Pelajar-pelajar luar memandang satu sama lain.Mereka menggeleng-gelengkan kepala,menjongketkan bahu dan banyak lagi bahasa tubuh yang menunjukkan perasaan mereka.
Budak yang tak berperasaan je boleh terima semua ni.
“Ingat kita ni budak asing ke kat sini?Suka hati mak bapak dia je buat peraturan sendiri”.
“Entah la.Aku dah tak tahu nak cakap apa lagi pasal sekolah ni sejak dari aku form one lagi.Dah penat dah aku kutuk,buat perhabis air liur je”.
“Aku dah biasa dah”.
Qaisha menyumbatkan earphone ke dalam telinganya.Semakin dia mendengar rungutan pelajar-pelajar luar semakin egonya membuak-buak.Dia memejamkan matanya dan bersandar kepada dinding belakang dewan.Tak kisah apa yang akan berlaku selepas ini.
“Roadrun pakai baju kurung?Sawan betul sekolah ni.Lepas tu kasi denda kitorang kena buat double round pulak tu.Memang tak gila mana lah. Dah la baru bagi tahu pagi ni,budak asrama dah tahu malam semalam dah”.Rungutan di dalam hati tidak dapat ditelan sendiri.
So brain,let’s thinking.Lima belas minit lagi roadrun dah nak start. Apa benda yang kita boleh buat sekarang?Nak outing sekarang beli baju seluar dah tak sempat.Kalau gang aku je sempat lah tapi kalau whole nor residence memang out la.Aku rasa aku dah macam dapat satu idea tapi tak tahu boleh jalan ke tak.
Aku rasa idea ni boleh je jalan kalau tak ada gangguan la.Lagi-lagi dari budak-budak D4 tu,memang guarantee hancus la plan aku kalau dia orang masuk sekali.So,cam ne ni?
“Dik,lama betul fikir.Impossible la kalau adik cakap adik tak ada idea”.
Adik?
“Pahal ngan abang ni?Main adik-adik pulak.Geli doh”.
“Adik main abang-abang boleh pulak?”
“Tu kes ikrar dengan opah dulu.Kalau tak pasal ikrar tu memang tak lah”.Ikrar pertama,kena dengar cakap abang yang tak bercanggah dengan ajaran Islam.Yang kedua,kena guna panggilan ‘abang’ sampailah ikrar ni tak diubah oleh opah sendiri.Bagi korang memang la simple.Bagi aku,complex giler kalah teori Sains.
Ariz senyum sahaja apabila mengingat kembali kes ikrar adiknya yang perlu dibuat di hadapan rumah opah,disaksikan pula atuk,opah dan tetamu tak diundang,dia sendiri.Part yang paling best,time tu jugaklah orang-orang kampung datang rumah opah sebab nak buat aduan dekat penghulu,atuk.Memang free-free jugaklah orang-orang kampung ni dengar ikrar Qaisha.
Qaisha bangun.
“Go,resque your friends!” Ujar Ariz bersemangat.
Qaisha ketawa di dalam hati dengan semangat abangnya itu.
Dia berlari ke arah kelima-lima ‘anak muridnya’.Dia mengelap peluh yang keluar di dahinya.
“Ada kes apa ni kak?Kibut je”.Micky bersuara.
“Akak pun pakai uniform ke roadrun nanti?”Soal Hero yang sedang sibuk memegang seekor cicak.
“Boleh tak korang ni duduk setempat je.Tak ada port sendiri ke? Kejap belakang kantin,hari ni pulak belakang bilik disiplin.Penat betul cari korang”.Keluh Qaisha.
U-Know mula memetik gitarnya.
“Akak sneek kitorang ek?Nak tackle cakap je la depan-depan. Akak nak yang mana?Ada lima budak macho kat sini and the most important is that the five of us is nor residence”.
Kedua-dua keningnya terangkat.
“Tak ada maknanya nak tackle budak tak cukup umur macam korang ni.Korang nak tak discount lima belas minit untuk kelas tuisyen?” Gila tak nak.Kalau dia orang tolak,aku memang tabik habislah.
Budak berlima itu memandang sesama sendiri.
“Mestilah nak kak.Tapi takkan lima belas minit je.Kasi kureng la lagi”.Max mencelah.
Aku nak je kasi kurang satu jam tapi mesti la abang membebel nanti.
“Aku tak boleh la bagi discount cam tu je mesti ada syarat”.
Masing-masing dah terasa goose bumps apabila mendengar perkataan ‘syarat’ yang keluar dari mulut Qaisha.
Qaisha memalingkan wajahnya kepada U-Know.
“Kau pergi bakar rumput padang sekolah tapi tak adalah fully burnt..cukup-cukup makan sudahlah”.
Mata ke arah Micky .“Kau pulak pergi bunyikan segala loceng yang ada dekat sekolah ni include loceng kebakaran”. Pandangannya beralih kepada Hero. “Kau pulak pergi kacau cikgu-cikgu yang bertugas untuk roadrun ni.Tak kisahlah nak pakai cicak or insects yang lain”. Wajah dipaling kepada Max pula. “Kau pergi buat clue yang menandakan orang lain yang buat kerja gila ni.Biar tersirat pun tak apa and jangan cari mangsa.Biar jadi misteri”.
Akhir sekali ke arah Xiah.
“Disebabkan kau yang paling senyap.Kau follow aku pergi buat onar sebelum roadrun start”.
Masing-masing membuat riak muka pelik mereka kepada Qaisha.
“Kak,kitorang bukannya biasa main jenayah ni dan kita orang mana ada bawa bahan pembakar pergi sekolah. Takkan pakai air liur je kot”.U-Know membuat muka tidak bersalah.
Qaisha senyum sinis.
“Setakat korang dapat kelentong cikgu jangan ingat korang dapat kelentong aku sekali.Kalau dengan budak-budak F4 pun dah kena roadblock,jangan beranilah nak tipu aku.Setakat bom atom tu apa lah sangat bagi korang.Takkan takat lighter pun tak ada”.Kagum betul aku tengok dia orang buat gaya muka budak suci.Memang cikgu tak perasan langsunglah.
Masing-masing membisu seketika.Ingin dibidas takut dibidas balik.
“Dahlah,tak cukup masa ni.Tak kisahlah apa risiko yang datang. Janji clear”.Qaisha ingin mengejar masa yang makin mencemburui kerja yang boleh mendatangkan manfaat besar kepada pelajar luar.
No comments:
Post a Comment