Wednesday, 26 October 2011

(8)

Mereka bertiga bersorak keriangan sebab banner dah siap!

            “Eh jap-jap.Siapa nak present nanti?Bukan ke aspek tu yang dia paling nilai?” Soal Wana.

Keadaan sepi seketika.

Wana dan Hazim berpandangan.Mereka tersenyum.

            “Fiya lah!”Jerit mereka serentak.

            “Pahal aku pulak?Ish,mana aci lah!”Bidas Fiya.

            “Apa aci-aci?”Soal Wana.

            “Aci dekat kedai”.Sambung Hazim pula.

‘Sejak bila budak berdua ni kaw-timm?Alih-alih aku jugak mangsanya’.

            “Okaylah tu.So,kita boleh sambung sorak balik!”Jerit Hazim.

Mereka berdua bersorak kembali.Tetapi Fiya mencuka.

‘Ewah-ewah,aku tak bagi kata putus lagi’.Keluh Fiya masih dengan wajah kelatnya.

Tiba-tiba sehelai lebihan borang penyertaan untuk pertandingan banner ini landing tepat di hadapan Fiya.

Mata Aafiya Qaisarah tepat mengenai satu ayat ini.

            “Weyh!!!”Jerit Fiya.Mujur saja time macam ni tak ramai orang.

Wana dan Hazim tersentak.

            “Tarikh hantar benda alah ni….”.

            “Asal?”Soal Hazim yang turut merasai kecuakan Fiya.

            “Esok”.

Jawapan Fiya membuatkan yang lain terlopong.

            “Matilah kau Fiya.Malam ni kau kena stay-up la untuk rangka skrip”.Wana menambahkan lagi kibut Fiya.

Fiya menjeling tajam.

            “Aku sorang je mati?Korang tak mati?”Perli Fiya.

            “Tak.Kitorang tak mati.Sebab kerja kitorang dah siap”.Jawab Hazim selamba.

            “Okay,kalau macam tu aku buat ala-ala je lah.Biar apa yang kita buat ni jadi something yang waste”.

Muka Hazim dan Wana macam orang nak pitam dah.

            “Agaklah.Dah lah penat buat benda ni”.

            “Tahu tak apa.Baik tak payah buat kalau jadi macam ni.Baik aku ikut gang aku jamming hari tu”.Hazim menyokong pernyataan Wana.

            “Sentap betul lah korang ni.Aku ayat sikit je,muka dah macam mayat hidup”.Tutur Fiya sambil ketawa kecil.

            “Mana ada mayat hidup handsome macam ni”.Jawab Hazim dengan muka kereknya yang sedang memulakan sesi ‘masuk bakul angkat sendiri’.

Fiya dan Wana berpura-pura hendak termuntah dengan pernyataan Hazim.

Zafran mendekati mereka.

            “Fiya,pakwe kau dah datang”.Bisik Wana.

Fiya menoleh ke belakang.

            “Ni bukan pakwe,ni disaster”.Balas Fiya.

            “Jim,kerja dah settle belum?”Soal Zafran dengan raket squash di tangan.

Hazim mengangkat ibu jari.

            “Asal tanya?Nak pau aku ke?”Soal Hazim.

Fiya dan Wana sedang sibuk mengemas.

            “Aku nak pinjam budak ni jap tapi kerja dah settle aku ambik dia terus je lah”.

Hazim dan Wana bermain mata , mempunyai tanggapan masing-masing.

            “Hailah…yang korang berdua ber-dating mata tu apa hal?”Soal Zafran.

            “Korang jangan nak fikir bukan-bukan okay?”Giliran Fiya pula bersuara.

Yang lagi dua tu tersengih.


Lamborghini Gallardo,

            “Ada kes apa pulak ni?”Soal Fiya yang dari tadi tertanya-tanya.

Zafran memperlahankan volume radio.

            “Dapat call dari sekolah Zahrin.Nasib baik segala maklumat pelajar pakai number phone aku.Kalau dapat dekat mama dengan abah,memang tidur bus stop la budak tu nanti”.Zafran memberi penerangan.

            “Budak tu buat dajal apa pulak?”Soal Fiya lagi.

Zafran menjungkit bahu.

Fiya mengeluh.

‘Budak ni nak ambik SPM ke tidak?’



Pejabat,

Aku pandang sikit anak majikan aku ni.Muka macam biasalah cool je.Uniform pun smart dan tegang lagi-hasil tangan aku jugak yang berpeluh-peluh menggosoknya pagi tadi, tak ada tanda-tanda dia terlibat dalam pergaduhan.Zafran pun cool je.Aku yang terlebih meremang.

Seorang guru lelaki masuk.

