Wednesday 26 October 2011

(7)


Fiya menahan sabar.

            “Cepatlah wehh.Aku dah lambat ni….”.Rungut Fiya.

Zafran dengan selambanya sedap sahaja bersarapan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.

Fiya mendekati anak majikannya itu.

Fiya menampar kuat bahagian belakang Zafran.Tersembur budak tu dibuatnya.

            “Kau ni memang nak aku mati cepatkan!”Tengking Zafran.

            “Bukan kau ke yang nak aku mati cepat?Kau fikir pensyarah tu tak potong markah aku ke kalau aku datang lambat?Macam mana nak ambik exam kalau markah asyik kena potong”. Balas Fiya.Yela,markah aku tak akan kena potong banyak kalau tak disebabkan kes jenayah pakcik ni.
Zafran tersengih.Segera dia ke sinki dan terus mencapai kunci kereta.
           
Mulutnya teragak-agak untuk berbicara.
   
         “Zaf”.

            “Pe…?”Soalnya macam orang bangun tidur sambil memperlahan volume  radio.

            “Kau hantar aku depan gate je lah.Karang budak-budak tu cakap apa pulak”. Lembut suaranya.

            “Mulut orang memang susah nak tutup.Lagipun tengah hujan lebat ni. Kau pun tak nak markah kena potong lagi kan”.

Fiya akur sahaja.Lagipun betul jugak cakap dia tu.

Lamborghini Gallardo putih sudah selamat sampai di tempat khas buat pelajar seperti Zafran bukannya tempat untuk OKU tapi tempat untuk budak-budak spesies dia. Lahir daripada keturunan yang ber-wang.

            “Thanks”.

Zafran menggeleng-geleng.

Fiya mengerut dahi.

Pahal main geleng-geleng dengan aku?

            “Lunch dengan aku dekat café nanti.WAJIB”.Sengaja Zafran menekankan perkataan wajib itu.

Fiya membuat sign- ‘okay’.

‘Kalau budak ni belanja aku on je.Haha..memang pokai habislah duit si Zaf ni nanti’.

Hazim mendekati mereka.

Hazim dan Zafran berlaga penumbuk.

            “Wah,wah,wah…budak kelas aku pun kau try ke?”Usik Hazim.

            “Kau memang tak beli insurans lagi ek?Ingat pukul lima petang nanti sharp dekat tempat biasa.Kalau lambat nama kau aku delete dari list penyertaan.Ada faham?” Tegas suara Fiya.

Hazim berkawad menghadap Fiya.

            “Baik,puan”.Siap tabik lagi.Smart tu…

Zafran dan Hazim sama-sama ketawa.

            “Did I make a joke?”Soal Fiya kepada dirinya sendiri.Dia terus berlalu pergi meninggalkan soalan yang dirangka sendiri.


Lydia,budak modelling tu entah kenapa bagi jelingan maut dekat aku?Ada aku kacau hidup dia ke?Yang pernah aku kacau bakal-bakal usahawan dengan bakal-bakal lawyer.Aku tak main la budak-budak peraga badan ni.

Wana menghampiri Fiya.

            “Fiya,kau janganlah sedih”.

Fiya mengangkat kening.

            “Bila pulak aku dapat mandat untuk bersedih-sedih ni?”

Wana mengerut dahi.

            “La…muka kau macam tengah sedih je.Kau tak sedih ke ratu cantik U ni tak ajak kau pergi party dia?”

Fiya ketawa.

            “Muka aku bukan selalu macam ni ke?Lagipun,takat party minah tu apalah sangat. By the way,tu party sempena apa ek?Bukan hari tu dah sambut birthday dia ke?Takkan hari ni punya untuk tarikh islam punya birthday pulak kut”.Sedas dia memerli budak modeling itu.

Wana tersengih.

            “Apa la kau ni.Budak tu nak pindah pun kau tak tahu ke?”

            “I’m not a moving internet,Wana”.Jawabnya sarkastik.

Safwanah ketawa mendengar nada yang dibuat rakannya itu.

Pintu Arts Hall dikuak.

Fiya membuat muka dan dia seakan-akan mengetahui perkara yang akan berlaku selepas ini.

            “Hey you all,Lydia dah mintak izin dari bilik fakulti untuk benarkan korang semua turun Jades Hall sekarang”.Nada pembantu Lydia,Sunny itu teramatlah membingitkan.

            “You tertinggal satu lagi perkara penting la,Sunny.Semua boleh turun EXCEPT  FOR  AAFIYA QAISARAH”.Lydia menyampuk kemudian dia memberi lagi jelingan mautnya itu. Nadanya berganda-ganda membingitkan.

Fiya menggigit bibit.Dia ingin bergerak ke hadapan namun dihalang Safwanah.

