Kepala Fiya sekadar
mampu menggeleng apabila melihat Zahrin menjawab soalan add-math. Muka memang
tak boleh blah betul.Gaya macam tengah operate orang bersalin je.
“Boleh jawab tak ni?”Soal Fiya.
“Boleh,janganlah kacau”.
Fiya
menggeleng-gelengkan kepala.
“Masalahnya dah setengah jam aku menunggu kau jawab
soalan ni.Aku pun banyak assignment yang kena buat ni”.
“Kejaplah.Nak dapat dah ni”. Jawab Zahrin yang sedang
khusyuk menjawab soalan yang tak ada dalam silibus. Dia tengah jawab soalan
budak U. Tak rasa gila ka?
Fiya tak sanggup tunggu
lagi.Dia pergi ke dapur untuk meneguk air sejuk dan membuatkan jus oren untuk
Zahrin.
Ketawanya pecah melihat
gaya Zafran memotong kulit buah mangga.
“Berapa inci tebal kulit mangga tu kau potong.Bukan kulit
dah tu,dah masuk isi dah.Lain kali kalau tak reti buat cara tak reti.Ada
paham?”
Fiya merampas pisau dan
mangga tu daripada Zafran.Dia memotong kulit mangga itu dengan teliti.
Terpaku Zafran dengan
cara Fiya memotong kulit pelam itu.Yelah budak jurusan seni lukisan
kan,mestilah ada seni.Kemudian,dia terus membuat jus oren untuk calon SPM
itu.Air sejuk diteguk.
“Fiya!!!Dah dapat jawapan”.
‘Aiseh,adik aku ni
kacau line betul la…’. Desis hati Zafran.
“Nah,lepas tu isi ni potong sendiri.Takkan tu pun tak
reti”.
Pisau dan pelam
bertukar kepada pemilik yang sebenar.
“Fiya,cepatlah.Betul ke tak ni”.
“Kejaplah! Kau fikir aku ni olahragawati negara ke nak
memecut sekarang ni”. Keluh Fiya.
Keluhannya didengari
Zafran.Dia senyum.
“Wana yang comel,mana
sorang lagi budak yang masuk team kita?”Penat betul menunggu.
Pihak U telah menganjurkan
satu program dan salah satu aktivitinya adalah pertandingan melukis dan mewarna
banner.Dan aku ditarik oleh graviti iaitu si Safwanah ni untuk masuk
pertandingan ni.Pertandingan ni perlukan tiga orang dan jangan tanya aku lagi
sorang tu sape.
“Lama tunggu?”Seorang lelaki menegur mereka.
La,mamat ni ke?Budak ni
memang asal budak seni lukisan pun.Yang aku pun satu,sah-sah la budak seni
lukisan yang kongker pertandingan ni.
“Boleh lah tahan”.Jawab Safwanah.
Aku membetulkan selendangku.Dah
tak betul dah lilitan ni.
“So,jom kita fikir nak buat theme apa dulu”.Cadang Fiya.
“Aku buat list,nanti kita fikir sama-sama”.
“Kau letak abstract and garden kat situ”.Tema kesukaanku.
Hazim sedang memikir.
“Classic or traditional?”Dia meminta pendapat.
Safwanah tekun menulis.
Fiya mula-mula dah
serah diri.
“Woah,kalau tra-di-si-o-nal better jangan on kan aku in
this group.Otak aku tak boleh masuk kalau pakai theme ni”.
“Tapi,kalau buat kelainan bukan lagi baik ke?At least,we
have big chance to win.Tu yang judges selalu nilai”.
“Ye aku tahu tu Hazim,but kalau kita tak dapat elaborate
and express what mean by the theme traditional tu pun apa gunanya?Just pick
theme yang kita selesa and kita express dalam konsep yang berbeza.Our own concept.Ok?
Tapi kalau kau ada cadangan lain aku tak kisahlah”. Panjang lebar penjelasan
Fiya.
Kagum Hazim dengan
penerangan Fiya.Dia ingatkan pelajar itu sekadar jenis yang suka menimbulkan
masalah tapi sekarang dia sedar yang Fiya merupakan saingan yang kuat.
“Ok.Aku accept je lah apa-apa theme yang kau pilih”.
Fiya buat muka risau.
“La…takkan merajuk kot.Kita pick sama-samalah bro.Kang
aku pilih Korean style, korang teriak tak ingat dunia nanti”.
Mereka tersengih.
“Ye la,kau kan peminat fanatik Kpop”.Jujur Safwanah
berbicara.
“Apa pulak aku? Aku cuma pakai ringtone Korea je, tu pun
orang dah detect aku sebagai peminat fanatic Kpop. Apakah?” Tak faham aku.
Safwanah tersengih
mendengar penjelasan sahabatnya itu.
“Ok,esok kalau ada lecturer yang tak datang,kita discuss
lagi la.Kalau tak , terpaksa jugak kita jumpa kat tempat biasa”.Cadang Hazim.
