Jantung dah ready buat
over-time.
Masing-masing tengah
baca jampi dekat dalam hati.
“Hazim,aku tengok kau cool je.Tak takut ke?”Soal Wana.
“Standard la.Takkan muka macho nak buat cuak kut.Turun
saham nanti”. Balasnya.
Wana
menoleh pula ke arah Fiya.
“Skrip dah lancar belum?”
“Nak mengarangnya pun belum, bila pulak muncul nak kena
hafal”. Jawab Fiya tenang dengan earphone yang tersumbat di balik selendangnya.
Jawapan Fiya
menggugurkan jantung Hazim dan Wana.
“Woi,hang biaq betul.Jangan buat loqlaq dekat sini.Habis
hang nak membebel apa depan juri nanti?” Soal Hazim dengan loghat Kedah nya.Riak
muka dah tak boleh cover lagi. Biaq pi la jatuh saham pun kali ni.
“Kau jangan nak cipta migraine dekat aku”.Balas Wana
pula.
“Aku hafal isi penting je.Kalau tak menjadi plan
ni.Korang pergi smackdown Zafran.Jangan nak smack aku”.Itu sahaja yang mampu
dijawab Fiya.
“Habislah.Markah aku dah lah ‘cemerlang, gemilang,
terbilang’. Memang kena ulang sem la cam ni. Matilah kita, matilah kita”. Jawab
Hazim lemah.
Fiya memandang tembus
anak mata Hazim.
“O…baru sekarang nak mati sama-sama ye”.
“Burnquist”.Seorang lelaki memanggil nama kumpulan
mereka.
Wana memegang bahu Fiya.
“Aku tolong prepare tahlil la macam ni”.Ujar Wana.
“Esok korang jangan terperanjat kalau akhbar depan keluar
muka aku. Memang aku terajang cukup-cukup budak Zaf ni”.Sambung Hazim pula.
Kedua-dua rakan Fiya
dah macam tunggu nyawa kena cabut je.
“Chill la,aku tahulah nak mengayat apa nanti.Gaya korang
macam confirm kalah je”. Jawab Fiya memberi semangat sikit kepada dua rakannya
itu.
“Ulang suara,Burnquist”.Lelaki itu mengulang.
Fiya membuat sign-okay
sebelum melangkah kaki ke bilik penentuan juara.
Hazim dan Wana tak
boleh duduk diam. Sekejap duduk, sekejap berdiri, sekejap berjalan ke hulur
hilir.
Selang 15 minit,
Fiya mencuka.
“Macam mana tadi?”Soal Hazim.
Fiya menjungkit bahu.
“Lepak la, ulang sem je.Bukan bawak mati pun”. Wana cuba
menenangkan Fiya.
Hazim mendekati Fiya
dan Wana.
“Jom,aku belanja korang dekat café”.
Wana memandangnya.
“Kau tak nak tunggu pengumuman dekat dewan ke?Nak tengok
sikit banner group siapa yang cantik dari group kita tu.Tak dapat juara
pun,runner up pun jadilah”. Cadang Wana walaupun dia sedar ia tak akan berlaku.
“Ikut koranglah”.Jawab Hazim. Mood dia benar-benar sudah
hilang.
Suasana di dalam dewan
tidaklah terlalu sesak kerana kebanyakannya hanya peserta-peserta yang
mengambil bahagian. Lagu berganti lagu,detik pengumuman kejuaraan pun makin
dekat.
Fiya sibuk melayan lagu.
Wana pula sibuk membaca buku. Hazim pula sibuk bermain game di dalam iPhone-nya.
Setiap patah yang
diucapkan oleh pengerusi majlis langsung tidak diendahkan mereka.
“Sekarang,kita beralih pula ke acara penghasilan banner
paling kreatif”.Ujar pengerusi majlis itu.
“Tempat kedua jatuh kepada Sunset”.
Dewan meriah dengan
tepukan.
Hazim dah tak boleh
tahan emosi.Dia menapak perlahan-lahan ke pintu utama dewan.
Wana mengeluh.Fiya
dengan muka innocent-nya.
“Juaranya jatuh kepada…..”.
Dewan senyap seketika.
“Burnquist!”
Dewan sekali lagi
meriah dengan sorakan dan tepukan.
Pergerakan mereka
bertiga berhenti serentak.
Fiya menuturkan ‘Alhamdulillah’.
‘Tak mungkin.Salah
dengar kut’.Itulah jawapan di dalam hati Hazim dan Wana.
“Saya ulangi,juara untuk pertandingan penghasilan banner
paling kreatif adalah kumpulan Burnquist!”Pengerusi majlis itu mengulang
kembali apabila melihat tiada sesiapa naik ke atas.
‘Sah la tu’.
Hazim bergegas berlari
kepada Fiya dan Wana.
“Korang dengar tak apa yang aku dengar?”Soalnya
terburu-buru.
Fiya tersenyum.
“Kita la weyh.Kita menang!”Jerit Fiya dalam keriuhan
dewan itu.
Hazim dan Wana kembali
kepada alam reality.
“Mak! Ajim tak kena ulang sem!”Jerit Hazim.
“Aku kena batalkan majlis tahlil la macam ni”.Tutur Wana
pula.
Fiya ketawa kecil.
Mereka bertiga menuju
ke arah pentas dewan.
Wana dan Hazim
memandang Fiya dengan seribu tanda tanya.
Fiya masih lagi dengan
muka innocent-nya itu.
‘Ni budak psikologi
lah’.Getus hati kecilnya.
Selepas mendapat habuan
masing-masing,mereka terus mencapai telefon bimbit.
Orang pertama yang Fiya
telefon.Of course la ibunya.
“Assalamualaikum.Ibu,anak ibu dah menang”.
Tak dijawab.
“Ibu,dengar tak ni?”Soal Fiya risau.
“Bila masa aku beranakkan kau?”Soal Zafran.
Fiya melihat skrin
telefon bimbitnya.
Betul lah.Aku tekan
nombor telefon rumah. Sejak bila Zafran ambil alih tugas mak aku jawab telefon
rumah ni?
“Ibu mana?”Soal Fiya.
“Keluar dengan mama lah.Kau menang
ke?Wah,tahniah-tahniah”. Balas Zafran.
“Terima kasih”.Jawab Fiya.
“Siapa cakap tahniah dekat kau?Aku cakap dekat diri aku
sendiri. Yalah, aku yang bagi tahu teknik-teknik yang betulkan?” Gurau Zafran.
Fiya mencebik.
“Ambiklah,nak menang sangat.Tapi macam mana dengan kes
Zahrin? Dah settle?”
“Dah,Apek kena tukar sekolah rasanya”.
Fiya mengangguk-angguk.
“Okaylah macam tu.So,budak kecik tu tak ada alasan lagi
la untuk tak fokus”.
Tiada suara di talian
buat seketika.
“Fiya,balik awal tau”.Lapar gila.Tadi sempat breakfast
je.
Fiya mengerut dahi.
“Pahal pulak?” Soal Fiya.Aneh.
“Aku dah beli ikan pari.Kau paham-paham je la”.Balas
Zafran sambil khusyuk menonton televisyen.
“Tara hal tapi dengan satu syarat”.Ujar Fiya.
No comments:
Post a Comment