Haru betul lah Zafran
ni. Dia yang mengajak aku, aku pulak yang kena uruskan segala-galanya. Dari
seluar baju spare sampailah charger handphone dia pun, aku jugak yang handle. Entah
dia nak angkut aku pergi mana pun aku tak tahu. Suruh siapkan mee goreng segala
bagai. Nak mee goreng ber udang pulak tu. Mengada-ngada betul. Nasiblah kau tu
anak majikan aku…
Zahrin pulak awal-awal
pagi dah buat gaya kopi tak letak gula.
Aku ni ha… awal-awal
pagi dah berpeluh walaupun tak menjejakkan kaki dekat jog track. Habis aku
tawaf rumah agam ni semata-mata sebab cari earphone si Zafran. Susun barang
dalam bonet tu pun kerja aku. Dia pikir barang-barang yang dia suruh angkut tu ringan
macam kapas ke? Banyak betul R&R yang aku singgah. Dia boleh pandang tanpa
perasaan. Huh…kata sempena hadiah kemenangan aku. Tapi ni apa?
Mercedes C Class sudah
sampai di hadapan pagar rumah.
Najwan turun setelah
pintu dibuka oleh pemandunya.
Najwan berpakaian
sempoi dengan jeans dan t-shirt outline. Canon s95 tergantung di lehernya dan
sling beg pula tergantung di bahunya.
Najwan melambai ke arah
mereka berdua.
Fiya sudah selesai
menyusun beg di dalam bonet Alphard. Tinggal makanan je.
“Ajim tak sekali dengan kau ke?” Soal Zafran pelik. Ye
lah, Hazim berjiran je dengan Najwan.
Najwan menggeleng.
“Taklah. Dia kata dia nak drive sendiri. Wah, awalnya P.A
kau ni sampai. Siap kemas barang-barang kau lagi”.
Fiya menampal senyuman.
Zafran sengih jahat.
Naza Forte pula
mengambil tempat di hadapan pagar.
“Forte?” Soal Zafran.
Wana dengan Hazim
keluar dari kenderaan itu.
Ternganga ketiga-tiga
mereka.
“Uuu…sejak bila pulak Ajim jadi mat romeo ni?” Usik
Najwan.
Wana menghampiri Fiya.
Tertelan air liur jugaklah budak Wana ni jeling sikit rumah si Zafran ni.
“Aku pulak yang kena? Dah si Zaf ni ajak Wana join sekali
tapi tak bagi address rumah so aku tumpangkan lah”. Hazim menjelaskan.
Yang
lain membuat muka yang lebih kurang maksud- ye la tu…
Alphard meluncur laju
keluar dari kawasan perumahan.
Hazim memasang cd filem
Hikayat Merong Mahawangsa.
“HMM ni kau beli yang limited edition punya ke?” Soal
Najwan.
“A’ah. Sound dengan angle semua memang best la”. Balas
Zafran sambil memandu.
Empat
pasang mata semuanya tepat memandang skrin. Satu pasang lagi sedang khusyuk
memandu.
Zafran membelok ke
sebuah kawasan perumahan. Mencari-cari alamat seseorang.
Dapat pun!
Kereta dihentikan di
hadapan sebuah rumah yang agak besar tapi still tak boleh nak beat rumah budak
bertiga ni la.
“Kau invite siapa lagi, Zaf?” Soal Hazim yang sudah tidak
menumpukan perhatian kepada filem terbitan KRU itu.
Zafran tidak menjawab.
Dia keluar daripada
kereta apabila melihat seorang gadis sudah berada di hadapan keretanya. Siap
bukak kan lagi pintu kereta tu. Macam special jek.
“La…former girlfriend rupanye”.
“Ain, lama betul aku tak jumpa kau”.
Riak wajah Fiya sukar
untuk ditafsirkan.
So, meh aku rewind
situasi rancangan luar alam si Zafran ni.
Domino menjadi
pilihan.
“I really appreciate kalau korang boleh support my plan”.
Zafran memulakan mukadimah rancangannya.
Ain dan tunangnya
berbalas pandangan.
“I akan tolong selagi I mampu”.
“Sebenarnya, aku dah jatuh tersungkur dekat sorang
perempuan ni dari kecik lagi. Tapi, aku tak tahu kalau dia pun rasa macam aku
jugak sebab kalau ikut cara dia layan aku macam layanan seorang kawan biasa je”.
Ain dan Amir tersenyum.
“Kenapa kau tak terus terang je dengan girl tu?” Soal
Amir merangkap tunang Ain.
“Kalau you nak tahu, Zafran ni jenis yang paling paling tak
suka orang tolak apa yang dia mintak. So, I rasa Zafran takut nak confess sebab
takut that special girl tolak dia. Am I right?” Ain menoleh ke arah Zafran.
Zafran senyum segaris.
