Jari jemari Oishi pantas menekan butang-butang yang ada pada keyboard secepat yang mungkin.Esok dia dan Ean akan terbang pulang ke Malaysia kembali.Penggodam ini sedang melakukan tugas.Ean sudah masak dengan perangai rakannya yang memerlukan suasana yang senyap untuk fokus akan kerjanya itu.Ean juga diperingatkan agar tidak memerhati skrin laptop rakannya itu.Oishi tidak boleh memberitahu cara-cara untuk menggodam komputer walaupun dengan rakan baiknya sendiri.Itulah syarat utama.
Selang beberapa minit,Oishi menunjukkan hasil tugasnya.Dia memusingkan arah laptop itu ke arah Ean.Oishi membuat mimik muka yang sukar difahami Ean.
“Aku dah check banyak kali dah.And this is the last time aku check dia punya personal detail.Semuanya sama..no different”.Terang Oishi.
Ean seakan kurang memahami pernyataan yang diberitahu rakannya itu.
“Apa yang sama?Apa yang different?”
Telunjuk Oishi berlegar-legar di skrin laptop.Ingin menunjukkan sesuatu.
“Okaylah aku cerita sekarang.Nama dia Nur Jannah binti Azhar. Birthday dia 12 Disember. Address dia ni yang aku ragu-ragu…”.
“Asal pulak?”Soal Ean sambil memeluk bantal.
Oishi menggosok pelipis.
“Check guna Firefox dapat dekat Taman Bakti.Check guna Chrome dapat Bukit Antarabangsa.Tak pelik ke?Dah la jarak antara Taman Bakti dengan Bukit Antarabangsa punyalah jauh.Kalau dekat kira okay lagi…maybe ada mistake.But this two places is far away between each other.Paham?”Oishi menjelaskan dengan lebih mendalam.
Ean senyum.
“So,I take Bukit Antarabangsa.Drop this subject”.Balas Ean.
“Lantak kau lah… janji kerja aku dah selesai masalah aku”.Oishi mematahkan jari jemari tangan kanannya.Selesai..boleh tidur dengan aman.
“Lepak lu.Belum lagi…macam mana dengan penculik Nokia N8 aku”.
Oishi baru teringat hal itu.Sementara mood haker nya masih ada.. baik dia selesaikan sekarang.Oishi dengan segera membuka balik laptop yang ditutpnya sebentar tadi.Ean pula menyambung bermain PSP nya.
“Siapa nama dia?E-mail ke?”
Ean menjongketkan bahunya.
“So,macam mana aku nak search?”Soal Oishi dengan nada geram.
“Bukan lagi senang guna pic ke?Even aku bukan haker…aku agak je”.Jawab Ariz dengan gaya innocent nya.
Oishi sengih sendiri.Silap dia.
Ean menyerahkan phone ‘penculik’ itu dan USB miliknya kepada Oishi.
Kedua-dua barang iu bertukar tangan.
“Pergh…cantik gila kau jaga phone ni”.Sengaja dia mengusik. Memang berkilat habis.Macam baru beli je.
Ean tidak membalas.Tetapi di dalam hatinya..bertubi-tubi jawapan untuk membalas kembali usikan sahabatnya itu.
Oishi sedang memasukkan gambar dari phone itu ke dalam laptop nya. Wajahnya kelihatan sedikit terkejut.Dia memalingkan wajahnya ke arah Ean.
“Ni Simcard international beb. Asal mana budak ni?”Bersungguh-sungguh Oishi bertanya.
“I hope I know…tapi hari tu aku jumpa dia kat Perak”.Balas Ean dengan muka toya.
‘Majunya Perak’.Fikir Oishi sendiri.
Oishi menyambung tugasnya.Dia lebih bersemangat.Lain dari Oishi yang tadi.Mungkin kerana orang yang ingin dicarinya ini mempunyai kelainan.Bunyi dan rentak butang-butang keyboard yang ditekan Oishi semakin laju.Matanya begitu khusyuk memerhatikan skrin.
Tiba-tiba sahaja Oishi mengetuk meja dengan kuat.Ean bangun dari baringnya.Terkejut melihat ketukan itu.
“Budak ni tak update guna service Malaysia…dia guna international service..susah la”. Dalam nada geram tetapi di dalam hati dia sangat gembira.Baginya dia sudah lama menunggu cabaran seperti ini.
“La…aku ingat kau haker terbaik tapi aku silap”.Perli Ean dalam usikan.
Oishi mengerling .
“Aku tahulah aku ni tak perfect”.Oishi membalas menggunakan nada sederhana.
“Asyik sentap je la kau ni”.
Oishi menutup laptop.
“Dah cari dah?So,apa hasil dia”.
“Aku kena cari keywords untuk international service.Maybe aku akan try tanya abang aku.Tu pun kalau dia nak kasi tahu.Kalau tak…”. Oishi menggeleng.
“Tak ada kalau-kalau.Wajib dapat info…aku sayang gila phone aku tu”.
“I know.Bumi ni kecik je”.Akur sahaja lah.
Oishi masih tidak puas hati.Dia menekan balik butang ‘On’.Dia begitu tertanya-tanya tentang perempuan yang diceritakan Ean ini . Dia bertekad untuk mencari maklumat tentang perempuan ini walaupun sekadar satu.
Ean memandang rakannya itu.Pelik.
“Dia ada register dekat sekolah dalam Malaysia.Bagus kan aku?”
Ean mengangkat kedua-dua keningnya.
“Pe yang bagusnya?Apa yang kita boleh dapat dalam maklumat kau tu?”
Oishi membuat isyarat mata dengan menujukkan ke arah handphone yang digunakan tadi.Ean tersenyum.
“I got it”.Balas Ean.
Mereke berpandangan.
“GPS”.Tutur mereka serentak.
No comments:
Post a Comment