Friday, 8 April 2011

13


   
 “So?”

Ean pura-pura tidak faham dengan soalan yang ditujukan kepadanya. Dia tahu yang rakannya itu menanyakan tentang Jannah.

      “You caught her?”Soal Oishi selamba.

     “Nope,she caught my eyes”.Jawab Ean bersungguh-sungguh. Baru sekarang dia membenarkan kenyataan sahabatnya,Kent bahawa perasaan cinta tidak terus masuk ke dalam hati.Ia akan menerusi mata terlebih dahulu.

     “And your minds”.Oishi menyambung pernyataan sahabatnya itu.

Ean tersenyum .

      “Check out dia punya personal detail,please?”Rayu Ean sambil membuat muka simpati.

       “Pahal libatkan aku pulak?!”Jeritan Oishi menyebabkan orang-orang yang berada di sekitarnya terpaku sebentar.Kemudian Oishi tersengih-sengih sendiri.Tidak menyangka jeritannya telah mengambil perhatian orang ramai.

Ean sekadar menggeleng kepala.

Kawan aku yang sorang ni..memang pantanglah kena sentap sikit. Nasib baiklah tak melatah kalau tak jangan harap aku nak mengaku dia tu kawan aku.Joke.

        “Dah aku suruh kau ajarkan aku cara nak jadi haker kau tak nak. Jadi, tolonglah aku”.Ean merayu lagi.

         “Bikin onar la kau ni.Hal kau jadi hal aku jugak.Bila hal aku tak jadi hal kau pulak”. Sengaja Oishi membuat gaya orang yang sedang merajuk.Memang sudah menjadi kebiasaan Oishi yang akan meng ‘handle’ segala jenis masalah Ean tetapi Oishi tidak pernah menganggapnya sebagai satu beban.Kawan dunia, akhirat lah katakan.

         “Normal la tu.Cam tak biasa pulak kau ni…”Untungnya Oishi dapat jadi penggodam komputer.Segala jenis butir-butir peribadi budak-budak sekeliling wajib dia tahu.Pasal tu jugaklah ramai yang tak boleh kelentongkan Oishi termasuk jugaklah aku.

Oishi melepaskan keluhan yang dibuat-buat.

          “Tak nak confess?”Soal Oishi.

          “I think this is not a good time.It can be just in my side that truly feel this feeling.To be honest, I can’t bring myself to give up on her.But still once a guy pulls out his sword,he’s got to see it till the very end. You know it too, right?”Memang naik sasau la kan.Gaya macam dah lama pendam perasaan je.Ean,kau memang kena pergi brainwash. Bisik Ean di dalam hati.

          “You are completely messing me and your words make me feel fully sleepy…”Jawab Oishi dengan nada mengantuk.Mana taknya memang dah tengah malam sangat dah.Tu lah pasal,tadi suruh pakai teksi tak nak.Nak jimatlah konon.Padan dengan muka sendiri. Dah lima belas minit jalan pun tak sampai-sampai lagi hotel.

Ean senyum segaris.

             “Phone kau mana?Bateri low ke?”Oishi menukar topik perbualan apabila dia baru sahaja teringat akan Nokia N8 Quan.

Ean memetik jari.Dia baru teringat akan sesuatu.

            “Ni lagi satu hal..kau wajib tolong aku.Tolong cari siapa budak ni. Dia ni penculik bersiri”.Ean menunjukkan gambar seorang perempuan yang terpampang di skrin telefon bimbit.

Oishi membuat riak muka malasnya dan menggosok-gosok mukanya dengan kedua-dua tapak tangannya.Dia malas ingin melihat wajah si penculik itu..

Apa pulak ni?Kepala otak aku dah la tengah pening nak kena tolong ayah Kent cari perompak bersiri..ni pulak penculik bersiri.Hoobae (junior) mane pulak yang nak sangat blusher free ni..cari nahas betul la!Inilah salah satu keburukan menjadi seorang penggodam. Semuanya mengharapkan dekat aku je.Ceyh…ni merajuk ke bangga?


Tinggal lagi seminggu je dekat sini..lepas tu abang cakap nanti sekolah dekat tempat lain. Aku bila dengar pasal sekolah je.. benda yang pertama sekali aku syaratkan ialah ‘no hostel’.Memang tu aku tak nak. Sofi Nur Qhuraisha memang tak suka dikongkong dengan pelbagai syarat yang bagi dirinya tak boleh diterima akal.Subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Agama Islam masih lagi tak dapat ditangkap. Sejarah pula yang dia tahu cuma menghafal.