“So Amir, can I use your fiancĂ©e in this plan. Just want
my girl to felt a little bit jealous for I know her heart”. Sambung Zafran.
Lama juga menunggu
jawapan daripada Amir. Ye la kan, orang nak pakai tunang kita mestilah kena
fikir banyak kali.
“Okay but berpada-pada. Kalau wedding aku tiba-tiba tak
jadi, siap kau”. Amir memberi amaran dalam gurauan.
Zafran mengangkat
tangan seperti ikrar.
“Promise! All of this will last before your wedding”.
Jawab Zafran bersungguh-sungguh.
Inilah yang berlaku. So
we back to reality and let Fiya give the answer.
Perjalanan diteruskan.
Sepasang mata Zafran
menjeling-jeling sedikit cermin untuk melihat apa yang berlaku di seat
belakang.
Fiya menyumbatkan
earphone dan memilih lagu Price Tag. Entah kenapa dia merasakan Novel Tunas
karya Hlovate menjadi pilihan hati. Dah berpuluh kali dia membaca novel itu,
namun tidak sekali dia bosan. This we call masterpiece! Baginya belum ada lagi
pengganti Hlovate yang muncul dalam dunia penulisan. Even Hlovate tak nak
dirinya bergelar writer dan lebih kepada storyteller but who care I take
her as the best teenager novelist in Malaysia.
Inilah kelebihan Fiya.
Boleh fokus membaca dalam kereta. Kebanyakan orang akan dizzy kalau baca buku
dalam kereta.
“You Fiya kan? Great to meet you”. Ujar Ain sambil
menghulurkan tangan.
Fiya menoleh.
Dia membalas huluran
salam itu sambil melemparkan senyuman dan kembali berimaginasi bersama Hlovate.
“You layan novel jugak ke? Cerita apa ni?” Soal Ain.
Fiya menggigit bibir.
‘Ada jugak yang nak
kena ni. Tak boleh ke duduk diam dan layan hal sendiri? Kejap ye Addin and
Benz. Ada tetamu ni’. Bebel Fiya di dalam hati.
“Ni novel Tunas. The writer is Hlovate and published by
Jemari Seni. Cerita ni pasal budak-budak sekolah. Kalau nak beli , pergilah
bookstore. Harga dia, dua puluh satu ringgit je”. Tutur Fiya senafas.
Wana menahan ketawa.
Zafran menggelengkan kepala.
Mestilah budak berdua
ni tahu sikap Fiya yang memang tak suka diganggu bila tengah khusyuk layan
novel.
Najwan dan Hazim tidak
mempedulikan apa yang berlaku. Masing-masing sibuk melayan HMM.
“Zaf, you sekarang study dekat mana ye?” Soal Ain kuat
dengan nada yang sengaja digedikkan sedikit.
Hazim
mengerutkan dahi. Kening Najwan terangkat.
‘Ye pun lah nak buat reunion dan sesi bertemu jodoh
tak payah lah nak buat announce dengan tone macam tu. Haish…’. Keluh Fiya lagi.
Port Dickson,
Masing-masing
menggeliat setelah keluar dari kereta. Teruja sungguh wajah Fiya apabila
melihat ombak-ombak kecil dan melihat air pantai yang kebiruan. Pantulan warna
daripada langit.
Zafran tersenyum ceria
melihatkan wajah Fiya yang turut ceria. Mestilah dia tahu, Fiya ni memang
sukakan pantai.
“Weyh, aku nak pergi sewa pelampung la”.
Hazim memandang
rakannya pelik.
“Kau tak reti berenang ke? Chait! Buat malu kaum je la
kau ni”.
“Hoi, aku juara renang berirama Sukan Sea tiga kali
berturut-turut tau. Aku nak release tension la hari ni. So, aku nak baring je
la atas pelampung tu”. Balas Najwan.
Yang lain ketawa kecil.
“Aku pun nak sewa jugaklah”. Tutur Hazim.
“I nak pergi change baju dulu la. You all tak nak ikut?”
Soal Ain sambil menoleh ke arah Wana dan Fiya.
Wana mengangguk.
“Kau nak tukar baju tak, Fiya?”
Gadis berwajah segi
tiga ini menggeleng dengan wajah yang masih ceria.
Mereka berempat sudah berlalu
pergi meninggalkan Zafran yang sedang membawa segulung tikar dan Fiya yang
sedang membawa bakul yang dipenuhi dengan makanan dan minuman.
Fiya sekadar mengekori
gerak langkah Zafran. Zafran berjalan pantas, dia juga berjalan dengan pantas.
Zafran berhenti, dia turut berhenti.
Zafran tersenyum
sendirian dan berjalan dengan gerak langkah perlahan pula. Kalau ada budak
tengah merangkak pun rasanya budak tu yang lebih laju.
Fiya geram. Dia
menghayunkan sedikit bakul makanan itu dan berlanggar dengan kaki Zafran.
