Friday, 28 October 2011

(12)


Pendingin hawa yang menjadi alat untuk menyejukkan diri dibiarkan dengan angka 16 walaupun hujan lebat menambahkan lagi kesejukan. Segala jenis suis yang wujud dalam bilik ini ditekan. Terang benderang biliknya. Radio dibiarkan bernyanyi. Televisyen yang ‘tertampal’ di dinding yang menghadap katilnya juga dibiarkan berbicara. Tak dapat menggambarkan perasaannya sendiri. Sedih bercampur gembira.

Sekejap wajahnya masam mencuka sekejap lagi tersenyum terlebih glukosa. Sewel mindanya adalah hasil titik peluh daripada seorang gadis biasa. Entah bagaimana terkumpulnya semangat untuk mengambil langkah mendekati hati gadis comel itu.

            “Haru kau Zaf! How the art’s girl kidnapped your eyes? Your mind? And especially your heart?” Bibir bermonolog sendiri.

Fikirannya melayang. Terimbau zaman tak matang dulu.

            “Fiya, kasut aku dah kapur ke belum?” Soal budak lelaki dengan suara yang belum pecah itu.

            “Dah”. Comel suara budak perempuan itu.

            “Buku-buku aku dah balut ke belum?” Soalnya lagi.

            “Dahhh~” . Jawab budak perempuan berlagu dengan style rambut jenis ekor kuda.

            “Stationary set aku kau dah lap ke?” Soalnya lagi tanpa menghiraukan riak muka budak perempuan yang sedikit berubah.

            “Daaaaaahhhhh…”. Jawab budak perempuan yang sibuk mengasah pensel.

            “Beg baru aku tu dah cuci ke belum?” Soalnya lagi sambil bermain Playstation.

Budak perempuan itu menyerabaikan rambutnya sendiri yang terurus itu. Geram. Pensil 2b digenggam kuat.

            “Dah la…”. Masih bersabar sambil menyiapkan kerja sekolah.

Baru sekolah rendah di Tahun Lima tapi segala-galanya tentang anak majikan, dia yang uruskan.

            “Hati aku kau dah check in ke belum?”

            “SUDAH, segalanya sudah!” Jerit budak perempuan ini sebelum mengingatkan kembali soalan Zafran.

‘Soalan jenis apa tu? Dan apa yang aku jawab?’ Fiya berbual sendiri dengan degupan jantung yang semakin laju.

Fiya mengetuk-ngetuk dahinya sendiri setelah menyedari kesilapannya.

Zafran tersenyum segaris melihat keletah Fiya.

Zafran sekali lagi tersenyum mengenang kisah lama.

            “Jahat jugak aku ni rupanya”.

Baru sedar ke?

‘Mungkinkah kesabaran dia yang buat aku sewel macam ni sekali? Ataupun ni sekadar mainan hati? Okay, cukup sampai sini! Jangan dilayan jiwang yang hampir berkarat tu’.

            “Zafran!!!” Jerit seseorang dari tingkat bawah.

            “Wah, rindu giler dengan jeritan dia tu. Rasa macam alunan lagu yang sangat lunak”. Sah, aku dah sewel! Dan sejak bila aku jadi budak sastera ni?

Zafran buat tidak tahu dengan jeritan Fiya. Mungkin hendak mendengar sekali lagi jeritan daripada gadis itu lagi.

Di bahagian bawah, Fiya dah menyumpah seranah manusia yang berada di tingkat atas. Memang suka menyusahkan hidup.

            “Zafraaannn!!!” Jeritnya lagi. Bola mata bagai nak terkeluar melihat suasana di dalam bilik itu. Bilik apa?

            “Confirm dia baru masuk bilik air”. Ujar Zafran sambil memulas tombol pintu.

Sorry lah Fiya. Aku bosan gila sekarang ni. Kalau aku bosan, aku angaukan kau. Sebab tu lah aku terpaksa buat macam ni. Harap kau boleh kasi low lagi temper tu sebab lagi kau marah , lagi aku bertambah angau!

Langkah diatur sehingga sampai di sebelah Fiya.

            “Kau sedar tak apa yang kau buat ni?” Tegang semacam suara Fiya.

Zafran membuat muka yang penuh ‘ketoyaan’ sambil menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam saku tracksuit.

Fiya memandang ke arah bilik air yang sedia terbuka. Zafran juga memandang ke arah bilik air itu tanpa riak.

