Thursday, 28 April 2011

34

Aduh,nak patah sendi-sendi ni.Apa hal la berat sangat denda hari tu sampai sekarang terasa lagi sakitnya.Kena bawa kerusi kayu pusing satu padang tanpa berhenti.Kalau berhenti,kena ulang balik.Kalau padang tu besar macam pusing satu lori tak apa lah.Ni padang bola sepak.Sedih betul la.Lagi bertambah sedih,tournament dah nak dekat.Tapi kes aku dengan Ean tak settle lagi.Macam mana ni?

Nate,sejenis biawak peliharaannya dibelai.Dia sudah siap untuk pergi menjadi guru muda untuk mengajar murid-muridnya yang digelar Paracetamol.Baru dia tahu budak-budak yang diangkut abangnya itu bukan sebarang budak,mereka merupakan prisoner sekolah sejak zaman sekolah rendah lagi.Bagus la pergi eksport dekat aku.

                “Pergi tukar pakai baju sukan and sport tracks.Jangan lupa raket sekali”.Ariz yang sudah siap berpakaian t-shirt nike hitam dengan jeans menegurnya dari belakang.

                “Penatlah.Esok-esok je la”.Takkan pergi practice sekali.Malasnya nak tukar baju...pakai jeans tak boleh main badminton ke?

                “Whatever.Anyway,thanks for the great dedication”.Boleh lagi dia kenakan aku.Nasiblah tak ada siapa yang tahu aku pakai jam tangan smiley hari tu.Buat malu je.Jatuhkan maruah aku.Manalah aku perasan,aku main grab je jam tu.Jam yang dihadiahkan oleh adik 'tersayang'.Tapi aku tak dengar last part hari tu.Biarlah,tak penting pun.

Aku tak rasa ada lagi abang selain abang aku yang kejam macam ni.Dah la tak ada sense of humor.Serius memanjang.Aku buat lawak  je,dia angkat kening.Ingat cantik sangat ke kening tu.Tu pasal lah yang kat dalam rumah ni tak pernah ada gelak tawa.Kalau ada pun aku gelak dengan pakcik tukang kebun + driver.Tak pun gelak depan skrin.




                “Korang kena skor integers ni.Kalau tak memang out la PMR nanti”.

Mereka yang lain mengangguk-angguk sambil menyalin nota-nota penting.

Qaisha melukis dua tandas pada papan putih.Satu tandas lelaki,satu tandas perempuan.

                “Okay,korang nampak ni.Gents,korang ingat simbol + ladies pulak simbol -. Kalau lelaki pergi tandas lelaki.Mereka diterima.Macam tu jugak dengan perempuan.Diterima satu perkara yang positif so kita gunakan simbol tambah +.Okay,takat ni boleh download dalam otak tak?Kalau tak faham boleh tanya”.Bukannya nak ajar benda yang bukan-bukan tapi kalau budak-budak macam ni kita kena simple kan.

Mereka mengangkat ibu jari.Ok.

                “Ok,kita sambung lagi.Kalau lelaki pergi tandas perempuan.Apa jadi?”

             “Jadi bersih la”.Jawab Xiah.

                “Asal jadi bersih?”Soal Qaisha keliru.

                “Dah cleaner lelaki tu pergi bersihkan tandas perempuan.Bersihlah”.

Budak-budak yang lain dah ketawa terbahak-bahak.Xiah membuat muka tak faham.

                “Adoyai,sucinya otak  budak sorang ni”.Jawab Qaisha sambil menggeleng kepala.

U-Know mengangkat tangan.

                “Lelaki masuk tandas perempuan,kena kick la.So,kick mean the sign of subtract.Am I right,kak Qaisha?”

Dia mengangguk.

                “So,macam tu jugaklah perempuan masuk tandas lelaki kan kak?”Soal Hero pula.

Dia mengangguk lagi.

                “Tapi kegunaan formula ni berbeza dalam kes tambah tolak dengan kes darab bahagi.I think this part la yang ramai confuse”.

Qaisha memadam papan putih.Nanti jadi misunderstanding pulak bagi orang yang tak tahu cerita dari awal.

                “Five minus negative five equal to ten”.5 - -5 = 10

                “Tapi,five times negative five equal to negative 25”.5 x -5 = -25.

Qaisha memandang pelajar-pelajarnya.

                “Siapa nak buat conclusion untuk bab ni?”

Masing-masing diam dan berpura-pura sedang membuat kerja masing-masing.Ada yang tengah isi dakwat pensil, ada yang tengah tekan kalkulator dan ada juga yang sedang membelek-belek buku rujukan.
Qaisha tahu yang mereka ini bukannya tidak faham apa yang diajarkan tetapi takut kalau rumusan yang diberikan salah dan mendatangkan malu.

                “Formula integers bagi darab dan bahagi digunakan untuk menentukan simbol di hadapan jawapan yang telah didarabkan atau dibahagikan.

