Gila tak gila.Kerja dah
beres.Plan dah atur baik dah.Cuma tunggu result je.Bukan balas apa sangat
pun.Hari tu dia jadikan gred A Zahrin dalam subjek Bio kepada C.Kitorang pun
balas lah balik daripada add-math apek tu B+
kepada G-gagal.Dia pernah letak gam atas kerusi Zahrin pakai gam
gajah.Kitorang pakai gam biasa je tapi cukuplah buat banjir satu beg sekolah si
apek tu. Dia pernah bocorkan tayar kereta Zahrin.Kitorang tanggal je terus
tayar motor dia pastu campak dalam sungai.
Masing-masing sibuk
dengan kerja masing-masing.Sakit leher ni tertunduk-tunduk.Hazim senanglah dia
tu lelaki.Sedap je dia terguling-guling,baring-baring atas simen ni.Kalau
sekarang ni hanya ada aku sorang je aku pun boleh buat aksi-aksi macam tu.
“Fiya,best tak jadi P.A Zafran?”
Tiba-tiba sahaja
Safwanah membangkitkan topik ini.
“Best gila wehh.Kalau kau nak try, kau isilah
borang.Confirm nightmare”.
Hazim tersengih.
“Teruk sangat ke?Aku tengok muka dia,muka budak suci
je”.Balas Wana.
Fiya dengan Hazim dah
galak ketawa.
“Salah ke aku cakap macam tu”.Wana pelik.
“Gila tak salah”.Hazim menyampuk.
Fiya masih dengan sisa
tawanya.
“Apa yang salahnya.Aku tengok dia tu ada pakej
je.Handsome, berkarisma, background pun okay je,jenayah pun bersih”.Wana masih
mem-back up Zafran.
Mana tak bersih.Semua
jenayah dia, tala kat aku.Lagipun,criminal plan dia memang smart.Tak ada siapa
boleh tuduh dia.
“Dah lah tu Wana.Kau jangan buat perut aku ni
senak.Karang hancur banner ni”.
Wana memuncungkan
bibirnya.
Tiba-tiba bunyi jam
digital Hazim berbunyi.
“Wallaweh,cam ne aku boleh lupa ni!”Jerit Hazim.
Fiya dan Wana bermain
mata seketika.
“Kita off takat ni je la dulu.Kau pun satu.Kau kan P.A
dia mestilah tahu jadual dia kan?” Soal Hazim kepada Fiya yang sedang blur.
Fiya cuba melihat jam
tangannya.
“Jumaat.5.00 petang?”Fiya cuba mengingat.
Fiya memetik jari.
“Squash tournament.Zafran.Adoyai,cam mana boleh lupa
ni.Habislah nanti dia panggang aku.Cepat kemas.Wana kau nak join tak?”Ujar Fiya
sambil sibuk mengemas segala berus, cat, pensil yang berterabur.
“Confirm la join”.Squash tu.Lagi-lagi atlit kebanggaan
universiti yang nak main.Gila tak sesak nanti.
Seperti yang dijangka
court squash memang sesak.Nasiblah Najwan dah book tempat paling depan untuk
kitorang.Dan mata aku naik sakit pulak bila nampak budak-budak perempuan yang
tergedik-gedik tu merangkap pasukan cheerleader pakai skirt paras lutut.Baju
memang tak boleh sendat lagi.Rambut tu pulak kalau boleh nak buat gaya
pelangi.Berwarna-warni weh.Tak faham betullah.Aku rasa warna hitam lagi cantik
apa and lagi natural,at least kalau tak nak pakai tudung pun.Sorry,sorry…aku ni
memang tak boleh nampak budak-budak macam gini.
“Kau ni nasib baik sampai, kalau tak berasap budak Zaf
tu”. Najwan dah membebel.
Hazim tersengih.
Zafran memang pantang
kalau kengkawan dia ni tak datang tengok dia lawan. Kawan dunia akhirat la katakan.
15 minit sebelum
perlawanan bermula.Zafran dah tunjuk diri dengan shorts dan baju tanpa
lengannya terserlahlah muscle dia tu.
Fiya mengetap gigi.
‘Aku dah bagi ceramah
free hari tu.Dia boleh buat don’t know je lagi’.Getus Fiya.
Zafran menghampiri Fiya
yang sedang bengang di situ.
“I’ve warning you Zafran”.Bisik Fiya ke telinga anak
majikannya ini.
“Ni tournament penting la.Kalau pakai track panjang susah
lah nak gerak”. Balas Zafran.
Perlawanan persahabatan
je.Tu pun kira penting ke?
Yela kan penting nak
menjaga maruah squash.Tak pasal-pasal kalah,menangis tak berlagu pulak kan.