Bilik air itu dipenuhi dengan buih-buih sabun. Kalau takat dalam tab mandi tu boleh tahan lagi. Ni sampai dah melimpah ruah. Lantai bilik air tu penuh dengan buih-buih sabun. Sinki pun. Bahagian depan pintu bilik air tu pun dah basah. Bayangkan bilik air korang dipenuhi dengan buih-buih sabun yang teramatlah banyak. 

Bermula dengan langkah kiri korang masuk ke dalam bilik air itu, hampir sampai lutut korang pun boleh basah dengan buih-buih tu. Memang tebal gila dia kasi onar dengan bilik air ni.

            “Kau nampak tak salah kau?”

            “Asal kerja gila je aku yang kau tuduh. Macam mana kau tahu ni kerja aku?” Zafran melengah-lengahkan masa.

            “Ha.Ha.Ha.Memang lawak giler statement kau tu! Zahrin dah pergi tuisyen. Habis tu, kau nak aku syak ibu, mama dengan papa?” Geram sungguh! Dah la aku kena siapkan tiga lukisan hari ni. Bagi tugas hari ni, dateline pulak esok. Memang aku tak paham betul lah lecturer aku yang sorang tu.

Zafran tersengih.

            “So, apa denda aku?” Soalnya beria-ia. Memang ini yang dia nantikan.

Kening Fiya terangkat.

Sejak bila pulak dia suka dengan denda-denda yang aku bagi? Perangai lelaki ni pun berubah-ubah ikut bulan ek?

Fiya memikirkan sesuatu.

            “Ha! Aku tahu”.

            “Apa dia?”

            “Hari ni denda kau ada dua sebab mood aku tengah tak berapa nak betul ni”.

‘Dua je? Banyaklah lagi. Lagi banyak lagi aku suka!’

            “First, for sure lah kau kena bersihkan bilik air . Aku tak sanggup nak meredah dan berenang dekat dalam bilik air ni. Second pulak, aku nak kau jadi model aku. Boleh tak?”

            “Buat apa aku tanya kau. Mestilah boleh”. Fiya memotong Zafran yang baru sahaja ingin membuka mulut.

Tang bersihkan bilik air tu aku pahamlah. Tapi tang model tu aku tak berapa nak paham. Model apa? Aku tahulah aku ni sememangnya layak bergelar jejaka Maskulin. Tu memang tak boleh disangkal lagi. Tapi dia ni nak buat apa dengan aku? Nak jadikan aku model iklan rambut? Iklan otot? Ataupun role model?

            “Aku bagi kau masa lima belas minit dari sekarang untuk settle kan masalah bilik air ni”. Tutur Fiya apabila melihat Zafran sedang merenung wajahnya.

            “Hoi, hoi, hoi, siapa maid sekarang ni?” Soal Zafran apabila menyedari dia kena buat kerja orang gaji.

Fiya menunjukkan simbol- ‘peace’.

            “Kau nak obey atau kau nak aku panggil papa?” Fiya menggunakan taktik ugut kerana terdesak. 

Sebolehnya dia tak nak gunakan taktik ini tapi kali ni memang darurat. Hari ni dia memang tak betul. First day period, normal lah. Sakit perut tambah dengan sakit hati dengan Zafran tambah lagi dengan tugasan yang kena hantar esok. Adoiiii!!

‘Mentang-mentanglah papa dah guna kuasa veto, dia ambik peluang ni pulak’.

Sebenarnya papa hari tu buat dah bagi warning dekat Zafran kalau sekali lagi dia gunakan markah Fiya untuk rancangan dia yang sentiasa luar dari kotak fikiran manusia normal. Papa akan ambik tindak ekstrem dengan menarik balik credit card dan kereta Lamborghini kesayangan si Zafran. Ini merupakan perkara yang terbaik yang pernah berlaku dalam hidup  Fiya tetapi termalang bagi Zafran.

            “Ten minutes!” Jerit Fiya apabila melihat Zafran masih tidak bergerak.

            “Sabarlah!” Tengking Zafran kasar walaupun hatinya berbeza 360 darjah dengan lemparan suaranya. Hatinya bertambah sewel dengan setiap arahan Fiya. Haru kau Zaf!

Zafran melipat tracksuit-nya sehingga ke paras lutut dan menerjah masuk ke dalam bilik air mewah ini.