Ikutkan hati nak sahaja dia membalas tapi memikirkan masalah markah yang sedia kurang. Terbatal terus niatnya.Lagipun budak ni dah nak blah,biarlah.Tapi siapa pulak akan ambik watak dia lepas ni?


Hanya ada dia seorang di café ini.Yang lain semua tengah sibuk berfoya-foya dalam dewan tu tapi Wana taklah.Wana lebih prefer library.Dia sendiri pernah cakap yang dia sanggup je ber-honeymoon dalam library.Janji ada buku,dia boleh hidup.Pelik sungguh budak tu.Kalau aku janji ada berus dan cat aku boleh hidup.Balik kepada kes party perpisahan tu,macam-macam boleh jadi,dah lah kawalan sendirian berhad. Dewan tertutup pulak tu.Huh… nak buat macam mana lagi.Pihak fakulkti pun bersalah jugak sebab tak ketatkan peraturan U.

Jus strawberi yang baru sahaja di-order sudah sampai.Yela kan,dia sorang je pun waiter ni nak melayan.

            “Best jugak duduk sorang-sorang ni.Boleh aku mengganggu hidup abang waiter ni”. Bisiknya sambil ketawa perlahan.Lilitan selendang putih bercorak biru dibetulkan sedikit.

Earphone disumbatkan.

Sedap sahaja dia ‘melalak’ di situ.Tapi merdu juga suaranya.

Kehadiran seseorang di hadapannya tidak dapat dikesan.

Lelaki itu berdehem sedikit.

            “Baby,I’m in love with you”.Baris dari lagu korea-‘Maybe’ terlepas dari kotak suaranya serentak dengan itu pandangan matanya memandang lelaki yang berdehem itu.

Lelaki itu tersenyum menawan.

            “Ye pun nak confess dengan aku,kasi lah romantik sikit”.Sengaja Zafran menambahkan lagi perasaan malu yang dirasa Fiya.

Fiya meng-off kan MP-nya.

            “Menyibuklah kau ni.Baru je aku nak buat café ni macam rumah aku sendiri”. Balas Fiya, cuba mengelak daripada topik tadi.

Zafran mengambil duduk berhadapan dengan Fiya.

            “A’alah,gaya macam tak biasa pulak”.Rumah Zafran pun dijadikan sebagai rumahnya sendiri.Dah sejak  lahir dibesarkan di rumah Zafran.

Fiya mencebik.

Pelayan datang kembali ke meja Fiya yang sekarang bersama Zafran.

            “Bagi dia segelas racun tikus”.Cepat Fiya meng-order sebelum sempat pelayan itu bertanya. 

Terkejut muka pelayan tu.

            “Tak payah layan kanak-kanak ribena macam dia ni.Aku nak the only juice yang korang tak ada”.

Waiter itu mengerut dahi.

‘Pelik lah dua orang student ni..’Getus hati waiter itu.

Fiya menggeleng-geleng.Faham benar dengan perangai budak ni.

Zafran membuat isyarat mata kepada Fiya.

Fiya mengeluh.

            “Kau ni la.Suka sangat memporak-perandakan hidup aku”.Jawab Fiya. Kemudian dia bangun dan masuk ke dalam dapur café itu.

Zafran tersenyum lagi.

Tak sampai 3 minit, jus yang di-order sampai.

Fiya kembali duduk di tempatnya.Waiter itu masih dalam keadaan blur.

            “Kalau pakcik ni datang order lagi.Kasi dia air ni.Kau nampakkan aku letak apa tadi?”

Waiter itu mengangguk.

Jus itu adalah air bandung bercampur air soda dan krim vanilla.

Pelayan itu berlalu pergi.

Zafran menghirupnya.Segar minda.

“Jap,jap…kau tak join ke party tu?”Soal Fiya.

“Daripada aku menambah dosa dekat situ baik aku menambah dosa dengan cara membuli kau. Itu lebih baik”. Jawabnya sambil tersenyum.Lydia ada menjemputnya tetapi mentah-mentah pelawaannya ditolak.Dan Zafran pun tahu kenapa Lydia tak menjemput Aafiya.Jawapan kepada soalan itu ada kaitan dengan dirinya. Lydia tak puas hati dengan Zafran sebab tidak sudi menerima Lydia. Dia bertambah lagi tak puas hati apabila melihat kemesraan di antara Zafran dengan Fiya.

“Alah kau ni,cakap je lah kau suka kan aku kan?” Fiya dah mula dah tu.

Zafran terkejut.

Tiba-tiba pulak Fiya menyuarakan soal ini.

            “Alah,nak malu-malu pulak dengan aku.Cakap je lah”. Fiya memang suka melihat wajah kecut perut Zafran.

            “Kau ni putus wayar bahagian mana , Fiya?”Soal Zafran dengan wajah cuak yang di-cover.

