Saturday, 23 April 2011

28

Otaknya pening memikirkan jadual waktu untuk rancangan tv.Segala-galanya perlu dirombak hanya disebabkan seorang abang.Nasiblah dia ada adik yang berhati mulia macam aku ni.

Menyesal ke cik Qaisha buat pilihan untuk stay dengan Ariz daripada stay dengan mama,papa?

Tak.Sebab kalau duduk dengan mama,papa lagi teruk.Strict and skema. Cara duduk, berdiri,jalan,makan,cakap dan semua yang berkaitan dengan hidup mesti ikut peraturan.So,it’s better with Ariz even ada certains part yang memang hangat satu badan.

Hujung mata Qaisha memandang rakannya yang sedang merenungnya.

          “Nak apa?Cakap je la”.Qaisha memulakan perbualan.

Jannah tersedar dari lamunannya.Tangannya yang masih basah menunjukkan yang dia baru sahaja selesai dari menghabiskan kerja-kerja di dapur.

           “Tak ada apa-apa lah.Just jealous dengan kau.Dah la kaya lepas tu pandai pulak”.Jannah memuji.

Keningnya terangkat.

            “Aku tak kaya.Mak bapak aku je kaya and aku tak lah pandai sangat.Normal je…gang D4 tu pun aku tak jamin boleh beat diorang. Yang kau sibuk puji aku ni,ada apa hal?”.Mesti ada kaitan dengan dia.
Jannah membetulkan silanya.

         “Sebenarnya,Ean ada tanya pasal address rumah aku”.

Dah agak dah...

         “Then?”

Jannah mengambil masa seketika.

         “Aku tahu.Kau terbagi alamat rumah ni kan?Patutlah abang ada tanya”.Qaisha cuba meneka.

        “Tanya apa?”

        “Dia dapat detect ada orang cuba search alamat rumah ni.Kawan dia kan haker jadi apa-apa hal mesti dia rujuk dekat Oishi dulu kan?”

Jannah mengangguk.

        “Aku pelik tentang something pasal kau”.

        “About?”Soal Jannah.

        “Macam mana kau boleh guna perfume yang agak mahal. Sebenarnya bukan perfume je,segala alat make-up,dress,kasut,beg. Kau tak….”.Tak akan lah Jannah nak mencuri.

        “Tak,mana ada.Sebenarnya,benda-benda tu nampak mahal tapi murah je kalau beli dekat pasar malam.Kalau perfume,lip gloss and segala alat make-up tu bukan aku beli.Aku just pakai tester dekat Cosway je”.

Terbeliak mata Qaisha mendengar penjelasan Jannah.

         “Kau sanggup masuk Cosway tu berulang kali just nak guna tester tu?”

Jannah membisu.Qaisha menjadi serba salah.


Selalunya cepat sahaja dia bergerak masuk ke gelanggang badminton dengan muka kereknya.Tetapi hari ni langkahnya menjadi perlahan. Mungkin kerana dia masih tidak dapat menerima rombakan yang telah Coach Anas lakukan.

Matanya tercari-cari juga kelibat pasangan beregunya yang baru tetapi tidak kelihatan.Mungkin cuba protes dengan tidak menghadirkan diri.

         “Saya rasa awak berdua boleh jadi gandingan terbaik kalau dapat cooperate each other”.Coach itu memeluk tubuh.

Ean senyum tawar.Matanya liar memandang ke arah ahli-ahli kelab yang lain yang sibuk berlatih.

         “Saya setuju dengan pendapat Coach.Korang ada banyak specialities.Frankly speaking”.Ariz datang bersama Qaisha.

Qaisha malas melayan propaganda abangnya.Seperti biasa,dia akan melantun-lantunkan shuttle di atas raket Yonex.Hujung matanya memerhatikan pergerakan Ean.

           “Abang Ariz?Faci form three kan?Kelab ni jugak ke?”.Kenapa datang sekali dengan Qaisha?Ada skandal ke?

Coach Anas menepuk perlahan bahu Ariz.

            “Jangan cakap yang kamu tak tahu,Ariz ni professional player in badminton dan dia akan jadi assistant saya”.

Ariz sudah menunjukkan riak muka poyonya.Qaisha berpura-pura terbatuk.

Ean mengangkat kening.Kecurigaan hatinya terhadap Ariz dan Qaisha semakin meningkat.

         “Ada tak cara yang boleh buat saya tak berpasangan dengan budak tak sayang nyawa ni?”Qaisha mula membangkitkan isu.

Ean tersedar dari lamunannya apabila dia mendengar Qaisha mengutuknya.

         “Kau ingat aku teingin sangat ke nak gerak dalam pair dengan kau?”Tengking Ean.

Coach Anas dan Ariz cuba menenangkan keadaan.

         “Ada caranya.”Coach Anas bersuara.

Mereka berdua memandang tepat ke arah jurulatih itu.

         “Kamu berdua kena menang dalam next tournament,from A to Z dan saya akan buat rombakan untuk kali kedua”.Tenang Coach Anas berbicara sambil memperbetulkan cermin matanya.

Masing-masing tidak memberikan sebarang riak sama ada negatif mahupun positif.

No comments:

Post a Comment