Friday 28 October 2011

(11)


Haru betul lah Zafran ni. Dia yang mengajak aku, aku pulak yang kena uruskan segala-galanya. Dari seluar baju spare sampailah charger handphone dia pun, aku jugak yang handle. Entah dia nak angkut aku pergi mana pun aku tak tahu. Suruh siapkan mee goreng segala bagai. Nak mee goreng ber udang pulak tu. Mengada-ngada betul. Nasiblah kau tu anak majikan aku…

Zahrin pulak awal-awal pagi dah buat gaya kopi tak letak gula.

Aku ni ha… awal-awal pagi dah berpeluh walaupun tak menjejakkan kaki dekat jog track. Habis aku tawaf rumah agam ni semata-mata sebab cari earphone si Zafran. Susun barang dalam bonet tu pun kerja aku. Dia pikir barang-barang yang dia suruh angkut tu ringan macam kapas ke? Banyak betul R&R yang aku singgah. Dia boleh pandang tanpa perasaan. Huh…kata sempena hadiah kemenangan aku. Tapi ni apa?

Mercedes C Class sudah sampai di hadapan pagar rumah.

Najwan turun setelah pintu dibuka oleh pemandunya.

Najwan berpakaian sempoi dengan jeans dan t-shirt outline. Canon s95 tergantung di lehernya dan sling beg pula tergantung di bahunya.

Najwan melambai ke arah mereka berdua.

Fiya sudah selesai menyusun beg di dalam bonet Alphard. Tinggal makanan je.

            “Ajim tak sekali dengan kau ke?” Soal Zafran pelik. Ye lah, Hazim berjiran je dengan Najwan.

Najwan menggeleng.

            “Taklah. Dia kata dia nak drive sendiri. Wah, awalnya P.A kau ni sampai. Siap kemas barang-barang kau lagi”.

Fiya menampal senyuman.

Zafran sengih jahat.

Naza Forte pula mengambil tempat di hadapan pagar.

            “Forte?” Soal Zafran.

Wana dengan Hazim keluar dari kenderaan itu.

Ternganga ketiga-tiga mereka.

            “Uuu…sejak bila pulak Ajim jadi mat romeo ni?” Usik Najwan.

Wana menghampiri Fiya. Tertelan air liur jugaklah budak Wana ni jeling sikit rumah si Zafran ni.

            “Aku pulak yang kena? Dah si Zaf ni ajak Wana join sekali tapi tak bagi address rumah so aku tumpangkan lah”. Hazim menjelaskan.

Yang lain membuat muka yang lebih kurang maksud- ye la tu…

Alphard meluncur laju keluar dari kawasan perumahan.

Hazim memasang cd filem Hikayat Merong Mahawangsa.

            “HMM ni kau beli yang limited edition punya ke?” Soal Najwan.

            “A’ah. Sound dengan angle semua memang best la”. Balas Zafran sambil memandu.

Empat pasang mata semuanya tepat memandang skrin. Satu pasang lagi sedang khusyuk memandu.

Zafran membelok ke sebuah kawasan perumahan. Mencari-cari alamat seseorang.

Dapat pun!

Kereta dihentikan di hadapan sebuah rumah yang agak besar tapi still tak boleh nak beat rumah budak bertiga ni la.

            “Kau invite siapa lagi, Zaf?” Soal Hazim yang sudah tidak menumpukan perhatian kepada filem terbitan KRU itu.

Zafran tidak menjawab.

Dia keluar daripada kereta apabila melihat seorang gadis sudah berada di hadapan keretanya. Siap bukak kan lagi pintu kereta tu. Macam special jek.

            “La…former girlfriend rupanye”.

            “Ain, lama betul aku tak jumpa kau”.

Riak wajah Fiya sukar untuk ditafsirkan.

So, meh aku rewind situasi rancangan luar alam si Zafran ni.

Domino menjadi pilihan.

            “I really appreciate kalau korang boleh support my plan”. Zafran memulakan mukadimah rancangannya.

Ain dan tunangnya berbalas pandangan.

            “I akan tolong selagi I mampu”.

            “Sebenarnya, aku dah jatuh tersungkur dekat sorang perempuan ni dari kecik lagi. Tapi, aku tak tahu kalau dia pun rasa macam aku jugak sebab kalau ikut cara dia layan aku macam layanan seorang kawan biasa je”.

Ain dan Amir tersenyum.

            “Kenapa kau tak terus terang je dengan girl tu?” Soal Amir merangkap tunang Ain.

            “Kalau you nak tahu, Zafran ni jenis yang paling paling tak suka orang tolak apa yang dia mintak. So, I rasa Zafran takut nak confess sebab takut that special girl tolak dia. Am I right?” Ain menoleh ke arah Zafran.

Zafran senyum segaris.