            “Parents mana?”Soal guru lelaki itu merangkap guru disiplin sekolah.

            “Busy”.Jawab Zafran tenang.

            “Adik awak ni merupakan calon SPM.Dia…”.Guru disiplin itu memulakan ucapannya seperti biasa tetapi dipotong Zahrin.

            “Dia ini salah seorang pelajar harapan sekolah untuk merangkul straight A’s tetapi jika disiplinnya sebegini rupa,bagaimana pihak sekolah hendak membenarkannya masuk dewan peperiksaan?Sekolah ini merupakan sekolah yang dihormati ramai…bla...bla...”.Sambung Zahrin,sebijik gaya guru disiplin tersebut.

Fiya dan Zafran menahan gelak.Guru disiplin itu mengetap gigi dengan wajah macam nak makan orang.

            “Kau hafal skrip dia?”Soal Fiya dengan nada membisik.

            “Ini kali ke Sembilan”.Jawab Zahrin membisik juga.

            “Just straight to the point,sir.Apa yang adik saya ni dah buat?”Soal Zafran yang malas hendak mendengar ceramah free.

            “Dia didapati mengedar pil khayal kepada pelajar-pelajar lain”.Tegas suara guru disiplin itu.

Fiya hanya menguncikan mulut.

‘Pil?Betul ke?’Soal Fiya di dalam hati.

            “Tu je ke?”Soal Zafran lagi dengan wajah membosankan.

Guru disipin itu tersentak.

            “Awak tak faham ke?Dia edar dadah!”Tengking guru disiplin itu.

Zahrin dah menguap.

            “Boleh saya tengok ‘dadah’ tu?”Sengaja Zafran menekankan perkataan dadah itu.

Guru disiplin itu mengeluarkan sepaket plastic kecil yang mengandungi beberapa pil.

Zafran membelek-belek.

            “Ni Vitamin C la”.Jawab Zafran.

Guru disiplin itu mengeleng-gelengkan kepala.

            “Tak…tak mungkin…macam mana pulak?”Guru itu menafikan.

Zahrin membetulkan tie nya.

            “Saya nak explain tadi tapi cikgu tak nak dengar.Hari ni kan ada kelas Add-Math dengan Chemist berturut-turut so budak-budak kelas saya mintak tolong belikan gula-gula tapi saya bawa Vitamin sebab Vitamin lagi berkesan untuk meningkatkan tahap kecergasan”. Zahrin membalas dengan wajah yang tak beriak itu.

Guru disilin itu mendengus.

            “Ada apa-apa lagi?”

Guru itu menuding jarinya ke arah pintu.


Fiya mengambil tempat duduk di belakang membiarkan Zahrin duduk di hadapan.

Enjin berfungsi.

            “So tell me how the story begin?Macam mana dadah tu boleh ada kaitan dengan kau?” Soal Zafran serius sambil memandu.

Zahrin tersentak.Fiya blur.

            “La…abang tahu hal sebenar ke?Ingatkan abang betul-betul ingat yang benda tu Vitamin”. Balas Zahrin tak percaya.

            “Hoi,kau merendahkan aku ke apa?Takkan aku tak dapat nak bezakan , lain la macam cikgu kau tu”.

Zahrin tersengih.

            “Dia bukan sekadar cikgu la”.Jawab Zahrin senada.

Yang lain tidak menjawab menantikan sambungan lagi.

            “Dia tu pakcik Apek.Apek la director kepada tragedy tadi.Apek jugaklah yang menghasut pakcik dia tu”.

            “Then,macam mana boleh keluar cerita yang kau edar dekat budak-budak sekolah tu? Mesti budak-budak tu bagi tahu kau dalang dia kan?”Fiya bersuara.

            “Apek punya kerja jugaklah tu.Entah apa dia ugut sampai kawan baik aku sendiri pun sanggup kamceng dengan dia sekali”.Balas Zahrin geram walaupun cuba ditahan perasaannya itu.

Fiya mengangguk-angguk.

            “Anyway,thanks ya”.Tutur Zahrin perlahan.Tak sanggup nak cakap kuat-kuat , hilang macho nanti.
Fiya tersenyum.-Akhirnya,ada jugaklah keluar perkataan baik dari mulut budak ni.
Zafran fokus memandu tetapi fikirannya melayang.

            “Benda-benda yang dia buat ni ganggu result SPM kau tak?” Soal Fiya apabila melihat keadaan Zafran yang agak pelik sedikit.

Zafran turut menanti jawapan daripada adiknya.

            “For sure la”.Jawab Zahrin sambil merenung ke luar tingkap.

Zafran mengeluh sedikit.Jawapan yang tidak diinginkannya.

“So,Apek la yang tuan punya dadah tu?”Soal Fiya lagi.

