawabnya ringkas.

                “I mean your couple in mix double”.Balas Oishi.

Kent memusingkan straw.

                “Pikir pasal budak tu esok je la.Sekarang baik kita pikir masalah KCJ.Aku allergic dengar cerita pasal budak tu.Yang coach kau tu pun satu. Dah tahu kau tak boleh nak ngam dengan dia.Lagi,dia pergi rapatkan.Pelik...”.

                “KCJ ada prob apa,Kent?”Soal Ean.Malas nak melayan karenah otaknya.

                “Kes budak-budak form 3 tu lagi la.Aku dengar diorang ada mission baru”.

Oishi tekun menaip sesuatu.Memang tak boleh berpisah dari laptop.

                “Kau tak jumpa apa-apa info ke pasal diorang ,Oishi?”

                “Susahlah.Terbelit-belit nak ceroboh data diorang.Genius betul budak yang jaga maklumat. Mesti budak yang sorang tu”.

                “Siapa?”Masing tertanya-tanya.

Oishi membuat muka kereknya.

                “Siapa lagi.Adik aku la,Micky”.Jawab Oishi bersahaja tetapi dengan senyuman meleret.

Yang lain semua dah macam gaya orang nampak perhimpunan segala hantu dah dekat depan.

                “Serius ke ni?Adik kau pun stick sekali ke?”

                “Adik angkat ke adik tiri ke adik dorm?”

                “Betul ke ni?Asal kau tak pernah bagi tahu?”

Oishi tergelak melihat kecuakan kawan-kawannya.

                “Lepak la,ni adik kandung la.Seibu sebapa,duduk satu bumbung.Dah korang tak pernah tanya.Aku pun bukannya suka sangat cerita dekat orang lain pasal family aku”.

                “So,kitorang ni orang lain la?”Jun membuat gaya merajuk.

                “La bro,nak main drama filem Melayu pulak ke kat sini.Okaylah aku share sikit cerita pasal gang adik aku ni.Sir Akmal gelar gang diorang ni Paracetamol”.

                “Paracetamol?Bukan nama dadah ke tu?”Soal Ean.

                “A'ah,a drug that relieves pain.Tapi kalau salah guna akibat dia sama macam dadah-dadah yang lain la”.

                “Apasal Sir Akmal bagi diorang gelaran tu ek?”Soal Ean berminat.

                “Ni yang best nak cer ni.Diorang ni buat jenayah sebab nak cover budak-budak yang innocent.Kira niat baik la tapi cara diorang memang gempak tahap tak ingat.Tu yang effect kuat tu bila kantoi.Lebih kurang Paracetamol la,kisah hidup diorang ni ”.

                “Nak ambik alih mandat kita la ni ek?”Soal Jun dengan suara bergurau.

                “Maybe tapi niat kita 99.5% untuk perkara yang tak baik”.Jawab Ean.

                “Kira baik la kita ni.Kita buat untuk advantage orang lain jugak”.Kent tetap mahu membela kumpulannya.

34

Aduh,nak patah sendi-sendi ni.Apa hal la berat sangat denda hari tu sampai sekarang terasa lagi sakitnya.Kena bawa kerusi kayu pusing satu padang tanpa berhenti.Kalau berhenti,kena ulang balik.Kalau padang tu besar macam pusing satu lori tak apa lah.Ni padang bola sepak.Sedih betul la.Lagi bertambah sedih,tournament dah nak dekat.Tapi kes aku dengan Ean tak settle lagi.Macam mana ni?

Nate,sejenis biawak peliharaannya dibelai.Dia sudah siap untuk pergi menjadi guru muda untuk mengajar murid-muridnya yang digelar Paracetamol.Baru dia tahu budak-budak yang diangkut abangnya itu bukan sebarang budak,mereka merupakan prisoner sekolah sejak zaman sekolah rendah lagi.Bagus la pergi eksport dekat aku.

