Fiya menahan sabar.
“Cepatlah wehh.Aku dah lambat ni….”.Rungut Fiya.
Zafran dengan
selambanya sedap sahaja bersarapan dengan penuh kesopanan dan kesusilaan.
Fiya mendekati anak
majikannya itu.
Fiya menampar kuat
bahagian belakang Zafran.Tersembur budak tu dibuatnya.
“Kau ni memang nak aku mati cepatkan!”Tengking Zafran.
“Bukan kau ke yang nak aku mati cepat?Kau fikir pensyarah
tu tak potong markah aku ke kalau aku datang lambat?Macam mana nak ambik exam
kalau markah asyik kena potong”. Balas Fiya.Yela,markah aku tak akan kena
potong banyak kalau tak disebabkan kes jenayah pakcik ni.
Zafran tersengih.Segera
dia ke sinki dan terus mencapai kunci kereta.
Mulutnya teragak-agak
untuk berbicara.
“Zaf”.
“Pe…?”Soalnya macam orang bangun tidur sambil memperlahan
volume radio.
“Kau hantar aku depan gate je lah.Karang budak-budak tu
cakap apa pulak”. Lembut suaranya.
“Mulut orang memang susah nak tutup.Lagipun tengah hujan
lebat ni. Kau pun tak nak markah kena potong lagi kan”.
Fiya akur sahaja.Lagipun
betul jugak cakap dia tu.
Lamborghini Gallardo
putih sudah selamat sampai di tempat khas buat pelajar seperti Zafran bukannya
tempat untuk OKU tapi tempat untuk budak-budak spesies dia. Lahir daripada
keturunan yang ber-wang.
“Thanks”.
Zafran
menggeleng-geleng.
Fiya mengerut dahi.
Pahal main
geleng-geleng dengan aku?
“Lunch dengan aku dekat café nanti.WAJIB”.Sengaja Zafran
menekankan perkataan wajib itu.
Fiya membuat sign-
‘okay’.
‘Kalau budak ni belanja
aku on je.Haha..memang pokai habislah duit si Zaf ni nanti’.
Hazim mendekati mereka.
Hazim dan Zafran
berlaga penumbuk.
“Wah,wah,wah…budak kelas aku pun kau try ke?”Usik Hazim.
“Kau memang tak beli insurans lagi ek?Ingat pukul lima
petang nanti sharp dekat tempat biasa.Kalau lambat nama kau aku delete dari
list penyertaan.Ada faham?” Tegas suara Fiya.
Hazim berkawad
menghadap Fiya.
“Baik,puan”.Siap tabik lagi.Smart tu…
Zafran dan Hazim
sama-sama ketawa.
“Did I make a joke?”Soal Fiya kepada dirinya sendiri.Dia
terus berlalu pergi meninggalkan soalan yang dirangka sendiri.
Lydia,budak modelling
tu entah kenapa bagi jelingan maut dekat aku?Ada aku kacau hidup dia ke?Yang
pernah aku kacau bakal-bakal usahawan dengan bakal-bakal lawyer.Aku tak main la
budak-budak peraga badan ni.
Wana menghampiri Fiya.
“Fiya,kau janganlah sedih”.
Fiya mengangkat kening.
“Bila pulak aku dapat mandat untuk bersedih-sedih ni?”
Wana mengerut dahi.
“La…muka kau macam tengah sedih je.Kau tak sedih ke ratu
cantik U ni tak ajak kau pergi party dia?”
Fiya ketawa.
“Muka aku bukan selalu macam ni ke?Lagipun,takat party
minah tu apalah sangat. By the way,tu party sempena apa ek?Bukan hari tu dah
sambut birthday dia ke?Takkan hari ni punya untuk tarikh islam punya birthday
pulak kut”.Sedas dia memerli budak modeling itu.
Wana tersengih.
“Apa la kau ni.Budak tu nak pindah pun kau tak tahu ke?”
“I’m not a moving internet,Wana”.Jawabnya sarkastik.
Safwanah ketawa
mendengar nada yang dibuat rakannya itu.
Pintu Arts Hall dikuak.
Fiya membuat muka dan
dia seakan-akan mengetahui perkara yang akan berlaku selepas ini.
“Hey you all,Lydia dah mintak izin dari bilik fakulti
untuk benarkan korang semua turun Jades Hall sekarang”.Nada pembantu Lydia,Sunny
itu teramatlah membingitkan.
“You tertinggal satu lagi perkara penting la,Sunny.Semua
boleh turun EXCEPT FOR AAFIYA QAISARAH”.Lydia menyampuk kemudian dia
memberi lagi jelingan mautnya itu. Nadanya berganda-ganda membingitkan.
Fiya menggigit
bibit.Dia ingin bergerak ke hadapan namun dihalang Safwanah.
