Pen biru pantas berlari-lari di atas buku nota Sejarah.Tulisan dah macam budak tadika belajar tulis ABC.Lagi 5 minit sebelum subjek Sejarah akan bermula.Penerangan daripada guru mata pelajaran Pendidikan Agama Islam tidak dilayan.Jannah pula sedang men-cover Qaisha agar tidak terkantoi oleh guru yang sedang mengajar dan rakan sekelas yang lain.
Oishi yang menyedari situasi itu sekadar tersenyum sendirian.
Ean mengangkat tangan kanannya.
“Gents”.
Guru itu membenarkannya.
Ean bertemu dengan Puan Rabiah yang berjalan menuju ke kelas 5A1. Ean menahannya.
Puan Rabiah pelik akan kelakuan anak muridnya itu.
“Cikgu,tak rasa nak pergi tandas dulu ke?”Apa yang aku cakap ni? Karang salah faham ,mati pulak aku kat sini.
“Apa yang kamu merepek ni?”Soal Puan Rabiah dengan nada yang tinggi.
Ean menggeleng.
“Tak…tak.Maksud saya,muka cikgu tu macam ada something yang tak kena”.
Guru yang mengajar subjek Sejarah itu meraba-raba mukanya.
“Apa yang tak kena?”Soal cikgu itu dengan lontaran suara yang lebih tinggi.
Ean memandang ke arah jam tangannya.Melengah-lengahkan masa.1 minit 50 saat.
“Ten seconds”.
“Apa?”Cikgu itu tidak mengerti.
“Tak ada apa-apa la cikgu.Nanti cikgu lambat pulak masuk kelas”.
Puan Rabiah menggeleng-gelengkan kepalanya.Pelik.Rotan yang dipegang Puan Rabiah ditegakkan.Cepat-cepat Ean masuk ke kelas.
Siap pun!
Qaisha menggoyang-goyangkan tangan kanan dan kirinya yang digunakan untuk menyiapkan nota Sejarah.
Puan Rabiah masuk ke kelas.
“Tepat-tepat je cikgu masuk kelas”.Bisik Jannah kepada rakan sebelahnya.
“Nasib aku lah tu.Selalunya cikgu sampai tepat je.Entah apa jenis bencana yang buat dia sampai lambat ni”. Naik longgarlah skru tangan aku.
“Can you do me a favour?”
Kunci kereta ditekan.
Qaisha membuka pintu kereta.Dia melabuhkan punggungnya.Radio segera dipasang dengan CD yang baru dibelinya.
“Dengar tak ni?”
“If I can say no”.Balas Qaisha tanpa perasaan.Dia faham sangat dengan perangai abangnya itu.Kalau tak buat apa yang disuruh, banyaklah cerita-cerita lama yang akan diungkitnya.
SLR Mclaren memecut laju.
“Can you be a….”.Ariz takut-takut ingin menyambung ayatnya.
Kening kanannya terangkat.
“Thief?Faker?Deceiver?Oh,sure I can”.Jawab Qaisha bersemangat.
Ish budak ni.Otak dia laju je fikir benda-benda yang jahat.Evil brain tapi brilliant.
“Teacher”.Jawab Ariz perlahan.
Qaisha ketawa kecil.
“You’re kidding me right?”
“Nope”.Ariz menumpukan fokusnya di jalan raya.
“What!!!”Jeritnya di dalam kereta.
Ariz menekan brek.Terkejut dengan jeritan adiknya itu.Nasiblah keadaan jalan raya lengang.Dah la tengah-tengah jalan!
“Dulu,siapa yang decide nak stay dengan abang?”
“Tak de cerita lain ke?Form?”Geram.Kan dah kata.Tu lah modal dia.Aku yang pilih nak tinggal dengan budak ni,so kenalah ikut cakap dia.Tak nak aku tinggal dengan mama,abah.
“Form three la…math je bukan susah pun”.Tuturnya kasar.
Dah la mintak tolong dengan orang.Cakap elok-elok la sikit.Kalau dapat aku smash abang aku ni…aku dah bersyukur dah.
“Bila?”Tolonglah jangan Sabtu, Ahad.Petang dah la ada kelas pemulihan BM.
“Pagi Sabtu.Start from this week”.
Qaisha menghentakkan kepalanya ke belakang.Ariz meneruskan sahaja pemanduannya.Tidak kisah langsung terhadap reaksi adiknya.
Memang penuhlah jadual hujung minggu aku dan sekarang aku dah hampir-hampir pasti yang aku ada seorang abang yang telah dimasukkan sejenis cip dalam kepala otak dia.Cip tu yang buatkan dia bersikap tak berperikemanusiaan.Kalau dapat aku belah kepala otak dia tu,aku ambil cip tu lepas tu aku biarkan je.Satu penyiksaan…
Qaisha senyum jahat.
“Evil brain”.Ariz seperti dapat membaca apa yang bermain di fikiran Qaisha.
No comments:
Post a Comment