                “Pergi tukar pakai baju sukan and sport tracks.Jangan lupa raket sekali”.Ariz yang sudah siap berpakaian t-shirt nike hitam dengan jeans menegurnya dari belakang.

                “Penatlah.Esok-esok je la”.Takkan pergi practice sekali.Malasnya nak tukar baju...pakai jeans tak boleh main badminton ke?

                “Whatever.Anyway,thanks for the great dedication”.Boleh lagi dia kenakan aku.Nasiblah tak ada siapa yang tahu aku pakai jam tangan smiley hari tu.Buat malu je.Jatuhkan maruah aku.Manalah aku perasan,aku main grab je jam tu.Jam yang dihadiahkan oleh adik 'tersayang'.Tapi aku tak dengar last part hari tu.Biarlah,tak penting pun.

Aku tak rasa ada lagi abang selain abang aku yang kejam macam ni.Dah la tak ada sense of humor.Serius memanjang.Aku buat lawak  je,dia angkat kening.Ingat cantik sangat ke kening tu.Tu pasal lah yang kat dalam rumah ni tak pernah ada gelak tawa.Kalau ada pun aku gelak dengan pakcik tukang kebun + driver.Tak pun gelak depan skrin.




                “Korang kena skor integers ni.Kalau tak memang out la PMR nanti”.

Mereka yang lain mengangguk-angguk sambil menyalin nota-nota penting.

Qaisha melukis dua tandas pada papan putih.Satu tandas lelaki,satu tandas perempuan.

                “Okay,korang nampak ni.Gents,korang ingat simbol + ladies pulak simbol -. Kalau lelaki pergi tandas lelaki.Mereka diterima.Macam tu jugak dengan perempuan.Diterima satu perkara yang positif so kita gunakan simbol tambah +.Okay,takat ni boleh download dalam otak tak?Kalau tak faham boleh tanya”.Bukannya nak ajar benda yang bukan-bukan tapi kalau budak-budak macam ni kita kena simple kan.

Mereka mengangkat ibu jari.Ok.

                “Ok,kita sambung lagi.Kalau lelaki pergi tandas perempuan.Apa jadi?”

             “Jadi bersih la”.Jawab Xiah.

                “Asal jadi bersih?”Soal Qaisha keliru.

                “Dah cleaner lelaki tu pergi bersihkan tandas perempuan.Bersihlah”.

Budak-budak yang lain dah ketawa terbahak-bahak.Xiah membuat muka tak faham.

                “Adoyai,sucinya otak  budak sorang ni”.Jawab Qaisha sambil menggeleng kepala.

U-Know mengangkat tangan.

                “Lelaki masuk tandas perempuan,kena kick la.So,kick mean the sign of subtract.Am I right,kak Qaisha?”

Dia mengangguk.

                “So,macam tu jugaklah perempuan masuk tandas lelaki kan kak?”Soal Hero pula.

Dia mengangguk lagi.

                “Tapi kegunaan formula ni berbeza dalam kes tambah tolak dengan kes darab bahagi.I think this part la yang ramai confuse”.

Qaisha memadam papan putih.Nanti jadi misunderstanding pulak bagi orang yang tak tahu cerita dari awal.

                “Five minus negative five equal to ten”.5 - -5 = 10

                “Tapi,five times negative five equal to negative 25”.5 x -5 = -25.

Qaisha memandang pelajar-pelajarnya.

                “Siapa nak buat conclusion untuk bab ni?”

Masing-masing diam dan berpura-pura sedang membuat kerja masing-masing.Ada yang tengah isi dakwat pensil, ada yang tengah tekan kalkulator dan ada juga yang sedang membelek-belek buku rujukan.
Qaisha tahu yang mereka ini bukannya tidak faham apa yang diajarkan tetapi takut kalau rumusan yang diberikan salah dan mendatangkan malu.