            “So Amir, can I use your fiancĂ©e in this plan. Just want my girl to felt a little bit jealous for I know her heart”. Sambung Zafran.

Lama juga menunggu jawapan daripada Amir. Ye la kan, orang nak pakai tunang kita mestilah kena fikir banyak kali.

            “Okay but berpada-pada. Kalau wedding aku tiba-tiba tak jadi, siap kau”. Amir memberi amaran dalam gurauan.

Zafran mengangkat tangan seperti ikrar.

            “Promise! All of this will last before your wedding”. Jawab Zafran bersungguh-sungguh.

Inilah yang berlaku. So we back to reality and let Fiya give the answer.

Perjalanan diteruskan.

Sepasang mata Zafran menjeling-jeling sedikit cermin untuk melihat apa yang berlaku di seat belakang.

Fiya menyumbatkan earphone dan memilih lagu Price Tag. Entah kenapa dia merasakan Novel Tunas karya Hlovate menjadi pilihan hati. Dah berpuluh kali dia membaca novel itu, namun tidak sekali dia bosan. This we call masterpiece! Baginya belum ada lagi pengganti Hlovate yang muncul dalam dunia penulisan. Even Hlovate tak nak dirinya bergelar writer dan lebih kepada storyteller but who care I take her as the best teenager novelist in Malaysia.

Inilah kelebihan Fiya. Boleh fokus membaca dalam kereta. Kebanyakan orang akan dizzy kalau baca buku dalam kereta.

            “You Fiya kan? Great to meet you”. Ujar Ain sambil menghulurkan tangan.

Fiya menoleh.

Dia membalas huluran salam itu sambil melemparkan senyuman dan kembali berimaginasi bersama Hlovate.

            “You layan novel jugak ke? Cerita apa ni?” Soal Ain.

Fiya menggigit bibir.

‘Ada jugak yang nak kena ni. Tak boleh ke duduk diam dan layan hal sendiri? Kejap ye Addin and Benz. Ada tetamu ni’. Bebel Fiya di dalam hati.

            “Ni novel Tunas. The writer is Hlovate and published by Jemari Seni. Cerita ni pasal budak-budak sekolah. Kalau nak beli , pergilah bookstore. Harga dia, dua puluh satu ringgit je”. Tutur Fiya senafas.
Wana menahan ketawa. Zafran menggelengkan kepala.

Mestilah budak berdua ni tahu sikap Fiya yang memang tak suka diganggu bila tengah khusyuk layan novel.
Najwan dan Hazim tidak mempedulikan apa yang berlaku. Masing-masing sibuk melayan HMM.

            “Zaf, you sekarang study dekat mana ye?” Soal Ain kuat dengan nada yang sengaja digedikkan sedikit.

Hazim mengerutkan dahi. Kening Najwan terangkat.             

 ‘Ye pun lah nak buat reunion dan sesi bertemu jodoh tak payah lah nak buat announce dengan tone macam tu. Haish…’. Keluh Fiya lagi.

Port Dickson,

Masing-masing menggeliat setelah keluar dari kereta. Teruja sungguh wajah Fiya apabila melihat ombak-ombak kecil dan melihat air pantai yang kebiruan. Pantulan warna daripada langit.

Zafran tersenyum ceria melihatkan wajah Fiya yang turut ceria. Mestilah dia tahu, Fiya ni memang sukakan pantai.

            “Weyh, aku nak pergi sewa pelampung la”.

Hazim memandang rakannya pelik.

            “Kau tak reti berenang ke? Chait! Buat malu kaum je la kau ni”.

            “Hoi, aku juara renang berirama Sukan Sea tiga kali berturut-turut tau. Aku nak release tension la hari ni. So, aku nak baring je la atas pelampung tu”. Balas Najwan.

Yang lain ketawa kecil.

            “Aku pun nak sewa jugaklah”. Tutur Hazim.

            “I nak pergi change baju dulu la. You all tak nak ikut?” Soal Ain sambil menoleh ke arah Wana dan Fiya.

Wana mengangguk.

            “Kau nak tukar baju tak, Fiya?”

Gadis berwajah segi tiga ini menggeleng dengan wajah yang masih ceria.

Mereka berempat sudah berlalu pergi meninggalkan Zafran yang sedang membawa segulung tikar dan Fiya yang sedang membawa bakul yang dipenuhi dengan makanan dan minuman.

Fiya sekadar mengekori gerak langkah Zafran. Zafran berjalan pantas, dia juga berjalan dengan pantas. Zafran berhenti, dia turut berhenti.

Zafran tersenyum sendirian dan berjalan dengan gerak langkah perlahan pula. Kalau ada budak tengah merangkak pun rasanya budak tu yang lebih laju.

Fiya geram. Dia menghayunkan sedikit bakul makanan itu dan berlanggar dengan kaki Zafran.