“Kau nak persoalkan hukum Allah lah ni?”
“Bukan macam tu la…”.Zafran mudah hilang kata jika Fiya
mula bercakap mengenai hukum-hukum ni.
Fiya bangun.
“Change it”.
Zafran mengerut dahi.
“But…”.
“Now Zaf”.
Umpire perlawanan dah
mula memanggil peserta.
“Umpire dah panggil lah”.Zafran cuba melawan.Kalau lewat
daftar diri kemungkinan penyertaan akan dibatalkan.
Fiya mengambil beg
sandangnya.
“Fine,kau lebih pentingkan peraturan umpire tu daripada
peraturan Allah kan? Pergilah dan jangan menyesal nanti”.
Fiya berlalu
pergi.Tetapi dia mengundurkan diri kembali.
“Zaf”.Fiya memanggil nama itu.
Zafran menoleh.Tiga
kepala lagi tu pun menoleh.
Fiya membaling
sebungkus beg plastik yang mengandungi tracksuit yang panjang lagi menutup
aurat kepada Zafran.Zafran menyambutnya dengan baik.
Fiya berlalu keluar.
‘At least,aku try…’.
Mood memasak hilang
selepas kejadian tadi.Entah kenapa dia rasa terlalu bertanggungjawab atas
segala kesalahan Zafran.Tidak kiralah kesalahan kepada manusia mahupun Allah
itu sendiri.Rasa kecewa sebab gagal bimbing Zafran.Entahlah…
Sedang sibuk menghiris
bawang.Jari telunjuknya menjadi mangsa kepada pisau yang tak bernyawa itu.Luka
sedikit.
Serentak dengan itu,dia
berasa tidak sedap hati.Fiya membasuh jarinya.
Nokia X3 merah
berdering.
Wana.
‘Apa kes?Nak umum
kemenangan Zafran dekat aku ke?Tapi cepatnya dia menang tak sampai setengah jam
pun lagi.Alah,kata pun Zafran sekejap je dia dapat tewaskan’.
“Zafran,Zafran…”.Wana mengulang nama lelaki itu.
Excitednya si Wana ni.
“Ya,nape dengan Zafran?Dengan tak bersalamnya kau call
aku semata-mata nak menyebut nama tu je ke?”
“Dia injured”.Wana membalas.
“Injured?!Hospital mana?” Fiya naik satu oktaf.Jantungnya
berdegup kencang.Tangan dah sejuk.Risau sungguh dengan keadaan anak majikannya
itu.
“Mama tahu tak ni?”Soal Fiya.Bolehlah dia gunakan kata
ganti nama mama apabila hanya dia , Zafran dan Pak Man sahaja dalam kereta ini.Mama
untuk panggilan mak Zafran, sudah terbiasa sejak kecil lagi.
Zafran menjungkit bahu.
“Nak aku call?”
“Tak payahlah”.Balasnya.
Suasana dalam kereta sungguh
sepi.Jarang sekali ada suasana sebegini ketika dia bersama Zafran. Selalunya
kecoh satu kampung.
Fiya berpura-pura
sedang bermain mesej.Sedangkan tengah delete inbox yang bergelen
banyaknya.Kalau dengan Wana ,memang sekejap je habis kredit.
“Fiya”.Tegurnya.
Fiya menoleh.
“Sorry”.Ujarnya lagi.
“Sebab?” Dia buat salah apa?Lagipun,tak pernah-pernah dia
buat salah lepas tu nak mintak maaf dekat aku.Berita gempar ni!
“Aku tak dengar cakap kau tadi.Kalau aku pakai track
panjang tadi.Tak adalah sampai jadi macam ni”.
“Kau kena cakap sorry tu dekat Allah bukan aku.Kira
okaylah ni,dapat balasan dekat terus dekat dunia.Kalau dekat akhirat tu,tak ke
lagi azab”.
Buku lali Zafran
terseliuh sedikit.Ambik masa dua ke tiga hari jugak nak sembuh.
Zafran tersenyum
menggoda.
“Pahal kau senyum macam tu?I’m not that type of girl”.
“Kau cakap memang tak pernah pakai hati”.
“Eleh,pe barang cakap pakai hati.Pakai otak cukup.Otak
aku ni men-detect yang senyuman kau
tu langusng tak menggoda aku”.
“Ye lah tu.Kate Middleton tu pun akan mintak cerai dengan
Prince William tau kalau dia tengok senyuman aku ni”.
“Aaahhh tolonglah…”.Fiya memang pantang kalau dengar
Zafran buat lawak luar alam ni.
Dah mula balik.Ingatkan
dah elok lepas insiden ni.
No comments:
Post a Comment