                “Formula integers bagi darab dan bahagi digunakan untuk menentukan simbol di hadapan jawapan yang telah didarabkan atau dibahagikan.

                “Manakala bagi tambah dan tolak digunakan untuk menentukan proses apa yang perlu dilakukan”.Micky menjelaskan dengan yakin.

Kawan-kawannya yang lain bersorak untuknya kerana dapat memberi kesimpulan yang baik.

                “Yeah,that's right.Apa lah korang ni.Nak rumuskan pun  takut ke?Kita belajar kenalah happy-happy janganlah serius sangat.Kalau salah,ada orang akan betulkan.Ingat ni,kalau cikgu ada tanya apa-apa dalam kelas korang jawab je kalau korang tahu jawapan dia even tak pasti.Better daripada budak-budak lain yang sibuk tunggu jawapan. Keyakinan korang akan bertambah kalau korang ikut cakap akak ni”.

Sebahagian daripada mereka menulis sedikit nota.

                “Okay akak nak tambah sikit lagi berkaitan dengan formula ni.Bagi kes tambah tolak,macam mana nak tentukan simbol apa dekat depan jawapan tu?Korang tengok nombor yang paling besar .Korang ikut simbol apa dekat nombor paling besar tu.

                “Contohnya,-25 + 20 = -5. Kenapa negative 5?Sebab dia ikut nombor yang paling besar, -25.Kalau nombor yang terbesar tu ada negative so, jawapan pun ikutlah negative jugak.Dan kalau nombor yang tak 
ada simbol,korang tahukan dia mewakili apa?”

                “Tambah”.Mereka semua menjawab bersemangat.


Ada ke tak praktis hari ni?Aku sorang je dekat tengah-tengah alam ni.Kalau tak jadi,memang tak angin mana lah. Sedap je tengah makan pizza yang Kent order  tadi,abang Ariz dah call cakap hari ni ada latihan.Yang menambahkan kepelikan dalam otak aku ni.Macam mana dia tahu yang aku tengah pegang handphone Qaisha? Ooo,lupa pulak.Diorang kan couple.Dan aku sorang je manusia yang perasan?

Matanya memerhati budak-budak form 3 berhenti berdekatan dengan gelanggangnya.

                “Korang tahu korang tak boleh guna court ni kan?”Soal Ean.

                “Tahu,kitorang bukan nak pakai court ni”.Jawab Max.

Ean tidak menyambung perbualannya.Dia meneruskan dengan aktiviti memanaskan badan.Bumping.Dah lah hari ni pakai baju tak ada lengan.Memang terpampanglah otot-ototnya.Kesemua D4 ada six pads.Tu yang menambahkan lagi watak kasanova mereka.

                “Lah,takkan korang nak akak tambah kelas tuisyen kat sini kut”.Tutur Qaisha apabila melihat budak-budak Paracetamol berdiri di luar gelanggang.

Cepat-cepat mereka menggeleng.

                “Tak,kitorang tengah tunggu U-Know.Eh,facy Ariz pun ada”.

Ariz memandang mereka dengan wajah ceria.

Ish,kalau dekat rumah tak ada pun nak tunjuk riak muka tu dekat aku.

Ariz memalingkan mukanya kepada Ean dan Qaisha.

                “Cepat bergerak”.Ariz menyuruh mereka masuk ke dalam gelanggang dengan nada serius seperti kebiasaan di rumah.

Kesemua mereka tersentak dengan perubahan wajah Ariz kecuali Qaisha yang hanya mampu menggelengkan kepala.Pelajar-pelajar tingkatan 3 itu sudah pun beredar.

                “Okay,sekarang korang berdua jadi pasangan beregu lawan dengan abang sorang.Dan abang boleh confirm yang korang takkan dapat satu point pun”.

Mereka berdua mengerut dahi.Ikut logik dua lawan satu,mestilah dua menang.Tapi dalam dunia Ean dan Qaisha. Semuanya terbalik.