Zahrin menoleh ke belakang.Tepat menuju ke wajah Fiya.

            “A’ah la.Macam mana aku tak boleh terfikir!”Jerit Zahrin.

Fiya membuat riak bangga.

            “Kadang-kadang otak kau ni boleh pakai jugak kan”.Sambung Zahrin lagi.

‘Kadang-kadang?Perlu ke sebut perkataan tu?Ish budak ni la kalau boleh semuanya nak sejibik dengan abang dia’.

Fiya mencebik.


Rooftop rumah,

Tangannya tidak lepas daripada memegang handphone-nya itu.

Fiya meletakkan mug yang berisi jus oren di atas meja kecil berhampiran.

            “Thanks.Tapi yang ni kau ikut equation hari tu ke?”Soal Zafran ragu-ragu.

            “Taklah”.Jawab Fiya sambil ketawa kecil.

Zafran menghirupnya sedikit dan menyambung kembali kerjanya.

            “Aku mintak tolong junior aku jugaklah.Bapak dia pegawai polis bahagian dadah ni. Boleh kan?”Fiya meminta pendapat.

            “Okay jugak tu.Sebab aku baru dapat polis bahagian siasatan”.Balas Zafran yang tampak ‘simple’ berpakaian baju sejuk dan tracksuit.

            “PPD dah dapat?”Soal Fiya.

            “Dalam proses sebab field aku tak ada mak bapak kerja bahagian situ.Field kau ada tak?”

Fiya berfikir.

            “Dalam field aku tak ada tapi jiran kita kan orang kuat PPD?”

Zafran memetik jari dan melepaskan nafas lega.

            “Settle.Cuma tinggal discuss sikit dengan diorang.Esok petang kau busy tak?”

Fiya menggeleng.Matanya secara tiba-tiba mengarah lama ke arah pokok di hadapannya yang tergantung banner.

Fiya teringatkan sesuatu yang penting.

            “Weyh sorry,esok aku,Wana dengan Hazim ada competition.Adoyai, macam mana ni”.Aku tak siap rangka skrip lagi ni.Apa la aku nak merepek dekat judges tu nanti…

Zafran menghirup jus oren itu.

            “Biarlah aku sorang je settle-kan.No hal lah”.

            “Okay tapi aku tak tahu lagi nak cakap apa dekat juri tu pasal banner yang kitorang buat tu”.Balas Fiya dengan nada kerisauan.

Zafran memandang ke arah langit yang mendamaikan.

            “Jujur je”.

            “Ha?”Fiya tak memahami.

            “Kau cakap je macam biasa.Perjalanan korang buat banner tu.Daripada pemilihan tema sampai la banner tu siap”.

Fiya mengerut dahi.

            “Simple-nya,boleh jalan ke?”Soal Fiya.

Zafran menghadapkan wajahnya kepada Fiya.

            “Aku pernah jadi judges aku tahulah.Bila semuanya buat ala-ala nerd, tu tak menarikkan perhatian juri”.

Fiya masih lagi dengan riak kurang percaya.

            “Trust me”.Ujar Zafran perlahan sebelum berlalu pergi.


Puan Anissa merangkap ibu kandung kepada Aafiya Qaisarah tersenyum memandang satu-satunya anaknya yang memperlihat riak muka bimbang. Jarang sungguh dapat melihat riak muka sebegitu dari gadis ini.

            “Kenapa buat muka macam tunggu result SPM ni?” Soal Puan Anissa. Ya, memang muka sebijik macam tengah tunggu result SPM dulu.

            “Ibu…”.Fiya dah mula aksi memanjakan diri.Kira okay la ni , manja depan mak sendiri.

Fiya membaringkan kepalanya di atas paha ibunya.

Puan Anissa membelai lembut rambut anak gadisnya itu.

            “Ibu doakan Fiya tau”.Pertandingan tu lah satu-satunya cara untuk menambahkan markah yang sedia kurang.Tak pasal-pasal kena ulang semester pulak nanti.

            “Ibu sentiasa doakan yang terbaik untuk anak ibu”.Balas Puan Anissa.

            “Siapa anak ibu yang bertuah tu?”Sengaja Fiya mengusik.

            “Entahlah,Zafran Marzuq kut”.Ibunya turut membalas usikan anaknya itu.

            “Ibu…!”Fiya membuat muka kelat.

Puan Anissa ketawa kecil.

            “Sanggup ibu menduakan Fiya”.

            “Manalah tahu,esok lusa Zafran jadi anak ibu”.Usik Puan Anissa lagi.

            “Eee…tak naklah”.

Fiya menarik muka.

Puan Anissa tersenyum.

No comments:

Post a Comment