Saturday, 23 April 2011

26

“Kita ada skuad IQ lah dalam regu.Mesti gempakkan beregu campuran sekolah kita nanti.” Oishi memerli.Ikhwan-Qaisha.

Ean menjeling tajam.Rasa tidak puas hati di dalam dirinya belum lagi terubat.

          “Dah la tu.Tak payah cakap pasal benda ni lagi”.Kent sedang sibuk menyusun jadual tugasan pengawas.

Ean menghentakkan meja belajar menggunakan penumbuknya.Kuat. Keadaan dorm seperti bergegar seketika.

          “Ni Aiman Ikhwan la.Semua benda yang aku rancang,it will turn to fantasy”.Ujarnya tegas.

Ahli D4 yang lain tidak menyampuk.Sudah faham sangat dengan sikap Ean yang sukar mengawal kemarahan.
Seorang pelajar tingkatan satu meletakkan sebuah baldi yang dipenuhi dengan baju seragam sekolah dan telah siap dibasuh.

            “Macam ni la adik dorm yang terbaik”.Jun memberikan ucapan penghargaan.

Ean memanggil budak itu.Najwan.

             “Kau teringin jalan dulu sebelum mak bapak kau tak ?”Soal Ean serius.

Najwan terpinga-pinga.Dia faham akan maksud Ean.Dia menggeleng.

             “Ikut cakap aku”.

Oishi,Kent dan Jun merenung serentak mangsa yang sedang berpeluh- peluh itu.Matilah budak tu.


Sir”.Selepas beberapa kali dia mengambil nafas,dia tekad juga. Walaupun risikonya agak besar.

Cikgu Anas yang baru sahaja selesai mengajar mata pelajaran Matematik menoleh ke arah suara itu.

           “Ada apa-apa yang tak faham?”Soal Cikgu Anas sebelum sempat Najwan membuka mulut.

Anak didiknya itu menggeleng.Takut.

           “Awak adik dorm Ean ke?”Soal Cikgu Anas sekali lagi apabila melihat riak muka Najwan yang berada dalam ketakutan. Najwan mengangguk perlahan-lahan.

Cikgu Anas melemparkan senyuman.

            “Bagi tahu abang dorm awak.Coach nak jumpa dengan dia petang ni.Tempat biasa”. Dia seakan-akan sudah masak dengan perangai Ean.

          “Tapi…”.

           “Dah la,balik kelas.I know well all my players”.Balas Cikgu Anas.


Di sekolah cukup mengharu-birukan dirinya.Ean dan Qaisha digelar IQ. Guru-guru juga menggunakan gelaran itu kepada mereka berdua. Memang mood nya tak begitu betul dari awal pagi tadi.
Qaisha memasang lagu daripada BsB.Hanya itu yang mampu menahan rasa sakit telinganya.Matanya pula hanya mampu dirawat dengan melihat setiap poster BsB yang siap di-frame-kan.

Seseorang menekan loceng pintu biliknya.Siapa lagi kalau bukan Jannah.Ariz tak akan pernah sesekali berjumpa dengannya di dalam bilik.

Jannah memasuki bilik itu.Qaisha tidak mengubah posisi baringannya.

           “Kenapa dengan kau?”Jannah duduk di sofa yang memuatkan hanya seorang.

Qaisha menjongketkan bahunya.

            “Sharing is caring”.Ujar Jannah apabila melihat majikannya yang juga rakan sekelasnya itu mendiamkan diri.

            “Aku macam dah fed up”.

Jannah memintanya menyambung.

            “Masalah handphone,pelajaran,mak bapak aku,reaksi negatif. The latest pulak kes IQ”.Qaisha menggosok-gosok wajahnya.Baju seragam sekolah masih belum ditukar.

            “Bab reaksi negatif tu aku tak berapa nak faham”.

Qaisha bangun dari baringannya.

         “Kau tak perlu faham la”.Qaisha menuturkannya dalam nada yang sama.

Jannah membaling tuala berwarna ungu kepada Qaisha.Qaisha menangkapnya menggunakan tangan kirinya.


No comments:

Post a Comment