Thursday, 28 April 2011

36

Mereka saling mengalih dari pandangan yang lama.Mengerling antara satu sama lain. Memandang dengan hujung mata.Masing-masing menzipkan mulut.Tidak tahu perkataan apa yang sepatutnya menjadi pembuka bicara.Hanya menanti masa.Biar masa yang menjawab segalanya.
Satu pasang mata turut mengikut campur dalam urusan ini.Terdengar sedikit keluhan. Kepala digeleng.Pipi dikembungkan.Kesabaran yang memang mencabar iman.Sudah 15 minit berlalu.Tiada apa yang dibincangkan.

                “Kalau dibiar lagi setahun pun,keadaan tetap tak akan berubah”.Huda menegur rakan setugasnya.

Ariz tersentak.

                “Awak pun follow jugak ke cerita dua budak ni?”Soal Ariz.

Dia mengangguk dan menunjukkan majalah sekolah kepada Ariz.

Ariz tergelak besar.

Ean dan Qaisha serentak memandang ke arah suara ketawa itu.

Ariz dan Huda menghampiri mereka.

Ariz memandang Ean.

                “Sharkboy”.

Huda pula memandang Qaisha.

                “Lavagirl”.

Masing-masing mengerut dahi.Kedua-duanya buat muka blur.

Ariz menunjukkan tajuk utama majalah sekolah untuk bulan ini kepada mereka berdua.

‘Perang dunia ketiga akan bermula di antara Sharkboy dan Lavagirl’.Di dalam itu juga tertera gambar Ean sedang mengacukan senapang dengan berbutir-butir peluru bersepah di sisinya kepada Qaisha yang hendak membaling bom atom dengan beberapa jenis bom yang lain di sisi mereka.
Tak kurang dengan itu,gambar Ean sudah di edit dengan tambahan sirip di belakangnya dan gigi taring.

Gambar Qaisha juga turut tidak ketinggalan di edit dengan tambahan api di keseluruhan badannya.
Sharkboy dan Lavagirl dah hangat satu badan.Pantas jemari mereka membuka ke arah muka surat organisasi redaksi.Semakin menghangatkan badan,mereka menggunakan nickname.Siap ada pesanan ringkas lagi, ‘abang and kakak janganlah marah.Ni je satu-satunya cara unuk attrack budak-budak beli majalah sekolah.Sampai masanya nanti, korang berdua tahu la siapa dalang di sebalik semua ni…hehehe…’.

Memang cari mautlah pak dalang-pak dalang di sebalik semua ni.


Coach Anas dan Ariz hanya mampu tersenyum sahaja.Kalau main dalam single,punyalah gempak tapi bila main double,budak tujuh tahun pun menang.Mereka berdua dikecualikan dalam menghadiri P&P.Mungkin sesuatu yang best bila tak payah nak masuk kelas ni tapi bagi mereka.Lebih baik stay dalam kelas daripada menghadap face to face dekat court.

                “Ean Qaisha,25 sit-up!”Jerit coach.

Masing-masing mengeluh.

                “Kau punya pasal la ni.Sibuk nak gebang kau punya skill yang haprak tu”.

Ean dah berasap.

                “Habis tu semua ni salah aku lah?”Tengking Ean.

                “Of course lah.Nampak ke muka aku yang lebih layak untuk tu”.

                “Kau lah”.

                “Salah kau,Aiman Ikhwan”.

Sedap jugak nama aku bila lavagirl ni sebut.Eh..tak boleh jadi.

                “Salah kau,Sofi Nur Qhuraisha”.

Sedap jugak nama aku bila sharkboy ni sebut.Eh,pahal pulak ni…

                “35 sit-up!”Jerit Ariz pula.

Masing-masing terlopong.Dahlah cuaca tengah terik ni.

Akur jugaklah daripada bertambah besar pulak nombor tu.

5 comments:

  1. suke..nice!sempoi giler!!
    bl nk updte?

    ReplyDelete
  2. maaf, lama tak update sebab menghantar ke penulisan2u je dengan tajuk "I'm not your butler or p.a or so on..!!!"...layan lah dulu cerita tu... cite ni mungkin akan disambung lepas cite dekat penulisan2u tu...terim kasih sudi membaca...

    ReplyDelete
  3. im not ur butler or pa or so on dh publish k blm ek??agk2 ble nk publish??xsbr nk bli...ske2...:) ganbatte...:)

    ReplyDelete
  4. wahhh terima kasih! saya akan usahakan untuk meletakkannya di sini tetapi tentang dibukukan saya x jamin apa2 kerana saya masih belajar di alam sekolah menengah...saya akan buat yang terbaik-doakan...

    ReplyDelete