Memang nasib baik menyebelahinyalah kerana kalau bab-bab menghafal memang sudah menjadi kelebihannya tapi tetap susah jugak.Sekarang tengah belajar membaca Al-Quran.Alhamdulillah ayat-ayat suci Allah yang dulu dihafal masih lagi segar di ingatannya.Cuma memerlukan sedikit masa untuk mengingatinya dengan lebih sempurna.Memasak dah boleh lah sikit-sikit,menjahit pun tahu bab yang  asas je.Tiba-tiba je rasa sedih pula menyelubungi dirinya. Kalau dulu memang nak sangat keluar dari sini tapi sekarang rasa best pulak tinggak di kampung ni.Damai je…tak ada banyak gangguan.

Tangannya sedang sibuk menghalau seekor lalat yang berterbangan yang mungkin akan menjejaskan nasi lemak opah ini.

          “Sofi tolong hantarkan nasi lemak ni ke rumah makcik Zubaidah”. Pinta opah sambil menghulurkan tiga bungkus nasi lemak yang telah dimasukkan di dalam plastik merah.

Qaisha merenung pelik neneknya itu.

Manalah aku nak tahu rumah makcik tu.Aku bukannya peta dunia! Kenapa tak suruh abang je?Abang bukannya tahu kordinat rumah tu je..alamat penuh pun dia tahu.

          “Tanya saja orang kampung yang lalu lalang nanti”.Jawab opah yang seakan mengerti renungan cucunya itu.

Qaisha akur.Dia mengambil beg plastik yang dihulurkan neneknya itu.


Matanya sibuk mencari kelibat orang di situ.Tapi yang dia nampak sekadar kelibat kambing dan ayam.Sebuah motorsikal menuju ke arah yang berlawanan dengannya.Kalau muka tak malu,nak je aku tahan..buat roadblock sesuka hati.So,aku ni pemalu la ek?Motorsikal yang dilihatnya tadi sudah berlalu pergi semasa dia sedang berbual kosong dengan hatinya.

T-shirt lengan pendeknya dilawati seekor kerengga.Tangan kanannya segera menjentik haiwan yang tak diundang itu.Nasiblah hari masih pagi taklah berpeluh.Jam tangannya menunjukkan pukul 7:15 pagi.Kemungkinan besar nasi lemak itu untuk hidangan sarapan pagi keluarga makcik Zubaidah.Fikirnya sendiri.

         “Sofi?”Seseorang menegurnya.

Qaisha mengesan suara yang memanggilnya itu dari arah belakang tetapi dia sekadar mengendahkannya.
Maybe orang lain kut.Ramai je orang nama Sofi.Baik buat bodoh je... Bisiknya sendiri.

Qaisha merasakan ada langkah seseorang cuba mendekatinya.

            “Awak Sofi kan?”Fawwaz sudah berada di hadapannya.

            “Sorry,saya kenal awak ke?”Soal Qaisha tenang.

Fawwaz tersenyum.Gembira hatinya dapat berbual dengan Qaisha.

             “Saya abang Najlah.Fawwaz.Tengah buat apa?”Fawwaz memerhatikan beg plastik yang dipegang Qaisha.

Takkan budak perempuan tu pergi buat pengumuman nama aku dekat semua orang kut?

Qaisha turut memandang beg plastik yang dipegangnya sekilas.

             “Nak deliver nasi lemak ni dekat rumah makcik Zubaidah.Kenal tak?”Senang sikit kerja aku.Ada orang yang tegur aku dulu.Tak payah susah-susah nak bina ayat pendahuluan.

Fawwaz senyum lagi.

               “Tu rumah mak abang”.Memang kebetulan sangatlah.

Abang?Se ingat aku lah kan..aku ada sorang je abang.Cukuplah dengan sorang…aku nak sebut perkataan ‘abang’ tu dekat abang kandung sendiri pun punyalah liat.Ni kan pulak nak sebut dekat strangers .
Qaisha menghulurkan beg plastik itu kepada Fawwaz.

                “Kalau macam tu lagi senang.”Ringan beban.

Alah…kalau macam tu tak bolehlah borak lama-lama lagi dengan dia. Kalau aku tahu jadi macam ni…aku panjangkan lagi skrip.Keluh Fawwaz.

                 “Abang akan tolong Sofi tapi dengan satu syarat”.

Kening kanan Qaisha terangkat.

                “Bagi number phone Sofi dulu”.Pandai jugakkan aku.

Aik,ni dah kes lain dah ni.Selamba dia je mintak nombor telefon orang. Dah la aku tengah rindu sangat dengan phone aku..dia pergi ungkit pulak.Dia ingat aku ni bodoh ke?Mintak nombor telefon orang.Lepas tu,telefon lah..mesej la.Mengganggu je.Nak memperhabiskan kredit aku je…minta maaf lah tak akan pernah dapat.Even phone tak ada dengan aku.

No comments:

Post a Comment