                “Manakala bagi tambah dan tolak digunakan untuk menentukan proses apa yang perlu dilakukan”.Micky menjelaskan dengan yakin.

Kawan-kawannya yang lain bersorak untuknya kerana dapat memberi kesimpulan yang baik.

                “Yeah,that's right.Apa lah korang ni.Nak rumuskan pun  takut ke?Kita belajar kenalah happy-happy janganlah serius sangat.Kalau salah,ada orang akan betulkan.Ingat ni,kalau cikgu ada tanya apa-apa dalam kelas korang jawab je kalau korang tahu jawapan dia even tak pasti.Better daripada budak-budak lain yang sibuk tunggu jawapan. Keyakinan korang akan bertambah kalau korang ikut cakap akak ni”.

Sebahagian daripada mereka menulis sedikit nota.

                “Okay akak nak tambah sikit lagi berkaitan dengan formula ni.Bagi kes tambah tolak,macam mana nak tentukan simbol apa dekat depan jawapan tu?Korang tengok nombor yang paling besar .Korang ikut simbol apa dekat nombor paling besar tu.

                “Contohnya,-25 + 20 = -5. Kenapa negative 5?Sebab dia ikut nombor yang paling besar, -25.Kalau nombor yang terbesar tu ada negative so, jawapan pun ikutlah negative jugak.Dan kalau nombor yang tak 
ada simbol,korang tahukan dia mewakili apa?”

                “Tambah”.Mereka semua menjawab bersemangat.


Ada ke tak praktis hari ni?Aku sorang je dekat tengah-tengah alam ni.Kalau tak jadi,memang tak angin mana lah. Sedap je tengah makan pizza yang Kent order  tadi,abang Ariz dah call cakap hari ni ada latihan.Yang menambahkan kepelikan dalam otak aku ni.Macam mana dia tahu yang aku tengah pegang handphone Qaisha? Ooo,lupa pulak.Diorang kan couple.Dan aku sorang je manusia yang perasan?

Matanya memerhati budak-budak form 3 berhenti berdekatan dengan gelanggangnya.

                “Korang tahu korang tak boleh guna court ni kan?”Soal Ean.

                “Tahu,kitorang bukan nak pakai court ni”.Jawab Max.

Ean tidak menyambung perbualannya.Dia meneruskan dengan aktiviti memanaskan badan.Bumping.Dah lah hari ni pakai baju tak ada lengan.Memang terpampanglah otot-ototnya.Kesemua D4 ada six pads.Tu yang menambahkan lagi watak kasanova mereka.

                “Lah,takkan korang nak akak tambah kelas tuisyen kat sini kut”.Tutur Qaisha apabila melihat budak-budak Paracetamol berdiri di luar gelanggang.

Cepat-cepat mereka menggeleng.

                “Tak,kitorang tengah tunggu U-Know.Eh,facy Ariz pun ada”.

Ariz memandang mereka dengan wajah ceria.

Ish,kalau dekat rumah tak ada pun nak tunjuk riak muka tu dekat aku.

Ariz memalingkan mukanya kepada Ean dan Qaisha.

                “Cepat bergerak”.Ariz menyuruh mereka masuk ke dalam gelanggang dengan nada serius seperti kebiasaan di rumah.

Kesemua mereka tersentak dengan perubahan wajah Ariz kecuali Qaisha yang hanya mampu menggelengkan kepala.Pelajar-pelajar tingkatan 3 itu sudah pun beredar.

                “Okay,sekarang korang berdua jadi pasangan beregu lawan dengan abang sorang.Dan abang boleh confirm yang korang takkan dapat satu point pun”.

Mereka berdua mengerut dahi.Ikut logik dua lawan satu,mestilah dua menang.Tapi dalam dunia Ean dan Qaisha. Semuanya terbalik.

                “Okay,abang start servis”.Dan aku akan kesiankan shuttle ni.

Ariz memberi servis mudah.Masing-masing berebut-rebut ingin membalas hantaran Ariz dan akhirnya memberikan point kepada Ariz.

Kan aku dah cakap,kesiannya shuttle tu.

                “Aku yang dapat shuttle dulu,kau menyibuk apa hal”.

                “Kau tu perempuan,mesti tak dapat balas servis tu tadi.Biar aku je main,kau duduk diam-diam”.

                “Kau ingat kau main terror sangat ke?”

                “Of course la”.

                “Di...am!!!Boleh tak korang ni merendah diri sikit between each other ?”

                “Tak”.Mereka menjawab serentak.

Ariz sedang memikirkan sesuatu.

                “Listen to me carefully,very very carefully.Abang bagi masa tiga hari je untuk korang sesuaikan diri.Lepas dari tiga hari tu abang nak tengok cara permainan korang.Kalau teruk lagi,macam budak kecik baru dapat raket.Abang straight to the point,korang tak boleh mewakili sekolah.Kalau main dalam zon pun dah teruk macam ni. Baik tak payah”.Serius Ariz memberi amaran.


No comments:

Post a Comment