Wednesday, 26 October 2011

(2)


Senyumannya dari pagi memang melebar.Sampai kucing cakar pun rasa happy je.


Zahrin mengangkat kening.Dia memandang abangnya pula.Zafran turut mengangkat kening.
Apa kehal Fiya ni?Senyum memanjang.Bukan selalu dia akan buat muka innocent dia ke?Hari ni hari apa?Birthday dia?April fool?Atau Hari Senyum Sedunia?

            “Barang aku mana?”Soal Zafran yang malas nak memikir masalah senyum si Fiya tu.Masalah ke kalau senyum?

Jari kanan Fiya sudah membentuk pistol dan menunjukkan ke arah meja makan.

Zafran bergerak untuk mengambil assignment nya dan kunci kereta.

            “Fiya,petang ni kau tolong ajar aku add-math”.Ujar Zahrin dengan kunci kereta di tangan.Form 5 pun dah ada kereta?Normal lah bagi wealth family.

Fiya masih dengan senyumannya.

Wahhh,indahnya dunia!


Lecturer yang tengah sibuk menulis tu,Sir Radiaksi.Opps,bukan.Sir Rady.

            “Okay,our class is off.So,everyone must pass up your assignments”.

Seorang pelajar mengangkat tangan.

            “Now.No excuse.Each of you”.Belum sempat pelajar itu bertanya.Dia dah jawab. Ala-ala bomoh je.

Zafran menghantar dengan muka kerek.

Bukan dia yang buat pun.Tapi tahap kerek gaya macam betul je semua yang dia buat tu. Nak tahu betul ke tak.Kita follow lecturer ni sampai bilik dia.

Setiap patah perkataan yang ditaip pelajarnya menggunakan Times New Roman diperhati betul-betul.Assignment pertama yang dipilihnya sudah semestinya daripada Zafran kerana tugasan-tugasan yang sebelum ini dia punyalah yang paling perfect.

Bukan dia yang buat.

Matanya digosok banyak kali.

Betul ke apa yang aku tengok ni?

 “Zafran!!!”

Dua orang pelajar yang lalu di hadapan biliknya bagai nak gugur jantung mendengar teriakan daripada pensyarah itu.

Helaian pertama.Lukisan dua ekor katak sedang melakukan persenyawaan.Helaian kedua,lukisan kepala berupa manusia dan badan berupa kuda.Nasib baiklah tugasan ini hanya memerlukan dua helaian.Kalau setebal folio tak tahulah gambar apa lagi yang akan diletaknya.

Memanglah cantik lukisannya tapi,kita bukan dalam kelas sains atau seni lukisan.

Nasiblah fertilization haiwan kalau manusia?...

Ok,kita ke kelas Fiya pula.

            “Asal dengan kau ni?Tersengih-sengih semacam je”. Soal rakan sebelah.

Fiya masih dengan senyumannya.

Dia tahu sekarang ni pasti Zafran sedang dimarahi pensyarahnya.Padan muka,sape suruh cari onar dengan Aafiya Qaisarah?

Tombol pintu kelas dibuka.

Pasti Miss Liana,getus hatinya.

Meleset..pe yang meleset?Tekaannya meleset…

Mati..aku nak mati.Macam mana plan boleh terkena balik dekat aku ni?

Sir Rady dengan Zafran sedang menunggunya di tali gantung.

Seorang pelajar yang sedang memberitahu pengumuman itu kepada seluruh kelas sudah berlalu pergi.Pelajar-pelajar yang lain dah mula buat tanggapan sendiri.

            “Apa pulak yang kau buat hari ni Fiya?”Safwanah menyoal.

Fiya sekadar melekatkan senyuman.

Di bilik Sir Rady lagi.

Kedua-dua pelajar university sudah ada di depan matanya.

            “Aafiya,betul ke apa yang Zafran bagitahu dekat saya yang ni semua kerja awak?” Soal Sir Rady dengan nada tegas.

Aku pandang sikit muka anak majikan aku ni.Dia tenung tembus aku.Memang nak gugur jantung dah jantung ni rasanya.

Aku mengangguk perlahan.

            “Apa kaitan dia dengan awak?”Soal pensyarah itu lagi.

Ya,semua orang dalam university ni tak tahu hubungan aku dengan dia.

Maid and son of employer?

            “Saya…saya…”.Mana mungkin aku tak tergagap.

Fiya memandang ke arah Zafran yang cool saje.

            “Dia ni P.A saya.Mungkin assignments saya dengan dia tertukar tadi”.

What?You say I’m your P.A???Hello,kita tak pernah discuss apa-apa pasal benda ni. Cakaplah yang kita terlanggar then our assignments bertukar ke? Dia ni tak pernah tengok drama ke?
Habislah! Sekarang satu U dah anggap aku, P.A. Zafran. Tolonglah, cukuplah dekat rumah and luar U. Takkan dekat U pun aku still kena follow segala arahan dia?

Setelah keluar dari bilik Sir Rady tepat  jugalah masa untuk balik.

Aku dengan keadaan masih panas dengan situasi tadi.Mengharapkan salji turun untuk hilangkan rasa panas aku ni.

Zafran pula berlagak  biasa.

            “Kau nak tumpang aku balik tak ni?”Cadangnya apabila hujan lebat mula turun.

Baguslah hujan.Sejuk sikit hati ni.

            “Kau dengar tak aku cakap ni?”Marah Zafran apabila dia tidak menerima sebarang jawapan.

            “Aku boleh naik bas.Teksi pun berlambak”. Hilang mood.

Dia marah ke aku gelar dia P.A tadi?

            “Betul ni?Kau tak kisah kilat sabung menyabung ni?”Soalnya lagi.

            “Takat kilat buat pe nak cuak”.Jawab Fiya selamba.

Eee…aku tak puas hati lagi ni! Tak nak jadi P.A dia…

Satu dentuman guruh dan kilat yang seakan dekat dengan dirinya.Membuatkan Fiya terus menarik lengan Zafran dan dipeluknya.

Zafran tersenyum sahaja.

‘Tu lah berlagak lagi.Tak cuak konon’ Perli Zafran di dalam hati.

            “Sorry,sorry…”.Fiya tersedar.

Nasiblah kau peluk lengan dia je.Kalau terpeluk badan dia..tak ke naya.Mana nak sorok muka ni?Siapa ada poket?Tolong bagi pinjam...malu yang teramat ni.

            “Tu lah,nasiblah kau peluk lengan aku.Kalau kau terpeluk lengan mat bangla tak ke lagi haru”.
Aku senyap je.Bertambah aura malu aku ni.

            “Dah,jom naik kereta aku.Nanti mama bising pulak”.

Fiya mencebik.

            “Ada hati cakap tu kereta kau.Padahal ayah kau yang beli”.Bisiknya tapi masih mampu didengar Zafran.

Zafran mengeluh.

            “Aish,yela-yela…jom naik kereta Encik Abdu Rafi.Puas hati?”

Aku tersenyum.Dia pun turut tersenyum.

No comments:

Post a Comment