            “A’alah, dia hari-hari torture aku macam ni…aku tak kisah pun. Aku baru suruh cuci bilik air dia dah nak melenting”. Keluh Fiya perlahan sebelum melangkah ke bilik karyanya.

Di tingkat bawah,

Kepala Zafran menoleh ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula dari pintu bilik air.

Clear!

Zafran sengaja membasah-basahkan sedikit tracksuit dan t-shirt nya. Mukanya juga dipercik-percikkan air. Kemudian, dia melangkah ke dapur dan berbisik sesuatu dengan Puan Anissa merangkap ibu Fiya. Dia juga menyelitkan sedikit riak muka comel di dalam perbualannya itu. Ibu sekadar mampu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.

            “Terima kasih ibu!” Jeritnya sebelum melangkah naik ke tingkat atas.

Pintu bilik karya yang khas untuk dijadikan tempat Fiya melukis dikuak dan dibiarkan terbuka.

            “Wassup my princess! Kau nak suruh aku buat apa ni?” Soal Zafran sambil menurunkan lipatan tracksuit-nya.

Fiya mengerut dahi.

            “Cepatnya kau bersihkan bilik air tu. Ke kau ngelat?”

            “Ibu tu yang nak sangat bersihkan. Aku sebagai anak misali dalam keluarga ni,  takkan lah nak menghampakan harapan ibu kau yang nak sangat sangat dan berbesar hati nak membersihkan bilik air tu. Mungkin dia sedih tengok aku kena torture dengan kau kut”. Tutur Zafran dengan wajah suci. Jelas tak nampak ada isu pembohongan di dalam dialognya.

Fiya mencebik.

            “Dah la, asyik-asyik nak salahkan aku. Aku ada assignments yang nak kena hantar esok ni”.

            “About?” Zafran menarik kerusi dan mengambil duduk di hadapan Fiya.

            “Natural act”. Jawab Fiya sambil memusing-musingkan pensel 2b dengan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu.

Kening kanan Zafran terangkat.

            “Such as eating, reading? And pee?” Soal Zafran tenang.

Fiya membaling kotak tisu yang berada di sebelahnya. Tepat menuju ke dada Zafran.

            “What? Betul lah kan?”

Fiya mengetap gigi.

            “Kau nak aku lukis part pee tu ke? Hish…”.

Zafran tersengih.

‘Zafran, kenapa time macam ni jugak kau kena bersikap bodoh depan Fiya’. Getus Zafran.

            “Aku nak kau buat gaya yang kau selalu buat. Just three act”. Ucap Fiya dengan pensel yang bersedia untuk memulakan tugas dan kertas lukisan yang dihadang oleh ‘rangka kayu’ macam pelukis punya tu. Alah macam mana nak describe ni. Ngee~ Korang faham kan kan kan?...yeah, korang faham!

Zafran berdiri.

            “Selalu buat? Contoh?” Soal Zafran sambil tangannya menyeluk ke dalam saku tracksuit-nya.

Fiya memetik jari.

            “Stay like that!” Fiya mengarah.

Zafran mengerut dahi. Sekadar menurut.

Fiya sekadar membuat lakaran.

Takkan nak dibiar budak ni berdiri statik macam tu. Kalau dia pitam, meyusahkan aku jugak. So, just sketch.

Ketika Fiya sedang melakar, dia sibuk memaki hamun di dalam hati kertas lukisan yang menghalang perjalanan matanya menghadap wajah Fiya. Benda tak bernyawa pun dia dah macam ni, apatah lagi kalau benda hidup…

Zafran menampar pipinya perlahan.

‘Macam mana aku boleh jadi macam ni sekali ek? Dulu kira okay lagi tapi sekarang ni macam sistem angau aku dah nak meletup!’

Fiya memandang pelik wajah Zafran yang dah berkerut-kerut.

            “Dah lenguh ke?” Sindir Fiya.

‘Demi kau, aku sanggup berpatung macam ni sehari suntuk’.

            “Lembabnya kau lukis. Kalau aku lah, tengok sikit je model tu, aku dah dapat siapkan. Lagi-lagi kalau model dia ni satu level dengan model professional”. Jawab Zafran tanpa perasaan.

