Thursday, 28 April 2011

33

Walkman yang dipegangnya sedang diperhati.Hati kuat menyanyi tetapi mulut sekadar me'miming'.Ceramah di hadapan langsung tidak dilayan.Port bahagian belakang sebelah dengan pintu keluar sudah di-book-nya sejak semalam.Apa keistimewaan duduk bahagian belakang? First,sebab aku nak elak dari kena rampas walkman oleh prefect yang sangat menjalankan tugas.Tak larat ceroboh bilik disiplin lagi.Dah jemu. Second,sebab aku tak nak jumpa dengan gang D4.Mesti ada je yang diorang nak kenakan aku nanti.Aku tak kisah tapi menghindar lebih baik.

     Pagi tadi dah buat gaya macam orang sakit nak lahirkan anak dah.Tapi kalau acting dengan abang yang tak berperasaan tu,memang 'boleh' sangatlah ! Harap kan 'nerd' je bila dekat sekolah sampai je rumah perangai bercanggah two hundreds percent.Sabar je la,bukan mati pun.

Jannah yang menjadi tukang pemerhati berdeham.

       “Kau ni tak serik lagi ke langgar peraturan sekolah?Dah banyak kali kena rampas,yang buat aku bertambah  heran esoknya kau dapat balik walkman kau tu.Lepas tu kena rampas balik,dapat balik.Ke different walkman?Takkan beli baru setiap kali kena rampas kut?”Soalan Jannah membuatkan Qaisha berpaling.

Dia menjongket bahu dengan senyuman pencairan hati top level.

       “Keharmonian antara satu sama lain juga perlu dijaga.Tidak kira sama ada dengan kawan-kawan atau pun guru-guru dan semestinya keluarga sendiri untuk mendapatkan keberkatan.Walaupun anda sebagai pelajar yang hendak menduduki peperiksaan besar,jangan lupakan tanggungjawab sebagai seorang anak,abang atau kakak atau pun adik.Abang atau adik yang tahu akan tanggungjawab adik-beradiknya yang ingin menduduki peperiksaan pula janganlah menambahkan tekanan pada mereka.Begitu juga dengan rakan-rakan mahupun musuh,jika ada.

         Jika terlalu fokuskan dalam pelajaran juga tak menjamin kejayaan kerana kita hanya merancang, Dia yang menentukan segalanya”.Tiba-tiba sahaja telinganya menangkap kata-kata penceramah yang tadinya menggunakan nada serius itu menggantikan dengan lontaran suara yang menarik.Terus sahaja teringat dekat  Ariz.

Budak-budak yang lain macam biasalah dah siap tersengguk-sengguk,ada yang tengah buat kilang tahi mata,ada jugak yang tengah lakar peta dunia.Pakai SALIVA ! Ada jugak yang siap jamming lagi.Dan aku kenal budak-budak yang jamming tu.

        “Questions?”Penceramah itu bertanya dengan hati yang sabar.Mana taknya...separuh dari dewan ni tengah melayan hal sendiri.Yang duduk depan pun sama apatah lagi yang belakang.Mentang-mentanglah cikgu yang jaga dewan,yang sopan-sopan semuanya.Apa lagi,take the chance la.
Penceramah itu menunggu.Qaisha turut tertunggu.
Dia menarik kerusi ke belakang.

         “Kesian pulak la tengok penceramah ni.Tanya je la,walaupun aku dengar part belakang je”.Sendiri dia berbisik.
Qaisha memetik jari menandakan dia ingin menanyakan soalan.Penceramah itu mengukir senyuman,mungkin berasa lega sedikit.Seorang pengawas lelaki yang diharapnya tidak berjumpa untuk seumur hidupnya membawa sebuah mikrofon.Matanya memandang sahaja walkman di tangan.

Pelajar-pelajar tertumpu ke arah belakang dewan.Kebanyakannya mula masuk ke alam realiti.

'Perlu ke pakai mike?Perlu ke semua fokus kat aku?Teruskanlah kerja masing-masing.Ish...'.

Qaisha mengetuk-ngetuk mike.

Gang D4 yang baru sahaja ingin melangkah keluar dari dewan,menghentikan langkah mereka.

                 “I just want to ask  random questions”.Adoyai,asal pulak mulut aku rajin nak cakap orang putih pulak hari ni.  Karang kantoi pulak.

                 “With my pleasure”.Suara penceramah itu bertukar ceria.Aura keseriusan tadi bertukar seperti orang yang telah menang loteri.

