Kesokan harinya.Giant,
Disebabkan terlalu
teringin nak makan asam pedas ikan pari, Zafran terpaksalah mengikut syarat
Fiya iaitu membeli barang keperluan dapur.Selalunya setiap Sabtu, Fiya yang
ditugaskan beli barang-barang dapur ni dengan Pak Man.Dan dia ‘amat bertuah’
kerana ketika minggu ni pulaklah banyak barang-barang dapur yang habis.
Troli memang sedikit
penuh.
Zafran beralih pula ke
ruangan serbuk bancuhan.Dia mengambil
satu paket besar MILO.
Zafran perasan ada
seorang gadis sedang terjungkit-jungkit mencapai satu barang yang terletak di
bahagian rak atas sekali.Dia dengan penuh ‘gentleman’ nya mengambilkan barang
tersebut kepada gadis itu.
“Here you go”.Zafran menghulur sebotol kecil serbuk
Nescafe kepada gadis itu.
“Thanks”.Jawab gadis berambut panjang itu sambil menerima
huluran daripada Zafran.
Otak Zafran seakan-akan
mengenali gadis ini.Ya dia pasti dia kenal dengan perempuan ini.
“Ain?”Soal Zafran.
Perempuan itu
mengangguk lantas tersenyum.Perempuan yang sama yang Fiya mengesahkan pasangan
kepada Zafran sewaktu di majlis ALUMNI hari tu.
“Kenapa sombong sangat masa ALUMNI hari tu?”
“Bukannya sombong tapi takut mengganggu.Lagipun, masa tu
tunang I datang. I tak naklah dia salah faham”.Jawab gadis itu.
Zafran
mengangguk.Faham.
“Boleh I mintak phone number you? Senang sikit nak
contact”. Tutur Zafran.
Selepas sesi bertukar
nombor telefon,Zafran minta untuk beredar sebab rasanya dia dah terlambat.
Lambat pun sebab dia ada masalah untuk mengenalpasti koordinat barang-barang
yang di-list-kan Fiya. Tak pasal-pasal kena dapat ceramah free dengan Fiya.
Yalah, nak masak macam mana kalau keperluan pun tak ada.
Selepas usai solat
Zuhur, dia terus menyarungkan tudung Arini yang jenis sarung itu. Fiya tak akan
sekali-kali keluar dari bilik tanpa memakai tudung. Dia sekadar anak pembantu
rumah jadi dia bukan darah daging keluarga ini dan menjadi kewajipan untuknya menutup
aurat.
Kakinya melangkah ke
ruang tamu.
Semua anggota keluarga
berada di situ.
Fiya melabuhkan
punggung bersebelahan ibunya.
“Tahniah ye Fiya.Papa tak ada apa nak hadiahkan dekat
Fiya. Papa cuma dapat bagi ini sahaja”. Ujar Tuan Abdu Rafi dengan memberikan
sebuah kotak kecil.
“Terima kasih tapi Fiya tak boleh terima semua ni. Family
papa dah banyak tolong Fiya”. Balas Aafiya lembut.
Zafran memegang kotak
itu.
“Kalau tak nak, baik bagi kepada orang yang nak”.
Puan Suhaymah menampar
perlahan tangan anaknya yang mengambil kotak itu.
“Auch!” Sengaja Zafran berpura-pura sakit.
Fiya mengangkat ibu
jari.
“Fiya terimalah.Lagipun Fiya dah banyak berjasa kepada
kami.Kemas rumah, sediakan makanan, basuh baju…”.
“Buat assignment kitorang”.Zahrin memintas ayat Puan
Suhaymah.
Zafran cepat-cepat
menekup mulut adiknya.
Yang lain dah merenung
ke arah Zahrin dan Zafran bergilir-gilir. Zafran pula meminta bantuan kecemasan
daripada Fiya.
“Maksud Zahrin, Fiya tolong diorang buat assignments”.
Sampuk Fiya apabila menerima panggilan kecemasan daripada Zafran.
Yang lain mengangguk
faham kecuali Tuan Abdu Rafi yang masih was-was.
“Papa hadiahkan apa untuk Fiya ni?” Sengaja Fiya
mengalihkan topik.
Fikiran Abdu Rafi terus
berubah.
“Fiya bukalah”.Balasnya.
Fiya membuka kotak emas
itu perlahan-lahan.
Gelang silver.
“Wah,cantiknya.It’s so elegant”. Fiya memuji. Gelang itu
benar-benar membuatkannya tertarik.