            “Cepatlah sikit! Lembab betul lah”. Rungut Fiya di belakang.

            “Kalau nak cepat. Apa kata kau jalan sebelah dengan aku ni”. Balas Zafran sambil menarik lengan Fiya yang berada di belakangnya ke sebelahnya.

Fiya melepaskan tangannya dan menarik muka. Comel sungguh.

            “Jangan buat muka macam tu lagi”. Zafran seolah-olah sedang memberi amaran.

            “Pahal pulak?”

Zafran tidak menjawab dan terus menuju ke sepohon pokok yang rendang. Fiya membiarkan soalannya tak terjawab.

Zafran membentangkan tikar. Fiya menyusun bekas makanan di atasnya.

Setelah selesai menyusun, Fiya segera mendapatkan novel Tunas kembali.

Zafran berdiri setentang dengan tempat duduk Fiya.

Zafran mula membuka t-shirt polo-nya. Menampakkan otot-otot badannya.

Sepasang mata Fiya beralih dari novel apabila menyedari seseorang sedang berdiri di hadapannya.

‘Six pack abs?!’ Jerit Fiya di dalam hati setelah melihat susuk tubuh Zafran.

Zafran tersenyum melihat riak muka Fiya.

Zafran membuka pula zip seluar jeans nya.

            “Woi, kau buat apa ni?” Tengking Fiya.

Zafran tersengih.

Haru sungguh budak ni. Dahlah tempat yang dia pilih ni agak jauh dari orang ramai. Ahh sudah! Jangan buat gila lah Zaf!

Zafran membuka seluar jeans nya.

Fiya menutup mata dengan novelnya.

Zafran galak ketawa. Fiya berasa pelik. Perlahan-lahan dia mengalihkan novelnya.

Kureng punya anak majikan!

Zafran masih menutup aurat. Rupa-rupanya Zafran memakai tracksuit di dalam jeans nya.

            “Otak blue betul lah”. Tutur Zafran dengan ketawa yang masih bersisa.

Fiya mencebik dan terus membaca novel kesayangannya.

‘Waa…Malu gilaaaa…..!!!’ Jerit Fiya di dalam hati.

Zafran masih tidak puas hati. Belum puas rasanya mengenakan gadis ini.

‘Nak buat apa dia ye? Suggestions? Ah okay, aku tahu nak buat apa’. Getus hatinya.

‘Sunyi nya. Dia dah masuk dalam air ke? Dah lemas? Alhamdulillah…’. Gurau Fiya.

Dia sekarang tengah baca part Tangan Kiri Flemming penjelasan hebat daripada Fisha.

Fiya ketawa perlahan membaca part itu.

Seseorang menghulur secawan plastic.

Fiya yang sibuk berimaginasi dalam dunia Hlovate selamba sahaja menerima huluran  itu dan meminumnya.

Fiya mula berasa pelik dengan rasa air itu. Tekak dah rasa lain macam. Fiya memandang warna air itu.

            “Tadi bukan aku bawak fresh orange ke? Apahal warna dia cair macam ni sekali? Air masak ke? Tapi aku rasa aku macam pernah minum air ni. Lepas tu aku keluarkan balik. Air apa ha? ” Fiya mula berfikir-fikir.

            “Kejap-kejap. Siapa yang kasi aku air ni tadi?” Otak dah mula nak berfungsi sikit.

            “Zafran!!!” Jerit Fiya sekuat hatinya.

Zafran berada di pantai sambil bermain-main dengan air.

Otak Fiya benar-benar berfungsi.

            “Taik kucing betul!” Tengking Fiya dan meninggalkan novel di atas tikar.

‘Air masin ni dia bagi aku’.

Fiya berlari mengejar Zafran.

Zafran tidak berlari. Dia berdiri statik dan mengangkat kedua-dua tangannya. Seperti orang yang minta dipeluk.

            “Zaf. Ran….!” Naik lagi oktaf Fiya. Geram.

Zafran tersengih.

Fiya memercik-mercikkan air dan melemparkan air ke arah wajah Zafran. Zafran membiarkan sahaja. 

Malah makin melebar senyumannya.

Fiya semakin geram dan membesarkan lagi lemparan air ke wajah Zafran.

‘Kalaulah sekarang kau ni isteri aku. Nak je aku peluk kau!’ Tutur Zafran di dalam hati.

3 comments:

  1. erk..tak tau nak tinggal kesan kat mana..syukur jumpa gak carik sme_zea..selalu tengok komen awak tp tak berpeluang..ni baru jumpa..

    ReplyDelete
  2. Terima kasih banyak2... buat susah2 je cari. saya memang minat dengan karya RM ! :)

    ReplyDelete
  3. dah berthn i tunggu u update kau bukan dia.seriously mmg best..pls continue writing

    ReplyDelete