“Kau okay tak bro?”Soal Ean kepada rakan haker nya.
Oishi menjongketkan bahu.
“Takkan rindu dekat mak pulak.”Ean cuba bergurau.
Oishi senyum tawar.
“Aku tahulah apa masalah kau.Even aku bukan haker”.
Oishi menjelingnya sekilas.Cuba bertanya.
“Masalah perempuan lah kan?Aku dah kenal kau lama lah.Don’t denied it”.
“Yes,it is about a girl”.
“Love?”
“Maybe but it’s not the main topic.It is about secret”.
“Secret?Takkan dengan kawan sendiri pun tak boleh share?”
Oishi menggeleng.
“This is a top secret”.
Ean mengangkat raket.Tunduk sahaja dengan jawapan rakannya.
“This weekends kita pergi i-City”.
“Date?”
Ean senyum tetapi ada satu perasaan aneh dengan hatinya apabila Oishi menyebut perkataan ‘date’ itu.
Kenapa dengan aku?Ada sesuatu tentang Jannah yang membuatkan aku rasa pelik.Aku rasa perasaan aku dekat dia bukannya perasaan seorang kekasih tapi…
“Kita pergi naik apa?Jauh tu kalau nak jalan kaki”.
“Dengan abang Ariz”.Ean memulas tombol pintu.
“Boleh pulak kau kamceng ngan dia.Aku ingat dia sombong dengan budak-budak kita”.
“Mana boleh sombong dengan aku”.Ean sengaja ingin berlagak sedikit.
“Kau ni pergi mana?Fly ke?Nak ikut”.
“Secret”.Aku pun boleh berahsia dengan kau la bro.
Tak ada kerja lain ke?Apa hal pulaklah aku tetiba je nak ikut abang datang sekolah ni?Memang ada wayar putus la.Tenang je dekat sini tak payah fikir masalah nota yang berlambak-lambak.
Apa hal kena buat segala nota tu?Bukannya boleh ingat pun.Last-last refer jugak buku rujukan.Menghabiskan tenaga je.Tak faham betul la. Dekat sana tak payah nota-nota ni.Search je dekat internet.Segala- galanya ada.Miss la pulak kengkawan dekat sana.
Macbook dibuka.
Dia bersandar kepada pokok kegemarannya.Dia merasakan suatu perasaan yang pernah dia rasai sebelum ini.
“Dah lama dah ke dekat sini?”Suara yang sebelum ini penah dia dengari cuba memulakan perbualan.Masih dengan tapisan sapu tangannya.
Baru sahaja Qaisha ingin menoleh ke belakang tetapi ditahan lelaki itu.
“Tak perlu la kau nak tengok muka aku.Aku ni budak normal.Sama macam orang lain”.
“Sorry,kau budak dalam ke?”At least,aku boleh siasat siapa dia.
“Entah”.
Ish,baru nak korek rahsia.Tak apalah,dah ada peneman pun kira baguslah ni.
“Kau nak dengar cerita aku tak?”I hope he will be the person that will be my crying shoulder.Take a risk?Dah biasa sangat dah.
“Boleh jugak”.
Qaisha menarik nafas dan menghelanya perlahan.
“Before that,what can I call you?
“Mr.Squire”.Jawabnya sambil ketawa.
“Kau sindir aku ke?Yelah aku blah la sekarang ni”.
“Taklah.Panggil je la aku guna nama tu”.
“Okay,so Mr Squire.Aku cerita ni bukan nak mintak simpati tau… aku just nak share and kau jangan pulak jual cerita aku ni”.Matanya memandang ke langit yang biru.
Lelaki itu diam.Minta diteruskan.
“Aku rasa kau mesti ada mak dengan ayah.Mesti best kan?Aku teringin gila nak hidup macam family yang normal”.
Riak wajah lelaki itu berubah.
“Kau anak yatim piatu ke?”Soalnya serba salah.
“Tak.Tapi keadaan mengiakan.Aku rasa hidup aku yang paling tak pernah complete dalam dunia ni.Aku rasa hidup ni tak pernah adil”.
“Kau tetap masih ada mak bapak cuma tak dapat nak rasa kehadiran diorang je kan?Tak macam aku”.Sayu bicaranya.
“Mean?”
“Aku ada adik.The person that is half of my life and now…”. Katanya terhenti seketika.
“She left me and the world.Without I can see her last smile. Without I can hear her last laugh”. Dia menahan air matanya.Matanya memang pantang kalau teringat cerita adik kesayangan.
Qaisha merasai kesedihan itu.
“I’m sorry.I shouldn’t start this topic”.Qaisha pula yang menjadi serba salah.
No comments:
Post a Comment