                “Okay,abang start servis”.Dan aku akan kesiankan shuttle ni.

Ariz memberi servis mudah.Masing-masing berebut-rebut ingin membalas hantaran Ariz dan akhirnya memberikan point kepada Ariz.

Kan aku dah cakap,kesiannya shuttle tu.

                “Aku yang dapat shuttle dulu,kau menyibuk apa hal”.

                “Kau tu perempuan,mesti tak dapat balas servis tu tadi.Biar aku je main,kau duduk diam-diam”.

                “Kau ingat kau main terror sangat ke?”

                “Of course la”.

                “Di...am!!!Boleh tak korang ni merendah diri sikit between each other ?”

                “Tak”.Mereka menjawab serentak.

Ariz sedang memikirkan sesuatu.

                “Listen to me carefully,very very carefully.Abang bagi masa tiga hari je untuk korang sesuaikan diri.Lepas dari tiga hari tu abang nak tengok cara permainan korang.Kalau teruk lagi,macam budak kecik baru dapat raket.Abang straight to the point,korang tak boleh mewakili sekolah.Kalau main dalam zon pun dah teruk macam ni. Baik tak payah”.Serius Ariz memberi amaran.


33

Walkman yang dipegangnya sedang diperhati.Hati kuat menyanyi tetapi mulut sekadar me'miming'.Ceramah di hadapan langsung tidak dilayan.Port bahagian belakang sebelah dengan pintu keluar sudah di-book-nya sejak semalam.Apa keistimewaan duduk bahagian belakang? First,sebab aku nak elak dari kena rampas walkman oleh prefect yang sangat menjalankan tugas.Tak larat ceroboh bilik disiplin lagi.Dah jemu. Second,sebab aku tak nak jumpa dengan gang D4.Mesti ada je yang diorang nak kenakan aku nanti.Aku tak kisah tapi menghindar lebih baik.

     Pagi tadi dah buat gaya macam orang sakit nak lahirkan anak dah.Tapi kalau acting dengan abang yang tak berperasaan tu,memang 'boleh' sangatlah ! Harap kan 'nerd' je bila dekat sekolah sampai je rumah perangai bercanggah two hundreds percent.Sabar je la,bukan mati pun.

Jannah yang menjadi tukang pemerhati berdeham.

       “Kau ni tak serik lagi ke langgar peraturan sekolah?Dah banyak kali kena rampas,yang buat aku bertambah  heran esoknya kau dapat balik walkman kau tu.Lepas tu kena rampas balik,dapat balik.Ke different walkman?Takkan beli baru setiap kali kena rampas kut?”Soalan Jannah membuatkan Qaisha berpaling.

Dia menjongket bahu dengan senyuman pencairan hati top level.

       “Keharmonian antara satu sama lain juga perlu dijaga.Tidak kira sama ada dengan kawan-kawan atau pun guru-guru dan semestinya keluarga sendiri untuk mendapatkan keberkatan.Walaupun anda sebagai pelajar yang hendak menduduki peperiksaan besar,jangan lupakan tanggungjawab sebagai seorang anak,abang atau kakak atau pun adik.Abang atau adik yang tahu akan tanggungjawab adik-beradiknya yang ingin menduduki peperiksaan pula janganlah menambahkan tekanan pada mereka.Begitu juga dengan rakan-rakan mahupun musuh,jika ada.

         Jika terlalu fokuskan dalam pelajaran juga tak menjamin kejayaan kerana kita hanya merancang, Dia yang menentukan segalanya”.Tiba-tiba sahaja telinganya menangkap kata-kata penceramah yang tadinya menggunakan nada serius itu menggantikan dengan lontaran suara yang menarik.Terus sahaja teringat dekat  Ariz.

