Bab 11
What is meant by love at the first sight? Isn’t it love what still such a world seem beautiful makes? Sama dengan situasi aku sekarang ni ke?Asyik terbayang dia je…last year satu kelas rasa macam biasa je.Pahal sekarang otak aku dah menggatal pulak ni.Jangan buat onar.Relax sudah…buat selamba je.Aku harap aku tak jumpa dia lagi. Nekad habislah ni. Dia mengingatkan aku tentang dia.
Rakannya yang berada berhadapan dengannya itu memandang Ean pelik.
Ean kalau dah buat muka macam ni..maksudnya dia dah ter-fall in love ngan someone lah ni.Budak manalah yang memancing kawan aku sampai jadi macam ni.
Oishi menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Assalamualaikum sedara?Bila aku lambat sampai punyalah marah, sekarang aku ada dekat depan mata pun kau buat tak pedulik je”.Tegur Oishi yang sejak tadi memerhati perlakuan Ean.
Mereka kini berada di sebuah café yang selalu menjadi tumpuan mereka berdua.Suasana di sini agak lengang dan di sinilah port mereka apabila member-member yang lain datang ke New York.Selalu sangat mereka datang ke sini,dalam setahun wajib sekali dua mereka akan menziarahi café ini.Sampaikan pekerja-pekerja dekat sini dari waiter sehinggalah chef dah kenal sangat dengan mereka.
Ean sekadar tersenyum.
“Classmate kita pun datang sini jugak lah”.Ujar Oishi apabila menyedari kehadiran seorang gadis bertudung memasuki café.
Ean masih dengan lamunannya.
“Dia datang sini lah.Aku tak ingat pulak siapa nama dia”.Sambung Oishi lagi yang merupakan seorang penggodam komputer.Tapi takkan aku yang salah kut.Banyak kali aku search tempat tinggal dia,aku rasa dia bukan dalam kalangan orang berada.Macam mana pulak boleh sampai sini.Sah lah yang aku dah silap!
“Ni barang awak kan?”Soal gadis bertudung itu sambil meletakkan sport headphones di atas meja berhadapan dengan Ean.
Ean terpaku saat gadis itu mula bersuara.
Bab 12
Pening kepala otak aku nak memerhatikan lubang jarum ni.Naik juling! Baru part nak masukkan benang,nak menjahitnya apatah lagi.Masalah betul la.Perlu ke belajar semua ni?Baik belajar jadi haker lagi banyak faedah.Opah ni lama lagi ke?Aku nak melarikan diri pun susah.Abang kerja senang je.Hantar opah pergi pasar lepas tu balik lepak.Aku dapat rasakan opah ngan atuk lebih suka dengan abang berbanding aku.Yelah aku sedar la manner aku teruk sikit tapi agak-agaklah.Kalau abang yang bersalah aku je jadi mangsa keadaan.Memang adil sangatlah!
Opah masih lagi sedang menjahit.
Sekarang cuba fikir macam mana cara nak keluar dari segala kekusutan yang boleh bawak orang yang sihat jadi migraine.Cakap nak pergi solat? Sah opah takkan percaya.Beli barang?Atuk pulak tak kasi nanti atuk suruh abang ikut sekali.Tak naklah…disaster!
Ariz menghampiri Qaisha sambil menghulurkan dua keping not RM50.
“Gi top up jap.50 Maxis,50 Celcom”.Ujar Ariz dengan wajah toyanya.
Qaisha pandang pelik abangnya itu.
“I’m a girl,okay?”Apa punya abang.Tak prihatin langsung dekat adik dia sendiri.Dah la sekarang dah banyak kes.Kena culik la,rompak,rogol la. Dia tak kisah ke?
Kening Ariz terangkat sebelah.
“So?”Toya sahaja air muka Ariz.
‘Tak sayang adik betul la’.Keluh Qaisha.
Tiba-tiba otak Qaisha dapat memikirkan sesuatu yang mungkin akan memperlihatkan senyuman di bibirnya terukir secara automatik.Dan mungkin dapat membuatkan orang yang sedang migraine sihat kembali.
Kedua-dua not RM50 itu bertukar tangan.
Lupa pulaklah nak bawak topi.Panas yang entah berapa darjah celcius la kat sini.Kalau kat UK dulu musim luruh pun kira sejuk lagi.Dekat sini mintak maaf lah tak dapat punya.
Tangan kanannya membetulkan rambut yang menutupi pandangan matanya itu.Baru selesai jadi kuli.Tak adalah jauh sangat jarak di antara rumah atuk dengan kedai tadi.Kawasan di sini tenang sahaja,seperti yang kita sudah tahu memang berbeza dengan keadaan di bandar.Dia sudah semakin hampir untuk melalui suasana di luar sana dan dalam masa inilah dia kena menyesuaikan diri dengan keadaan di Malaysia. Adab, budaya, adat dan macam-macam lagi.Semakin bertambah jugalah masalah yang tak pernah jemu-jemu mengirim beban ke dalam kehidupannya.
Apa gunanya kehidupan tanpa kenal erti sedih,kecewa,penat,marah dan segala jenis perasaan-perasaan lain lagi yang kadangkala boleh menggugat iman kita.Itulah sebabnya kita perlu sering mendekatkan diri kepada Ilahi agar keimanan yang ada pada diri semakin kukuh.
Seorang budak perempuan di dalam kalangan pelajar sekolah rendah mendekatinya.
“Akak cucu opah Asni ye?”
Qaisha sekadar mengangguk sambil menampal senyuman.
“Saya Najlah.Panggil je Naj”.Budak perempuan itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan kanannya untuk berjabat.
“Sofi”.Qaisha berjabat tangan dengan Najlah.Sengaja dia menggunakan nama yang sering digunakan apabila dia berada di kampung.
Aku dah lah jenis yang bukan mesra alam macam abang.Even abang orang baru dekat sini tapi kalau ditanya tentang penduduk di sini mesti dia kenal.Layan je lah,nanti orang kata aku ni sombong pulak…
“Kalau akak ada masa..akak datanglah rumah saya.Depan ni je”. Jari telunjuk Najlah menuju ke sebuah rumah.
Qaisha mengangguk kecil sambil tersenyum gembira.Nak tahu kenapa? Sebab lepas ni,dia ada canlah nak skip dari buat kerja-kerja rumah. Bagus betul.
Pelajar matrikulasi itu memandang adiknya penuh berharap.
“Naj ada jemput dia datang rumah,dia senyum.Tapi Naj rasa dia tu pendiamlah”.Ujar Najlah sambil menonton televisyen.
Fawwaz mengangguk.Tanda faham.
“Nama dia?”Soal Fawwaz beria-ia tetapi masih lagi di dalam kawalan.
“Sofi.Dia tak bagi nama penuh pun. Naj dah jalankan kerja Naj, along jangan lupa janji along”.
“Ye lah..”.Fawwaz mencuit hidung adiknya itu.
No comments:
Post a Comment