Bab 8
Hari ni,proses mengembalikan warna original.Rambut dan kuku.Kalau tak, tak boleh sembahyang kerana itulah sebab utama dia ditinggalkan bersama datuk dan neneknya.Transfomasi kepada imej islamik.Ariz pula ditinggalkan kerana dia ditawarkan menjadi salah seorang facilitator di salah sebuah sekolah menengah di daerah Gombak bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima.
Qaisha dan Ariz pergi melawat menara condong.Penat juga lah ingin memujuk Qaisha ikut serta.Baginya lebih baik duduk rumah layan internet daripada keluar rumah melayan cahaya matahari.Dia keluar pun sebab Ariz sudah membuat satu perjanjian dengannya.Jika Qaisha ikut serta dia akan bersedia untuk menjadi lawan bagi perlawanan badminton.Memang itu yang dinantikan Qaisha.Sudah lama dia mengidam untuk berlawan dengan abangnya kerana kali terakhir dia berlawan dengan Ariz,dia tewas.
“Abang,kenapa cashier tadi pandang semacam je dekat kita?”Soal Qaisha perlahan kepada Ariz yang berada bersebelahan dengannya sambil memperbetulkan beg raketnya yang tergantung di bahu kirinya. Dia akan sentiasa membawa raket ini ke mana jua.Raket ini begitu berharga dan tidak ternilai di dalam hidupnya.
Sebelum Ariz menjawab, dia tersenyum.Dia membetul-betulkan kolarnya.Kemudian dia berhenti.Qaisha pun ikut berhenti.
“Takkan tu pun tak boleh fikir.Because I’m too handsome and incompatible to walk with a girl like you”.Jawab Aliff tenang.Qaisha pula melihat abangnya dari bawah sampai ke atas dan membuat muka yang dia langsung tidak setuju dengan pernyataan yang diberi Aliff. Sebenarnya,Aliff pun perasan akan situasi yang dirasai adiknya. Mungkin orang lain bertanggapan bahawa mereka berdua ini pasangan kekasih yang dengan selambanya bergelak ketawa,bertepuk tampar di hadapan orang ramai atau pun pelik dengan mereka berdua ini.Wajah mereka ini memang ada sedikit kacukan.Jerman-Melayu.
Qaisha mengangkat kedua-dua keningnya dan terus berjalan meninggalkan abangnya di belakang.
Bab 9
Dia sekadar mengikuti langkah ibu dan bapanya yang berjalan di hadapannya itu.Apabila mereka berhenti,dia pun akan ikut sama berhenti.Mereka tidak bertiga tetapi berempat.Lagi sorang tu nama dia Puan Amaliah,kawan mama seuniversiti dahulu.
Oishi janji sampai sini esok.Jadi hari ni terpaksalah membosankan diri dengan melayan sekali gelak tawa yang tidak dikenal pasti hujung pangkal humor yang mungkin direka mama,daddy ataupun auntie Amaliah.Memanglah seronok dapat tengok gadget-gadget yang baru dan lebih berteknologi tapi kalau kawan sehidup semati tak de..tetap boring jugak.Onar lah Oishi ni,asal tak sampai awal sikit?
Sports headphones disumbatkan ke dalam telinganya.Selalunya dia hanya akan memasang gadgets ini semasa perlawanan badminton sahaja tetapi hari ni disebabkan mood yang tak menentu macam ni lah jadinya.Lagu I still…daripada Backstreet Boys cuba menghilangkan kebosanan yang ketara yang belum lagi pupus sejak pagi tadi.Canon mula mengerjakan tugas.
Flash!
Matanya terpana kepada seorang gadis bertudung yang sedang khusyuk membaca novel.Macam pernah tengok je budak ni.Kat mana ek?Sepupu ke? Jiran? Classmate?Anak buah?Memang hari ni dia hilang ingatan lah.
Kenapa mata aku ni asyik melekat je dekat dia?Takkan baru je sampai sini dah rindu orang Malaysia kot?Sasau la aku hari ni.Tapi aku serius…aku memang tak boleh lepaskan pandangan mata aku ni daripada dia!
Anis.
Satu nama muncul di mindanya.
No comments:
Post a Comment