Budak-budak yang lain macam biasalah dah siap tersengguk-sengguk,ada yang tengah buat kilang tahi mata,ada jugak yang tengah lakar peta dunia.Pakai SALIVA ! Ada jugak yang siap jamming lagi.Dan aku kenal budak-budak yang jamming tu.

        “Questions?”Penceramah itu bertanya dengan hati yang sabar.Mana taknya...separuh dari dewan ni tengah melayan hal sendiri.Yang duduk depan pun sama apatah lagi yang belakang.Mentang-mentanglah cikgu yang jaga dewan,yang sopan-sopan semuanya.Apa lagi,take the chance la.
Penceramah itu menunggu.Qaisha turut tertunggu.
Dia menarik kerusi ke belakang.

         “Kesian pulak la tengok penceramah ni.Tanya je la,walaupun aku dengar part belakang je”.Sendiri dia berbisik.
Qaisha memetik jari menandakan dia ingin menanyakan soalan.Penceramah itu mengukir senyuman,mungkin berasa lega sedikit.Seorang pengawas lelaki yang diharapnya tidak berjumpa untuk seumur hidupnya membawa sebuah mikrofon.Matanya memandang sahaja walkman di tangan.

Pelajar-pelajar tertumpu ke arah belakang dewan.Kebanyakannya mula masuk ke alam realiti.

'Perlu ke pakai mike?Perlu ke semua fokus kat aku?Teruskanlah kerja masing-masing.Ish...'.

Qaisha mengetuk-ngetuk mike.

Gang D4 yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari dewan,menghentikan langkah mereka.

                 “I just want to ask  random questions”.Adoyai,asal pulak mulut aku rajin nak cakap orang putih pulak hari ni.  Karang kantoi pulak.

                 “With my pleasure”.Suara penceramah itu bertukar ceria.Aura keseriusan tadi bertukar seperti orang yang telah menang loteri.

                 “Saya seorang yang suka bertanya 'kenapa' kepada semua perkara yang saya dipaksa lakukan”.Dia menghentikan ayatnya.Matanya merenung kepada penceramah itu yang semakin lebar senyumannya.
Pelajar-pelajar menantikan sambungan ayatnya.Termasuklah guru-guru di situ.

                “I admit yang saya hanya dengar isi tuan penceramah pada part akhir sahaja dan saya dengar lontaran suara dari awal sampai akhir.Jadi,kenapa tuan gunakan isi yang terlalu sarat,tidak ada sedikit pun sense of humour dalam isi dan juga nada?I want to say sorry if my questions,hurt your feelings but I can guarantee that you will become the best motivator if you change that.Dan saya suka bahagian akhir ceramah tuan,so I want to dedicate that last parts to a man  that wore a smiley watch today and dimentional four groups”.Selesai dia menghabiskan ayatnya.Wajah penceramah itu masih dalam keadaan tersenyum.Penceramah ini mungkin pelajar lepasan universiti dari gayanya.

Sebahagian pelajar memberi tepukan kerana sikap beraninya menegur penceramah itu.Ada juga yang tertanya-tanya,kenapa dia tujukan kepada D4.

Budak-budak D4  berpandangan sesama sendiri.Semuanya menunjukkan riak yang sama iaitu ingin tahu part akhir penceramah itu.

                 “Is she want us to start the first step?”Jun memandang Oishi.

                “Kau tahu ke part last tu pasal apa?Mana lah tahu benda baik ke”.

Ean memandang Oishi pelik.

                “Budak tu nak cakap benda baik pasal kita?Tunggu coach aku tukar fikiran untuk ubahkan posisi aku dalam skuad dulu la baru aku boleh percaya”.

Kent senyap sahaja.

                “Asal dengan kau ni bro?Tak nak join sekali topik hot ni ke?”

                “Kau tak nampak ke aku tengah geram ni.Macam mana dia boleh dapat balik walkman dia?Aku dah penat  keluar masuk bilik disiplin tau”.