            “Admit it.Bukan ada orang pun”.Semakin Fiya mengayat.

Pelik bebenar reksi Zafran.

Fiya ketawa.

            “Apa lah kau ni.Orang sakat sikit pun dia ingat serius”.

Zafran mencebik.

            “Kau ni la…”.

Fiya menunjukkan sign-peace

            “Kau jangan risau lah.Aku tahu posisi aku.Lagipun,takkanlah aku boleh tersangkut dengan kau”.

            “Aku kan dah janji akan buat budak psikologi sangkut dengan budak pencuri hati kelas satu”.Balas Zafran selamba.

            “I’m waiting for it”.Ujar Fiya.

Zafran tidak membalas.Dia terus menghirup jus yang dibancuh Fiya tadi.

Fiya memanggil waiter perempuan yang sedang mengelap meja di sebelahnya itu.

            “Saya nak order makanan yang paling mahal dekat café ni”.

Zafran memandangnya.

            “Apa pandang-pandang? Tadi kau jugak yang nak aku lunch dengan kau kan? Kau lah yang bayar”.Fiya membalas pandangan Zafran.

            “Itu saje?”Soal pelayan perempuan itu.

            “Make it two”.Balas Zafran.

‘Mak ai,mamat ni.Berapa juta duit dia dalam dompet dia tu ek?’ Fiya bertanya di dalam hati.

            “Wah,sweet gila korang ni.Mesti end of this year korang menang untuk anugerah prince and princess kan?”

            “Of course la.Tengoklah boyfriend dia siapa”.Jawab Zafran tenang.

Fiya menyepak kaki Zafran.Dan tepat pula kena dekat bahagian terseliuh hari tu.

            “Sakitlah!”Jerit Zafran.

            “Lain kali,jawab pakai otak”.Balas Fiya.

            “Aku jawab pakai hati.Ikhlas dari lubuk paling dalam ni”.Ujarnya dengan nada romantik.

Fiya terdiam.Berubah-ubah riak mukanya.

Giliran Zafran pula ketawa.

            “Sakat orang pandai.Diri sendiri pun sama”.

Fiya memuncungkan bibirnya dan meng-on kan kembali MP-nya tapi dengan volume yang lebih-lebih kuat.Geram!

Zafran tersenyum.Tapi senyumannya terhenti apabila melihat budak yang nak blah dari U ni menghampiri mereka.Blah pun sebab dia jugak.

            “Hey Zaf.Ye pun you tak sudi dengan I , takkan party I pun you tak nak join”. Lydia memulakan perbualan.

Fiya berpura-pura seperti dia sedang sibuk mendengar lagu tapi yang sebenarnya dia sudah meng-off kan MP nya itu.

Lydia geram melihat Zafran tidak memberi sebarang tindak balas.

            “I akan buat apa sahaja untuk you join party tu.Kalau you nak I panggil Maroon 5 datang party ni pun I sanggup.Nanti I call papa I”. Tergedik-gedik Lydia di hadapan Zafran.Dan dia sengaja melebihkan lagi ‘gediknya’ itu apabila melihat Zafran bersama Fiya.

            “Okay,aku akan join kalau kau panggil satu artist group ni”.

Jawapan Zafran mengejutkan Fiya dan menggembirakan Lydia.

            “You nak I panggil siapa?”Soal Lydia dengan senyuman meleret.

            “Aku nak Rabbani tapi kalau tak dapat Rabbani,In-Team pun okay. Amacam? Boleh jemput diorang?” Soal Zafran dengan matanya menusuk tajam di dalam anak mata Lydia.

Zafran membuat isyarat mata dengan Fiya.Mintak back-up lagi.

            “Apalah kau ni Zaf,takkan kau panggil artis tempatan buat show Lydia. Budak paling famous dalam U ni”.Jawab Fiya.

Lydia senyum.

            “Walaupun,I benci dengan you,Fiya.Tapi kali ni,I memang suka dengan you”. Jawab Lydia tergedik-gedik.
        
         “Aku kan memahami kau.Mestilah kau nak ambik international artist macam Maher Zain kan Lyida?” Balas Fiya tenang,tidak memikirkan jelingan maut Lydia.

Lydia mengehentak-hentakkan kakinya sebelum berlalu pergi.

           “Bergegar café aku!”Jerit waiter perempuan yang berpura-pura sibuk mengelap meja sedangkan dia juga dalam skuad yang sama dengan Zafran dan Fiya.

Zafran dan Fiya ketawa mendengar jeritan pelayan perempuan itu tadi.Memang kamceng la mereka selepas ini.

2 comments:

  1. Bukan keseluruhan cerita cuma certain scene je... TERIMA KASIH sudi membaca! (n_n)

    ReplyDelete