                 “Saya seorang yang suka bertanya 'kenapa' kepada semua perkara yang saya dipaksa lakukan”.Dia menghentikan ayatnya.Matanya merenung kepada penceramah itu yang semakin lebar senyumannya.
Pelajar-pelajar menantikan sambungan ayatnya.Termasuklah guru-guru di situ.

                “I admit yang saya hanya dengar isi tuan penceramah pada part akhir sahaja dan saya dengar lontaran suara dari awal sampai akhir.Jadi,kenapa tuan gunakan isi yang terlalu sarat,tidak ada sedikit pun sense of humour dalam isi dan juga nada?I want to say sorry if my questions,hurt your feelings but I can guarantee that you will become the best motivator if you change that.Dan saya suka bahagian akhir ceramah tuan,so I want to dedicate that last parts to a man  that wore a smiley watch today and dimentional four groups”.Selesai dia menghabiskan ayatnya.Wajah penceramah itu masih dalam keadaan tersenyum.Penceramah ini mungkin pelajar lepasan universiti dari gayanya.

Sebahagian pelajar memberi tepukan kerana sikap beraninya menegur penceramah itu.Ada juga yang tertanya-tanya,kenapa dia tujukan kepada D4.

Budak-budak D4  berpandangan sesama sendiri.Semuanya menunjukkan riak yang sama iaitu ingin tahu part akhir penceramah itu.

                 “Is she want us to start the first step?”Jun memandang Oishi.

                “Kau tahu ke part last tu pasal apa?Mana lah tahu benda baik ke”.

Ean memandang Oishi pelik.

                “Budak tu nak cakap benda baik pasal kita?Tunggu coach aku tukar fikiran untuk ubahkan posisi aku dalam skuad dulu la baru aku boleh percaya”.

Kent senyap sahaja.

                “Asal dengan kau ni bro?Tak nak join sekali topik hot ni ke?”

                “Kau tak nampak ke aku tengah geram ni.Macam mana dia boleh dapat balik walkman dia?Aku dah penat  keluar masuk bilik disiplin tau”.

             “Part nak dapat balik tu senang sangat bagi budak macam dia nak buat.Biar je,nanti nama dia keluar jugak dalam senarai hari ni.Hari ni kan Jumaat.Aku dah buka langkah dari semalam lagi.Tengok je la.Takkan lepas punya”.Ean sudah menceroboh laptop Sir  Akmal,guru disiplin.Sangkaannya tepat sekali,Qaisha sudah terlebih dahulu menceroboh maklumat sekolah dengan memadamkan nama dirinya dari senarai denda mingguan bagi pesalah laku disiplin.Ean dengan 'penuh rasa tanggungjawab' menulis kembali nama rakan regunya dalam senarai itu.



Tasnim dan Julia segera mendekati Qaisha.
Apa kes pulak ni?

                “Sofi Nur Qhuraisha.Tu betul ke nama kau?Tu je ke satu-satunya nama yang wujud dalam form kita?”

Sebelah keningnya terangkat.

                “Apa hal dengan nama aku?Sedap sangat ke sampai korang cuak macam ni?”

                “Your death coming”.Ujar Tasnim pula.

Qaisha sudah berubah muka.

                “Kureng punya kawan.Doakan ajal aku pulak”.

                “Entah kau ni.Agak-agaklah nak gurau pun”.Jannah pula bersuara.

Tasnim dan Julia menggeleng-geleng.

             “Senarai criminal untuk minggu ni dah keluar.Nama kau ada”.

Qaisha pelik.

                “Nama aku ada?Tak silap tengok ke?”Soal Qaisha.Bukan hari tu dah cut ke nama aku?Alah…cam mana boleh jadi macam ni ?

                “Nama kau atas sekali dia letak,guna font name Joker,font size 70 macam gitu.Mana boleh silap.Orang lain pakai 14,TNR je.Nama kau yang paling pelik”.

Ni dah kes lain dah ni.Serius sangat ke kes aku sampai nak guna Joker saiz 70 lagi.Takkan la Sir nak buat main benda-benda macam ni.Orang lain kes lagi besar.Aku ni takat kena bawa illegal material je. Adoyai...anak siapa yang berani masuk kandang naga ni!

D4 lalu di hadapannya.Semuanya tengah ketawa gaya macam nak terguling-guling je.Mereka berhenti.
Memang sah kerja dia la ni.

                “You'll pay for this”.Matanya tajam menikam mata Ean.

                 “If you dare”.Bersahaja Ean menjawab.


No comments:

Post a Comment