             “Part nak dapat balik tu senang sangat bagi budak macam dia nak buat.Biar je,nanti nama dia keluar jugak dalam senarai hari ni.Hari ni kan Jumaat.Aku dah buka langkah dari semalam lagi.Tengok je la.Takkan lepas punya”.Ean sudah menceroboh laptop Sir  Akmal,guru disiplin.Sangkaannya tepat sekali,Qaisha sudah terlebih dahulu menceroboh maklumat sekolah dengan memadamkan nama dirinya dari senarai denda mingguan bagi pesalah laku disiplin.Ean dengan 'penuh rasa tanggungjawab' menulis kembali nama rakan regunya dalam senarai itu.



Tasnim dan Julia segera mendekati Qaisha.
Apa kes pulak ni?

                “Sofi Nur Qhuraisha.Tu betul ke nama kau?Tu je ke satu-satunya nama yang wujud dalam form kita?”

Sebelah keningnya terangkat.

                “Apa hal dengan nama aku?Sedap sangat ke sampai korang cuak macam ni?”

                “Your death coming”.Ujar Tasnim pula.

Qaisha sudah berubah muka.

                “Kureng punya kawan.Doakan ajal aku pulak”.

                “Entah kau ni.Agak-agaklah nak gurau pun”.Jannah pula bersuara.

Tasnim dan Julia menggeleng-geleng.

             “Senarai criminal untuk minggu ni dah keluar.Nama kau ada”.

Qaisha pelik.

                “Nama aku ada?Tak silap tengok ke?”Soal Qaisha.Bukan hari tu dah cut ke nama aku?Alah…cam mana boleh jadi macam ni ?

                “Nama kau atas sekali dia letak,guna font name Joker,font size 70 macam gitu.Mana boleh silap.Orang lain pakai 14,TNR je.Nama kau yang paling pelik”.

Ni dah kes lain dah ni.Serius sangat ke kes aku sampai nak guna Joker saiz 70 lagi.Takkan la Sir nak buat main benda-benda macam ni.Orang lain kes lagi besar.Aku ni takat kena bawa illegal material je. Adoyai...anak siapa yang berani masuk kandang naga ni!

D4 lalu di hadapannya.Semuanya tengah ketawa gaya macam nak terguling-guling je.Mereka berhenti.
Memang sah kerja dia la ni.

                “You'll pay for this”.Matanya tajam menikam mata Ean.

                 “If you dare”.Bersahaja Ean menjawab.


32

Matanya lari dari renungan Kent.Tangannya mengetuk-ngetuk meja untuk melegakan debaran yang dirasai.Walaupun ini bukan kali pertama dia melangkahkan kaki ke bilik disiplin.

                 “Any explaination?”Soal Kent tegas.

Qaisha mengangguk kecil.

                 “Before that,kau lepaskan budak-budak ni dulu.Dia orang ada gerak gempur kejap lagi”.

Kent membaling-baling sebuah walkman.

                “Kalau aku lepaskan budak-budak ni.Maksudnya,nama kau je lah kena blacklist”.Jawabnya sambil memandang satu persatu wajah-wajah pelajar tingkatan 3.

Suasana menjadi sunyi.Masing-masing menunggu jawapan dari Qaisha. Pendingin hawa menambahkan lagi side-effect di dalam bilik ini.

Qaisha memetik jari.

Xiah memandang rakan-rakannya.Masing-masing mengangguk.Kent mengerutkan dahi.

Operasi bermula.

U-Know menekup mulut Kent dengan melekatkan selefon tape yang direka khas oleh budak berlima ini kepada mulut Kent.Max mengawasi persekitaran bilik disiplin.Micky mengikat kedua-dua tangan Kent.

Qaisha bangun dari duduknya.Dia menghampiri Kent.Matanya memandang tembus tepat ke anak mata Kent.

                 “Sekali lagi kau kacau plan aku,aku kerat intestine kau”.

