Friday, 8 April 2011

10

Bab 10

Dia sengaja memekakkan telinga daripada mendengar nasihat yang diberi opah kepadanya.Nasihat yang dianggapnya sebagai satu bebelan.Air matanya yang terus menerus gugur segera dilap dengan air.Memang nangis sakanlah.Nasib baik Ariz tidak ada di sini kalau tidak memang serabut dapur ni.

Pisau yang sedang menghiris bawang besar itu dihempaskan perlahan di tepi.Tangannya segera mendapatkan bantuan daripada pihak ‘bomba’.Biasalah budak baru belajar potong bawang.Tak sah kalau tak leleh.Lagi satu,Qaisha memang boleh dapat penghiris bawang terbaik. Memang ‘seni’ betul hirisannya.Hancur habis!
Ariz yang tadinya bersembunyi di sebalik tiang sudah tidak dapat menahan ketawanya.Qaisha sudah menghalakan pisau kepada abangnya.Opah sekadar tersenyum.

       “Itulah…opah dah bagi petua macam mana tak nak bagi mata tu pedih,hang tak mau dengaq”.

        “See!Opah have told you about the tips that can help you from crying but you deafen your ear to listen it”.

Qaisha mengerutkan dahinya.

         “How can I trust that ridiculous tip”.Cucukkan bawang yang tidak digunakan dekat pisau?Boleh pakai ke?Qaisha ketawa sendiri di dalam hati.

Ariz yang memang pantang kalah dengan adiknya itu,sudah sedia mencucukkan bawang di bahagian tajam pisau itu dan memulakan ekspedisi menghiris bawang.

Qaisha tersenyum-senyum sendiri kerana dia amat yakin petua itu tidak akan menjadi.
Selesai tiga biji bawang besar.Hirisan yang lebih menarik dan yang penting…

Ariz membulatkan matanya dan mengelip-ngelipkan matanya kepada Qaisha menandakan bahawa petua yang diberikan opah itu masih boleh diguna pakai.Kemudian,dia menegakkan ibu jarinya kepada opah sambil melemparkan senyuman.Memang sahlah yang sekarang ni opah dah sekepala dengan Aliff.
I really hate this new life’.

          "Ingat orang dulu-dulu tak belajar Sains ke?Tu lah harap je belajar dekat luar negara ilmu yang ada bukan nak praktikkan.Tahu menghafal je segala apa yang ada dalam buku tu." Perli Ariz

I really hate this new life’.Getus hatinya.

Pagi belajar kemahiran,malam belajar subjek SPM.Ini kerana dia memang begitu lemah di dalam subjek Bahasa Melayu,Sejarah dan Pendidikan Islam.Subjek-subjek lain dia sudah pakar.Yelah,rasanya dia dah belajar lebih dari silibus yang diperuntukkan kerajaan Malaysia lagi.Bila belajar tentang Islam?Setiap masa..

         “Pi ambik serai sat”.Arah opah.

Qaisha memandang Ariz sambil membuat isyarat mata menandakan dia tidak tahu benda apa yang dikatakan opah tadi.Ariz memandang tempat lain.Buat ‘don’t know’.Sah,tak pernah masuk dapur.Ariz yang berjantinakan seorang lelaki ini pun lebih tahu mengenai benda-benda ini jika hendak dibandingkan dengan adiknya itu.

Qaisha main pakai ambik sahaja apa-apa yang dirasakan sesuai dengan nama serai itu.Tangannya menyelongkar sayur-sayur di dalam peti sejuk itu.Kalau bahagian dapur ni…memang senang dia give up.Tapi kalau bahagian gelanggang,dia sanggup berpeluh di bawah terik matahari. Janji menang.

          “Ni ke?”Soal Qaisha.Harap-harap betul.

Opah menggeleng-gelengkan kepalanya.

Ketawa Ariz pecah lagi.

            “Serai dengan bunga lawang punyalah besar perbezaan dia”.Ujar Ariz sambil disusuli ketawanya.
Manalah aku nak tahu.Ingat aku ni chef ke nak main benda-benda macam ni ?Maksu ni pun satu…nape balik awal sangat.Tinggalkan aku sensorang menderita penyakit buli yang dicipta oleh seorang abang tanpa belas kasihan.Boleh buat drama lah kisah hidup aku ni.Cam cinderella pulak.Perasannya.Hatinya mengomel sendiri.

       “Bila tukar body phone?”Soal Ariz sambil membelek-belek telefon adiknya itu.
Opah sudah keluar dari dapur apabila mendengar orang memberi salam di luar.

        “That’s not mine”.

Kening Aliff terangkat sebelah.

        “Patutlah abang try password asyik salah je”.

Dengan segera Qaisha merampas Nokia N8 itu daripada pegangan Ariz.

Bukannya apa.Nanti time penukaran handphone yang entah bila..si pencurik tu tak nak bagi balik phone aku sebab phone dia rosak.Tu je… Abang ni kan, sukalah memecah masuk handphone orang sesuka hati.

No comments:

Post a Comment