Tombol pintu rumah agam
ini dipulas.Jam menunjukkan pukul 5.30 petang.Tak solat Asar lagi ni.
“Fiya pergi mana tadi?”Lembut tukang kebun tu bertanya.
“Jumpa kawan.Ada hal sikit.Kenapa ye?”
“Zafran cari tadi”.
Ni,tak pasal paperwork memang
tak sah la.
Tukang kebun itu sudah
berlalu pergi.
“Fiya!!!” Jerit Zafran dari atas.Mungkin dari bilik gim.
Kes apa pulak ni?
“Kejap!!!” Balasku sambil pantas memecut.
Entah apa pulak
masalahnya sekarang ni.
Laju aku
mendapatkannya.Tercungap-cungap aku selepas sampai ke bilik gim.
“Apa benda?Apa benda?”Soalku terburu-buru.Kibut.
Zafran ketawa bersama
dua orang rakannya termasuklah si Hazim,budak kelas aku yang sekali dalam group
tadi.
“Kan aku dah cakap,budak ni P.A aku.Sekarang korang caya
tak?”
Hazim dan Najwan dah
ketawa kecil.
Tahi kucing,anjing
laut,singa jantan betul ! Dia kenakan aku.Ish,siap kau nanti.
“Ada apa-apa lagi?Selain daripada ‘memperkenalkan’ aku
kepada kawan-kawan kau?” Sedikit
memerli. Kes balas dendam lah ni.
Zafran sedikit
tersengih.
“Three juice , please”.Ujar Zafran seperti orang yang
sedang memesan minuman di restoren.
“Hhmm…tu je kan?”Soalku lagi.Aku pun ikut gaya macam tukang ambik order dekat gerai mamak
tu.
Zafran mengangguk.
“Kau nak aku tambah order lagi ke?”Menghalau lah
tu.Sempat lagi dia kenakan aku depan kawan-kawan dia.
Aku menutup pintu
dengan penuh sopan sebab kesabaran aku masih berbatas kalau tak , aku dah
hempas dah pintu ni.
“Kesian budak tu bro”.Tutur Hazim selepas pintu ditutup.
Zafran tersengih
sahaja.
“Entah kau ni.Kalau aku jadi dia memang aku dah surrender
dah.Ye pun P.A beragak la jugak”.Tutur Najwan pula.
“Korang jangan nak back-up dia pulak.Suka hati aku
lah.Aku yang bayar kan sekarang ni”. Sorry la terpaksa tipu, kalau aku cakap
papa yang bayar gaji dia sebab dia ni anak maid dekat sini lagi bertambah haru.
Dapur,
Aku menggosok-gosok
tapak tangan aku.
Tiga mug sudah siap
dengan bancuhan Nescafe tapi entah kenapa,aku rasa tak puas lagi ni. Tiba-tiba
mata ni mengarah ke rak serbuk lada,gula ,kunyit.Kenapa ek? Alah, kenapa anak
mata ni asyik menjuling ke arah tu je? Kenapa? Tell me why?- lagu David
Archuletta pulak.
Aiseh Fiya, buat-buat
tak tahu pulak kau.
Sorry la Zaf,aku tak
nak buat kerja-kerja tak waras ni tapi mata dengan tangan aku ni tak boleh
tahan la.Aku pun tak tahu bila la sesi payback-memayback ni nak
habis.Memayback?Teruknya BM aku,hancus kalau sasterawan negara baca kisah aku
ni.
Kembali ke bilik gim,
“Here you are”.Aku mengagihkan mug tu kepada
kawan-kawannya terlebih dahulu sebab kes aku ni tak ada kaitan dengan diorang
so buat pe nak membabitkan orang yang tak bersalah kan?
Mereka berdua
menuturkan terima kasih.
Aku berpaling pula ke
arah Zafran.
“Nah ni untuk kau.Kau jilat sampai licin pastu basuh
sendiri”.Saje aku buat muka biasa karang dia perasan susah pulak aku.Dia tu ada
Sixth Sense bukan spesies kita si Zaf ni.
“Thanks”.Balasnya.
“Very W.C”.Welcome.Aku keluar dari bilik gim dan
menantikan saat-saat bahagia aku di belakang pintu.
3.2.1…
“Fiya!!!”Dia jerit nama singkatan aku.
Aku buat gaya
seolah-olah sedang membersihkan tapak tangan aku,gaya macam lepas habis bunuh
orang jek.
“Ya that’s my name.I’m the only one the best chef in the
world.Equation bagi Nescafe tadi ialah air panas + serbuk Nescafe + lada +
garam secukup rasa”.Selamba sahaja dia memberitahu Zafran.
“Kau nak bunuh aku ke?”Teriak Zafran.
Rakan-rakan dia yang
lain dah galak ketawa besar.
No comments:
Post a Comment