Ikutkan hati nak sahaja
dia membalas tapi memikirkan masalah markah yang sedia kurang. Terbatal terus
niatnya.Lagipun budak ni dah nak blah,biarlah.Tapi siapa pulak akan ambik watak
dia lepas ni?
Hanya ada dia seorang
di café ini.Yang lain semua tengah sibuk berfoya-foya dalam dewan tu tapi Wana
taklah.Wana lebih prefer library.Dia sendiri pernah cakap yang dia sanggup je
ber-honeymoon dalam library.Janji ada buku,dia boleh hidup.Pelik sungguh budak
tu.Kalau aku janji ada berus dan cat aku boleh hidup.Balik kepada kes party
perpisahan tu,macam-macam boleh jadi,dah lah kawalan sendirian berhad. Dewan
tertutup pulak tu.Huh… nak buat macam mana lagi.Pihak fakulkti pun bersalah jugak
sebab tak ketatkan peraturan U.
Jus strawberi yang baru
sahaja di-order sudah sampai.Yela kan,dia sorang je pun waiter ni nak melayan.
“Best jugak duduk sorang-sorang ni.Boleh aku mengganggu
hidup abang waiter ni”. Bisiknya sambil ketawa perlahan.Lilitan selendang putih
bercorak biru dibetulkan sedikit.
Earphone disumbatkan.
Sedap sahaja dia
‘melalak’ di situ.Tapi merdu juga suaranya.
Kehadiran seseorang di
hadapannya tidak dapat dikesan.
Lelaki itu berdehem
sedikit.
“Baby,I’m in love with you”.Baris dari lagu korea-‘Maybe’
terlepas dari kotak suaranya serentak dengan itu pandangan matanya memandang
lelaki yang berdehem itu.
Lelaki itu tersenyum
menawan.
“Ye pun nak confess dengan aku,kasi lah romantik sikit”.Sengaja
Zafran menambahkan lagi perasaan malu yang dirasa Fiya.
Fiya meng-off kan
MP-nya.
“Menyibuklah kau ni.Baru je aku nak buat café ni macam
rumah aku sendiri”. Balas Fiya, cuba mengelak daripada topik tadi.
Zafran mengambil duduk
berhadapan dengan Fiya.
“A’alah,gaya macam tak biasa pulak”.Rumah Zafran pun
dijadikan sebagai rumahnya sendiri.Dah sejak
lahir dibesarkan di rumah Zafran.
Fiya mencebik.
Pelayan datang kembali
ke meja Fiya yang sekarang bersama Zafran.
“Bagi dia segelas racun tikus”.Cepat Fiya meng-order sebelum
sempat pelayan itu bertanya.
Terkejut muka pelayan tu.
“Tak payah layan kanak-kanak ribena macam dia ni.Aku nak
the only juice yang korang tak ada”.
Waiter itu mengerut
dahi.
‘Pelik lah dua orang
student ni..’Getus hati waiter itu.
Fiya
menggeleng-geleng.Faham benar dengan perangai budak ni.
Zafran membuat isyarat
mata kepada Fiya.
Fiya mengeluh.
“Kau ni la.Suka sangat memporak-perandakan hidup
aku”.Jawab Fiya. Kemudian dia bangun dan masuk ke dalam dapur café itu.
Zafran tersenyum lagi.
Tak sampai 3 minit, jus
yang di-order sampai.
Fiya kembali duduk di
tempatnya.Waiter itu masih dalam keadaan blur.
“Kalau pakcik ni datang order lagi.Kasi dia air ni.Kau
nampakkan aku letak apa tadi?”
Waiter itu mengangguk.
Jus itu adalah air
bandung bercampur air soda dan krim vanilla.
Pelayan itu berlalu
pergi.
Zafran
menghirupnya.Segar minda.
“Jap,jap…kau
tak join ke party tu?”Soal Fiya.
“Daripada
aku menambah dosa dekat situ baik aku menambah dosa dengan cara membuli kau. Itu
lebih baik”. Jawabnya sambil tersenyum.Lydia ada menjemputnya tetapi
mentah-mentah pelawaannya ditolak.Dan Zafran pun tahu kenapa Lydia tak
menjemput Aafiya.Jawapan kepada soalan itu ada kaitan dengan dirinya. Lydia tak
puas hati dengan Zafran sebab tidak sudi menerima Lydia. Dia bertambah lagi tak
puas hati apabila melihat kemesraan di antara Zafran dengan Fiya.
“Alah
kau ni,cakap je lah kau suka kan aku kan?” Fiya dah mula dah tu.
Zafran terkejut.
Tiba-tiba pulak Fiya
menyuarakan soal ini.
“Alah,nak malu-malu pulak dengan aku.Cakap je lah”. Fiya
memang suka melihat wajah kecut perut Zafran.
“Kau ni putus wayar bahagian mana , Fiya?”Soal Zafran
dengan wajah cuak yang di-cover.