“Cepatlah sikit! Lembab betul lah”. Rungut Fiya di
belakang.
“Kalau nak cepat. Apa kata kau jalan sebelah dengan aku
ni”. Balas Zafran sambil menarik lengan Fiya yang berada di belakangnya ke
sebelahnya.
Fiya melepaskan
tangannya dan menarik muka. Comel sungguh.
“Jangan buat muka macam tu lagi”. Zafran seolah-olah
sedang memberi amaran.
“Pahal pulak?”
Zafran tidak menjawab
dan terus menuju ke sepohon pokok yang rendang. Fiya membiarkan soalannya tak
terjawab.
Zafran membentangkan
tikar. Fiya menyusun bekas makanan di atasnya.
Setelah selesai
menyusun, Fiya segera mendapatkan novel Tunas kembali.
Zafran berdiri
setentang dengan tempat duduk Fiya.
Zafran mula membuka
t-shirt polo-nya. Menampakkan otot-otot badannya.
Sepasang mata Fiya
beralih dari novel apabila menyedari seseorang sedang berdiri di hadapannya.
‘Six pack abs?!’ Jerit
Fiya di dalam hati setelah melihat susuk tubuh Zafran.
Zafran tersenyum
melihat riak muka Fiya.
Zafran membuka pula zip
seluar jeans nya.
“Woi, kau buat apa ni?” Tengking Fiya.
Zafran tersengih.
Haru sungguh budak ni.
Dahlah tempat yang dia pilih ni agak jauh dari orang ramai. Ahh sudah! Jangan
buat gila lah Zaf!
Zafran membuka seluar
jeans nya.
Fiya menutup mata
dengan novelnya.
Zafran galak ketawa.
Fiya berasa pelik. Perlahan-lahan dia mengalihkan novelnya.
Kureng punya anak
majikan!
Zafran masih menutup
aurat. Rupa-rupanya Zafran memakai tracksuit di dalam jeans nya.
“Otak blue betul lah”. Tutur Zafran dengan ketawa yang
masih bersisa.
Fiya mencebik dan terus
membaca novel kesayangannya.
‘Waa…Malu
gilaaaa…..!!!’ Jerit Fiya di dalam hati.
Zafran masih tidak puas
hati. Belum puas rasanya mengenakan gadis ini.
‘Nak buat apa dia ye?
Suggestions? Ah okay, aku tahu nak buat apa’. Getus hatinya.
‘Sunyi nya. Dia dah masuk
dalam air ke? Dah lemas? Alhamdulillah…’. Gurau Fiya.
Dia sekarang tengah
baca part Tangan Kiri Flemming penjelasan hebat daripada Fisha.
Fiya ketawa perlahan
membaca part itu.
Seseorang menghulur
secawan plastic.
Fiya yang sibuk
berimaginasi dalam dunia Hlovate selamba sahaja menerima huluran itu dan meminumnya.
Fiya mula berasa pelik
dengan rasa air itu. Tekak dah rasa lain macam. Fiya memandang warna air itu.
“Tadi bukan aku bawak fresh orange ke? Apahal warna dia
cair macam ni sekali? Air masak ke? Tapi aku rasa aku macam pernah minum air
ni. Lepas tu aku keluarkan balik. Air apa ha? ” Fiya mula berfikir-fikir.
“Kejap-kejap. Siapa yang kasi aku air ni tadi?” Otak dah
mula nak berfungsi sikit.
“Zafran!!!” Jerit Fiya sekuat hatinya.
Zafran berada di pantai
sambil bermain-main dengan air.
Otak Fiya benar-benar
berfungsi.
“Taik kucing betul!” Tengking Fiya dan meninggalkan novel
di atas tikar.
‘Air masin ni dia bagi
aku’.
Fiya berlari mengejar
Zafran.
Zafran tidak berlari.
Dia berdiri statik dan mengangkat kedua-dua tangannya. Seperti orang yang minta
dipeluk.
“Zaf. Ran….!” Naik lagi oktaf Fiya. Geram.
Zafran tersengih.
Fiya memercik-mercikkan
air dan melemparkan air ke arah wajah Zafran. Zafran membiarkan sahaja.
Malah
makin melebar senyumannya.
Fiya semakin geram dan
membesarkan lagi lemparan air ke wajah Zafran.
‘Kalaulah sekarang kau
ni isteri aku. Nak je aku peluk kau!’ Tutur Zafran di dalam hati.
erk..tak tau nak tinggal kesan kat mana..syukur jumpa gak carik sme_zea..selalu tengok komen awak tp tak berpeluang..ni baru jumpa..
ReplyDeleteTerima kasih banyak2... buat susah2 je cari. saya memang minat dengan karya RM ! :)
ReplyDeletedah berthn i tunggu u update kau bukan dia.seriously mmg best..pls continue writing
ReplyDelete