Kedua-dua orang tua itu
terseyum.
“Baguslah kalau Fiya suka tapi tu bukan papa yang pilih.
Mama yang pilihkan, papa tolong bayar je”. Tutur usahawan berjaya ini.
“Terima kasih,ma,pa”. Fiya membelek-belek gelang silver
itu.
Tuan Abdu Rafi dan Puan
Suhaymah mengangguk sambil tersenyum manis.
Zafran menarik muka.
“Alah pa, Zaf pun tolong Fiya jugak. Takkan Zaf tak dapat
bonus kut”. Zafran merungut.
“Banyaklah kamu punya bonus. Kamu tu hari-hari papa kamu
dah bagi bonus. Duit kereta, duit minyak. Siapa yang bayar tu?” Sampuk mamanya.
Zafran mencebik.
Tuan Abdu Rafi
kelihatan seperti baru teringat sesuatu.
“Sebelum papa lupa, kenapa kes Zahrin tak ada sorang pun
cerita dekat papa? Nasib baik kawan-kawan papa yang kerja dekat Bukit Aman tu
bagi tahu. Kalau tak, sampai mati pun lah papa tak tahu masalah Zahrin”. Jelas
Tuan Abdu Rafi dengan memandang ke arah ketiga-tiga anaknya.
Tiga orang tu dah
tersentap. Puan Suhymah dan Puan Anissa berpandangan antara satu sama lain.
Sekali lagi Zafran
menelefon bantuan kecemasan namun tiada jawapan daripada Fiya.
Idea dah kontang. Nak
merapu apa lagi?
Azan Isya’ sudah
setengah jam berlalu. Remote tv dah berjaya diragutnya.
Channel Animax menjadi
pilihan.
Zahrin turut melayan
cerita itu. Zafran sedang sibuk melayan iCloud.
“Fiya, esok kau wajib ikut aku”. Ujar Zafran .
Fiya tidak menoleh.
Khusyuk menonton saluran kegemarannya.
“Hadiah kemenangan aku ke tu?” Soal Fiya dengan senyuman.
Senyum bukan sebab pelawaan Zafran tetapi disebabkan cerita kartun itu.
Zahrin sudah mengambil
tempat di sebelah abangnya.
“Lebih kuranglah. Sebab aku dah ajak Hazim, Najwan dengan
Wana sekali”. Jawabnya sambil memandang pelik ke arah adiknya.
Zahrin dah tersengih.
“Nak join”. Rayu Zahrin.
Zafran mengangkat
kening.
“Kau ada kem perkampungan ilmu esok. Jangan nak skip
pulak. Aku dah uruskan kes kau dengan Apek tu. Jangan nak cari alasan lagi”.
Jawab Zafran.
Zahrin mengeluh dan
mengambil tempat duduknya yang asal.
“Abang ni memang tak boleh ajak kamceng la…”.
“Ni SPM bukan UPSR”.
“It’s not a big deal”. Zahrin menjawab. Masih tak puas
hati.
“It is a big deal. Berangan nak masuk Cambridge tapi
kalau results atas pagar je macam mana nak masuk? Tak payah kisah Cambrige la,
dalam negara pun tak tentu lagi”. Zafran menyambung hujahnya.
“Alah, papa kan ada”. Zahrin menjawab lagi.
Zafran buat aksi
superman tikam anak mata orang tu.
“Kau jangan nak bergantung sangat dekat papa. Apa barang
masuk Cambridge sebab duit bukan sebab otak. Kau kena ubah prinsip hidup kau”.
Tegas Zafran menegur.
Baru sahaja Zahrin
ingin membuka mulut, Zafran sudah berlalu pergi.
Fiya menggeleng-geleng.
“Kau ni memang la…kalau tak spoil mood abang kau memang
tak sah kan?”
Zahrin mencebik.
“Dia pikir serius sangat, sebijik macam papa”. Balas
Zahrin dengan gula- gula di dalam mulut.
“Betul cakap abang kau tu. Macam-macam boleh jadi
sekarang ni. Kalau-kalau syarikat papa bankcrupt, kau nak harap dekat papa
macam mana lagi? Fikir tu biar panjang sikit. Zaf dah banyak tolong kau. Aku
rasa dia sanggup mati untuk selamatkan masa depan kau”. Tutur Fiya sambil
bangun menuju ke dapur.
Zahrin dibiar dengan
fikirannya sendiri.
No comments:
Post a Comment