Wednesday, 26 October 2011

(4)


Taman,

Entah macam mana lepas aku habis solat subuh tu,kepala aku ni boleh tunduk ke bumi iaitu menyatakan ‘ya’ kepada soalan si Zafran tu.Eh,kantoi pulak solat Subuh tadi tak khusyuk tapi aku baca doa qunut jugak tau…

Zafran macam biasa lah asal nampak je awek-awek cun yang ‘bongkok-bongkok’ tu tengah ikut buat senaman dia mula la buat bunyi ala-ala tikus tu.Yela kan mamat bajet handsome biasalah… Budak perempuan tu pun satu,kalau tahu body tu mengalahkan MISS UNIVERSE menggatal nak pakai baju tak cukup nafas tu pahal.

Perempuan-perempuan tu menjeling dan terus berlalu pergi.

Kalau aku pun aku buat cam tu.Harap muka je ada tapi teknik-teknik nak tackle pompuan hampeh…
Korang tahu apa aku buat lepas tu???Tekalah…

            “Hahahaha….”.Aku ketawa tak ingat dunia,nasiblah tak berapa ramai sangat orang yang rajin menguruskan badan pagi ni.

            “Ek eleh yang kau gelak gaya tengok Maharaja Lawak ni pahal?Tak pernah tengok budak handsome mengorat ke?”Nak cover malu lah.

Aku masih sambung gelak.

            “Kalau dapat tak pe lah.Ni tak.Budak perempuan tu blah gaya macam nampak lambaian daripada malaikat Malik(penjaga pintu ahli neraka) kau tahu tak ”.Sengaja Fiya menokok tambah cerita. Sebenarnya tak adalah ketara sangat budak-budak perempuan tu tak layan.Saja aku propa dengan budak ni.
Zafran buat lagi renungan superman dia tu kat aku-gaya tembus.

            “Mulut kau jangan nak cabul kat sini ek.Sekali betul-betul nampak baru padan dengan muka”.

Aku teruskan rentak jogging aku.Kalau aku melayan sia-sia je aku menjejakkan kaki dekat taman ni. At least,keluarkan peluh.

            “Weyh,nak tanya sikit”.Dia dah mula keluar aura serius bapak dia dah.

Aku angkat kening.

Lama jugak tunggu dia tanya.

            “Budak-budak perempuan kat dalam U tu ada cer  apa-apa tak pasal aku ke? Pasal BF aku ke?” Soalnya sambil jogging.

Aku nak tergelak dengan soalan dia tu tapi disebabkan dua huruf tu aku tak jadi gelak.

            “Kau straight kan?”

Dia angguk.Pastu pandang aku pelik.

            “BF tu pe kejadahnya keluar?”Aish,seram jugak kalau budak ni gay. Rupa ada, tapi gay? Ngeri!

            “Bestfriend la.Kau ni la,entah macam mana Uni boleh terima budak cetek akal macam kau.Of course la aku interest kat perempuan dengan gaya aku yang macho ni. Tu baru side belah kanan,yang belah kiri tak tengok lagi.Kalah kau punya artis pujaan  Korea tau”.

Lain kali sebut BFF la big bro.Keluh Fiya.

Ahh,kalau dia dah masuk part ‘masuk bakul angkat sendiri’ ni,aku mampu angkat tangan je la.
Zafran memukul bahu aku. Buat macam kawan dia je. Selamba pukul-pukul.

            “Pe nye?Mestilah ada.Kau kan hero Malaya”.Terbelit-belit lidah aku ni nak memuji.
Zafran dah mula tarik-tarik t-shirt dia tu ke atas.Gaya macam lepas menang anugerah jejaka maskulin je.

            “Well, this Zafran Marzuq la.Cite la sikit,gossip-gosip budak-budak pompuan ni”. Zafran sudah mula memulakan perbualannya dengan topik yang dia sendiri tahu dibenci Fiya.Benda yang dibenci Fiya merupakan perkara yang disukainya.

            “Banyak sangat la benda yang kengkawan aku tu gossip pasal kau”.

Zafran menunggu sambungan ayat Fiya.Tak sabar betul.

            “Diorang cakap la yang kau tu handsome,mengalahkan jejaka korea nun jauh tu”. Sekali lagi aku terkena ‘tounge freeze’.Mana pernah bibir aku ni memuji-muji si Zaf ni.