Kent cuba melepaskan diri.

‘Kalau nak ugut aku takat macam tu.Kirim salam je lah.Tengoklah nanti..aku yang akan kerat and siat intestine kau!’ Teriak Kent sendiri.

Qaisha menunjukkan sejenis pendrive.Kingston 8GB.

                  “Kau nampak benda alah ni.Aku ada buat satu presentation dalam ni yang boleh buatkan kau kena gantung sekolah.Paling kurang pun mungkin sampai sehari sebelum SPM.Include with evidence ”.


Kent ingin bercakap sesuatu tetapi sukar dengan keadaan dilekatkan selefon tape.


Qaisha mengarahkan U-Know untuk melonggarkan sedikit lekatan tape itu.

                 “Macam mana aku nak tahu apa yang kau cakap tu betul?Entah-entah dalam tu kosong je”.

Hero memalingkan mukanya kepada ketua umum itu.

              “Pergilah try.Lepas tu,tengoklah apa jadi”.Jawabnya dengan nada budak suci.

Kent menjeling dan membuat mimik muka gaya The Rock kalah dalam pertarungan.

'Aku K.U la,segala jenis hukuman dalam tangan aku'.Bisiknya perlahan.

*K.U=KETUA UMUM.

31

Pelajar-pelajar luar memandang satu sama lain.Mereka menggeleng-gelengkan kepala,menjongketkan bahu dan banyak lagi bahasa tubuh yang menunjukkan perasaan mereka.

Budak yang tak berperasaan je boleh terima semua ni.

        “Ingat kita ni budak asing ke kat sini?Suka hati mak bapak dia je buat peraturan sendiri”.

        “Entah la.Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi pasal sekolah ni sejak dari aku form one lagi.Dah penat dah aku kutuk,buat perhabis air liur je”.

          “Aku dah biasa dah”.

Qaisha menyumbatkan earphone ke dalam telinganya.Semakin dia mendengar rungutan pelajar-pelajar luar semakin egonya membuak-buak.Dia memejamkan matanya dan bersandar kepada dinding belakang dewan.Tak kisah apa yang akan berlaku selepas ini.

          “Roadrun pakai baju kurung?Sawan betul sekolah ni.Lepas tu kasi denda kitorang kena buat double round pulak tu.Memang tak gila mana lah. Dah la baru bagi tahu pagi ni,budak asrama dah tahu malam semalam dah”.Rungutan di dalam hati tidak dapat ditelan sendiri.

So brain,let’s thinking.Lima belas minit lagi roadrun dah nak start. Apa benda yang kita boleh buat sekarang?Nak outing sekarang beli baju seluar dah tak sempat.Kalau gang aku je sempat lah tapi kalau whole nor residence memang out la.Aku rasa aku dah macam dapat satu idea tapi tak tahu boleh jalan ke tak.

Aku rasa idea ni boleh je jalan kalau tak ada gangguan la.Lagi-lagi dari budak-budak D4 tu,memang guarantee hancus la plan aku kalau dia orang masuk sekali.So,cam ne ni?

           “Dik,lama betul fikir.Impossible la kalau adik cakap adik tak ada idea”.

Adik?

           “Pahal ngan abang ni?Main adik-adik pulak.Geli doh”.

       “Adik main abang-abang boleh pulak?”

       “Tu kes ikrar dengan opah dulu.Kalau tak pasal ikrar tu memang tak lah”.Ikrar pertama,kena dengar cakap abang yang tak bercanggah dengan ajaran Islam.Yang kedua,kena guna panggilan ‘abang’ sampailah ikrar ni tak diubah oleh opah sendiri.Bagi korang memang la simple.Bagi aku,complex giler kalah teori Sains.