“Admit it.Bukan ada orang pun”.Semakin Fiya mengayat.
Pelik bebenar reksi
Zafran.
Fiya ketawa.
“Apa lah kau ni.Orang sakat sikit pun dia ingat serius”.
Zafran mencebik.
“Kau ni la…”.
Fiya menunjukkan
sign-peace
“Kau jangan risau lah.Aku tahu posisi
aku.Lagipun,takkanlah aku boleh tersangkut dengan kau”.
“Aku kan dah janji akan buat budak psikologi sangkut
dengan budak pencuri hati kelas satu”.Balas Zafran selamba.
“I’m waiting for it”.Ujar Fiya.
Zafran tidak
membalas.Dia terus menghirup jus yang dibancuh Fiya tadi.
Fiya memanggil waiter perempuan
yang sedang mengelap meja di sebelahnya itu.
“Saya nak order makanan yang paling mahal dekat café ni”.
Zafran memandangnya.
“Apa pandang-pandang? Tadi kau jugak yang nak aku lunch
dengan kau kan? Kau lah yang bayar”.Fiya membalas pandangan Zafran.
“Itu saje?”Soal pelayan perempuan itu.
“Make it two”.Balas Zafran.
‘Mak ai,mamat ni.Berapa
juta duit dia dalam dompet dia tu ek?’ Fiya bertanya di dalam hati.
“Wah,sweet gila korang ni.Mesti end of this year korang
menang untuk anugerah prince and princess kan?”
“Of course la.Tengoklah boyfriend dia siapa”.Jawab Zafran
tenang.
Fiya menyepak kaki
Zafran.Dan tepat pula kena dekat bahagian terseliuh hari tu.
“Sakitlah!”Jerit Zafran.
“Lain kali,jawab pakai otak”.Balas Fiya.
“Aku jawab pakai hati.Ikhlas dari lubuk paling dalam ni”.Ujarnya
dengan nada romantik.
Fiya
terdiam.Berubah-ubah riak mukanya.
Giliran Zafran pula
ketawa.
“Sakat orang pandai.Diri sendiri pun sama”.
Fiya memuncungkan
bibirnya dan meng-on kan kembali MP-nya tapi dengan volume yang lebih-lebih kuat.Geram!
Zafran tersenyum.Tapi
senyumannya terhenti apabila melihat budak yang nak blah dari U ni menghampiri mereka.Blah
pun sebab dia jugak.
“Hey Zaf.Ye pun you tak sudi dengan I , takkan party I
pun you tak nak join”. Lydia memulakan perbualan.
Fiya berpura-pura
seperti dia sedang sibuk mendengar lagu tapi yang sebenarnya dia sudah meng-off
kan MP nya itu.
Lydia geram melihat
Zafran tidak memberi sebarang tindak balas.
“I akan buat apa sahaja untuk you join party tu.Kalau you
nak I panggil Maroon 5 datang party ni pun I sanggup.Nanti I call papa I”. Tergedik-gedik
Lydia di hadapan Zafran.Dan dia sengaja melebihkan lagi ‘gediknya’ itu apabila
melihat Zafran bersama Fiya.
“Okay,aku akan join kalau kau panggil satu artist group
ni”.
Jawapan Zafran
mengejutkan Fiya dan menggembirakan Lydia.
“You nak I panggil siapa?”Soal Lydia dengan senyuman
meleret.
“Aku nak Rabbani tapi kalau tak dapat Rabbani,In-Team pun
okay. Amacam? Boleh jemput diorang?” Soal Zafran dengan matanya menusuk tajam
di dalam anak mata Lydia.
Zafran membuat isyarat
mata dengan Fiya.Mintak back-up lagi.
“Apalah kau ni Zaf,takkan kau panggil artis tempatan buat
show Lydia. Budak paling famous dalam U ni”.Jawab Fiya.
Lydia senyum.
“Walaupun,I benci dengan you,Fiya.Tapi kali ni,I memang
suka dengan you”. Jawab Lydia tergedik-gedik.
“Aku kan memahami kau.Mestilah kau nak ambik
international artist macam Maher Zain kan Lyida?” Balas Fiya tenang,tidak
memikirkan jelingan maut Lydia.
Lydia
mengehentak-hentakkan kakinya sebelum berlalu pergi.
“Bergegar café aku!”Jerit waiter perempuan yang
berpura-pura sibuk mengelap meja sedangkan dia juga dalam skuad yang sama
dengan Zafran dan Fiya.
Zafran dan Fiya ketawa
mendengar jeritan pelayan perempuan itu tadi.Memang kamceng la mereka selepas
ini.
kisah benar?? hehe
ReplyDeleteBukan keseluruhan cerita cuma certain scene je... TERIMA KASIH sudi membaca! (n_n)
ReplyDelete