Zafran dah naik lagi level ‘riak’ dia tu.Riak-bangga.

            “Diorang ada buat satu kemungkinan”.Suara sarkastik je aku menyebut.

            “Kemungkinan apa?”Soal Zafran tak sabar-sabar.

‘Kemungkinan yang aku ni bakal suami diorang ke?Atau aku ni anak raja yang menyamar sebagai budak biasa?Atau kemungkinan aku akan ambik alih takhta Prince Charming dari Azul?’ Bermacam-macam bermain di mindanya.

Fiya memberhentikan langkah jogging nya.Fiya memandang tepat ke arah mata Zafran.

Zafran angkat kening.

            “Kemungkinan yang kau pakai botox.Cucuk sana cucuk sini.Tu pasal muka tegang dan bersih semacam”.Tutur Fiya tenang kemudian meneruskan rentak jogging nya.

            “Fiya,Fiya…kau ni memang la”.

Zafran tersenyum.Dia dah biasa sangat dengan perangai Fiya ni dan dia pun tahu salahnya.Pergi mintak pendapat dengan budak perempuan yang bernama Aafiya Qaisarah siapa suruh?


Lain kali aku tak nak lagi jogging dengan budak ni.Dah tahu aku ni tak berapa nak boleh lari laju-laju ni lagi dia paksa aku.Malu gila tadi.Menjerit-jerit pulak tu.Dia pikir dekat taman tu tadi aku dengan dia je ke yang wujud.Memang tak tebal mana lah muka aku ni…

Mata aku tertangkap satu wajah yang tengah bermurung depan tv tu.Aku ni memang banyak job kat rumah ni selain daripada maid,P.A,butler and segala bagai tu aku ni jugak ialah pakar motivasi.Korang tak kenal aku ke?Aku ni lagi glamour kut daripada Datuk Fadzilah Kamsah.

Fiya melabuhkan punggung di sofa yang berbeza dengan Zahrin.

            “Kau pahal ni?Soalan exam macam tak ada dalam silibus KBSM ke tadi?” Yela kan aku pun ada pengalaman jadik budak sekolah menengah ni.So,aku pahamlah sangat kalau soalan exam macam tak ada dalam buku.(Sebenarnya ada, biasalah kalau dah terlebih pandai ni.Mata ni jarang nak menyelak betul-betul setiap ayat.Bila time nak prove kat cikgu tu pulak tetiba je ayat tu menggatal nak tunjuk diri.Aish…)tapi budak ni bukan exam lusa ke?

Tak ada jawapan.Zafran pula muncul,duduk sebelah adik dia.

            “Kau gaduh lagi ke dengan apek tu?”Soal Zafran.Zafran memang seorang abang yang prihatin dengan masalah adik dia.Tengok sendiri lah.Dari muka dah dapat detect adik dia baru lepas gaduh.Nama samaran budak yang adik dia gaduh tu pun dia tahu.Apek? Bukan Khairul Fahmi Che Mat tau...

Fiya hanya membiarkan.

Zahrin mengeluh.

Sah la tu.

            “Rin,you shouldn’t wear your heart on your sleeve.Aku tak pernah ajar kau benda ni tau. Whenever you face some difficulty,you have to keep a stiff upper lip, especially now that you are growing from a teenager into an adult.

            Believe me,where there’s  a will,there’s a way.You have to learn to be strong and purposeful.Tak bermakna kalau kau step kaki ke belakang,kau kalah.Dengar tak ni? Fokus je lah dekat SPM”.

Sejak bila mamat ni pandai mengambil job aku?Tapi aku tabik la dekat dia ni. Seburuk mana perangai dia pun dia still prihatin dengan adik dia ni.

            “Dengar tak?”Suara Zafran sedikit meninggi apabila tiada jawapan daripada Zahrin.

            “Okay,okay…tapi takkan korang tak ada plan untuk aku?Sakit hati doh kalau hari-hari dia mengenakan aku.Cam ne nak focus SPM?”Sengaja Zahrin menggunakan alasan SPM kerana dia tahu Fiya dan Zafran amat mementingkan result SPM nya.

Zafran memandang Fiya dengan kening terangkat.

            “SPM konon”.Tutur Fiya perlahan namun didengari Zahrin.Fiya tahu sangat trick budak-budak zaman sekarang ni.

Zahrin mengenyitkan matanya kepada Fiya.Tanda mintak kamceng la tu.

No comments:

Post a Comment