Fiya tidak menjawab. Masih fokus. Dia memandang lama riak muka toya Zafran

“Aku tahulah aku handsome tapi cover-cover lah jugak. Ada lagi two act kan? Kalau macam gini lah, tak mustahil tersembul keluar biji mata kau”. Zafran masih dengan sesi ‘ masuk bakul, angkat sendiri’.

“Aku naik juling ada lah”. Balas Fiya dan menyambung semula lakarannya. Sebenarnya Fiya sedang memerhati riak muka toya Zafran.

‘Sekalipun kau juling, aku tak akan lepaskan kau’.

Sungguhlah aku tengah dalam proses angau. Kalau lah mama ke papa ke ataupun budak Zahrin tu dapat tangkap aku punya perubahan drastik ni, habislah aku kena sakat dan rahsia di antara hati dengan mulut aku akan terbongkar. Ohh tidak…

            “Okay, dah”.

Zafran kembali duduk di hadapan Fiya.

            “Nak tengok”. Zafran merayu seperti kanak-kanak kecil.

            “Tak boleh. Cepatlah, nak lukis apa pulak ni? ”

            “Nak tengok!”

Zafran memandang tembus anak mata Fiya.

Fiya tersenyum.

Zafran tertelan air liur.

‘Hoi cik kak, janganlah senyum macam tu!’

            “Alah…janganlah tukar ekspresi muka kau tadi”.

Kening kanan Zafran terangkat.

            “Yang macam mana?”

            “Alah…yang ekspresi laser superman tu”.

            “Ekspresi tu buat aku handsome ke tak?” Gurau Zafran.

            “Iya, handsome giler! Cepatlah…karang nak Maghrib dah”.

Zafran dengan senang hati melakukan aksi itu.

Fiya hampir nak tergelak melakar aksi itu.

‘Adoyai, confirm A plus plus aku dapat ni’.

“Okay, next act”.

“Cepatnya”.

“ Lagi handsome, lagi cepatlah aku dapat siapkan”.

Zafran mengerut dahi.

            “Macam perli je”. Tutur Zafran senada.

            “Memang pun”. Balas Fiya.

Fiya sekadar tersenyum. Zafran membalas semula senyumannya itu.

Kini, giliran Fiya pula tertelan air liur.

‘Handsome, comel, segalanya ada dalam senyuman dia tu. Macam part Jang Geun Suk senyum dalam cerita He’s Beautiful !’

Fiya cepat-cepat mengambil pensel dan melakar sebelum senyuman yang seakan ikhlas dari hati itu hilang.

Zafran semakin senyum melihat kekalutan yang terpancar melalui riak muka Fiya.

Fiya memenuhkan kertas lukisan yang besar itu dengan wajah Zafran bersama senyuman yang dirasakan mahal itu.

Zafran mengerut dahi tetapi bibirnya terus-terusan tersenyum. Entah kenapa, dia berasa senang dengan setiap tindak tanduk Fiya ketika ini.

Jantung Fiya pula berdegup kencang dan menambahkan lagi kekalutannya.

Lakaran itu hampir siap dan hanya perlu ditacap sedikit.

            “Okay dah. Malam nanti baru aku tacap-tacap sikit and it will be perfect!” Ujar Fiya dengan tangannya membentuk simbol-okay.

Zafran bangun dan mendekati lukisan Fiya.

            “Mana boleh tengok lagi”. Fiya cuba menyelamatkan lukisannya.

            “Bila aku boleh tengok?” Zafran seolah-olah merengek.

            “Kau dah lupa ke? Esokkan ada acara sempena menyambut kehadiran Menteri Kebudayaan”.

Zafran mengangguk.

            “Memanglah aku ingat tapi apa kaitannya dengan lukisan kau ni pulak?” Soal Zafran.

            “Tunggu je lah. Dah, jom turun”. Balas Fiya kemudian menutup lukisannya dengan kain yang tersedia di dalam bilik itu.

Fiya melangkah keluar.

Zafran cuba membuka kain lukisan itu.

            “Zafran!” Fiya menjerit dari luar bilik.

Zafran tersengih dan berlari mengekori langkah gadis bertudung putih ini.

Tak sempat nak curi tengok!

3 comments:

  1. babe cane nak contact u..na tnye citer kau bukan dia da tak sambung ke..ap status citer fiya n zafran..sgt2 na tau..plis..ap2 do email me at nnursyuhadah@yahoo.com.my..plisss..
    tq..

    ~adda~

    ReplyDelete