Ariz senyum sahaja apabila mengingat kembali kes ikrar adiknya yang perlu dibuat di hadapan rumah opah,disaksikan pula atuk,opah dan tetamu tak diundang,dia sendiri.Part yang paling best,time tu jugaklah orang-orang kampung datang rumah opah sebab nak buat aduan dekat penghulu,atuk.Memang free-free jugaklah orang-orang kampung ni dengar ikrar Qaisha.

Qaisha bangun.

       “Go,resque your friends!” Ujar Ariz bersemangat.

Qaisha ketawa di dalam hati dengan semangat abangnya itu.


Dia berlari ke arah kelima-lima ‘anak muridnya’.Dia mengelap peluh yang keluar di dahinya.

        “Ada kes apa ni kak?Kibut je”.Micky bersuara.

        “Akak pun pakai uniform ke roadrun nanti?”Soal Hero yang sedang sibuk memegang seekor cicak.

         “Boleh tak korang ni duduk setempat je.Tak ada port sendiri ke? Kejap belakang kantin,hari ni pulak belakang bilik disiplin.Penat betul cari korang”.Keluh Qaisha.

U-Know mula memetik gitarnya.

           “Akak sneek kitorang ek?Nak tackle cakap je la depan-depan. Akak nak yang mana?Ada lima budak macho kat sini and the most important is that the five of us is nor residence”.

Kedua-dua keningnya terangkat.

           “Tak ada maknanya nak tackle budak tak cukup umur macam korang ni.Korang nak tak discount lima belas minit untuk kelas tuisyen?” Gila tak nak.Kalau dia orang tolak,aku memang tabik habislah.

Budak berlima itu memandang sesama sendiri.

           “Mestilah nak kak.Tapi takkan lima belas minit je.Kasi kureng la lagi”.Max mencelah.

Aku nak je kasi kurang satu jam tapi mesti la abang membebel nanti.

            “Aku tak boleh la bagi discount cam tu je mesti ada syarat”.

Masing-masing dah terasa goose bumps apabila mendengar perkataan ‘syarat’ yang keluar dari mulut Qaisha.

Qaisha memalingkan wajahnya kepada U-Know.

          “Kau pergi bakar rumput padang sekolah tapi tak adalah fully burnt..cukup-cukup makan sudahlah”.
Mata ke arah Micky .“Kau pulak pergi bunyikan segala  loceng yang ada dekat sekolah ni include loceng kebakaran”. Pandangannya beralih kepada Hero. “Kau pulak pergi kacau cikgu-cikgu yang bertugas untuk roadrun ni.Tak kisahlah nak pakai cicak or insects yang lain”. Wajah dipaling kepada Max pula.  “Kau pergi buat clue yang menandakan orang lain yang buat kerja gila ni.Biar tersirat pun tak apa and jangan cari mangsa.Biar jadi misteri”.

Akhir sekali ke arah Xiah.

            “Disebabkan kau yang paling senyap.Kau follow aku pergi buat onar sebelum roadrun start”.

Masing-masing membuat riak muka pelik mereka kepada Qaisha.

           “Kak,kitorang bukannya biasa main jenayah ni dan kita orang mana ada bawa bahan pembakar pergi sekolah. Takkan pakai air liur je kot”.U-Know membuat muka tidak bersalah.

Qaisha senyum sinis.

           “Setakat korang dapat kelentong cikgu jangan ingat korang dapat kelentong aku sekali.Kalau dengan budak-budak F4 pun dah kena roadblock,jangan beranilah nak tipu aku.Setakat bom atom tu apa lah sangat bagi korang.Takkan takat lighter pun tak ada”.Kagum betul aku tengok dia orang buat gaya muka budak suci.Memang cikgu tak perasan langsunglah.

Masing-masing membisu seketika.Ingin dibidas takut dibidas balik.

           “Dahlah,tak cukup masa ni.Tak kisahlah apa risiko yang datang. Janji clear”.Qaisha ingin mengejar masa yang makin mencemburui kerja yang boleh mendatangkan manfaat besar kepada pelajar luar.