Kejadian yang berlaku semalam amat memuaskan hati semua pihak. Puan Rabiah sememangnya guru yang tidak mementingkan pangkat setiap anak muridnya dan dia tidak kisah sekiranya dia disaman oleh pihak penjaga ahli-ahli G3.Mereka bertiga dikehendaki menggantikan tiga makcik cleaner yang baru semalam diberikan cuti tanpa sebab.
Hari ini merupakan hari pertama dia menyertai Kelab Badminton di sekolah ini.Kebenaran daripada abangnya walaupun secara tersirat untuk melonggarkan sedikit syarat-syarat curfew menyenangkan hatinya.Salah satu syarat perintah berkurung yang tidak dapat diterimanya sebelum ini ialah tidak boleh menyentuh sedikit pun bahagian raket.Ini kerana apabila dia menyentuhnya,dia akan susah untuk melepaskannya kembali.Ariz hanya ingin memenuhi permintaan kedua ibu bapanya iaitu untuk melihat kecemerlangan Qaisha.Tidak mahu dia membazirkan separuh dari hidupnya dengan raket.
Target nya sekarang adalah untuk dipilih menyertai skuad sekolah. Mewakili sekolah merupakan cara terbaik buatnya agar lebih rapat lagi dengan raketnya.Itu sahaja yang termampu buat sementara ini.
“Freshgirl?”Soal seorang pelajar perempuan yang sebaya dengannya.
Qaisha sekadar senyum segaris.Tidak dapat menerima gelaran itu.Dia membawa satu raket dan satu bulu tangkis yang menjadi teman setia buat dirinya.Beg raketnya diletakkan di atas bangku.Pelajar-pelajar lain yang berada di dalam kelab yang sama sedang asyik bersembang sesama sendiri.Dia pula melantun-lantunkan bulu tangkisnya di atas muka raket tetapi matanya dibiarkan berkeliaran di sekitarnya.
Tiba-tiba sahaja suasana menjadi terlebih riuh daripada biasa.Dia dapat menangkap pertanyaan ‘kenapa’ tetapi dia tidak melayannya.Dia merasakan dirinya sudah ke belakang apabila pelajar-pelajar lain berkerumun di barisan hadapan.Seperti yang diberitahu Jannah,skuad senior badminton mampu menawan hati setiap gadis.Qaisha tidak mahu mengakuinya walaupun itu bukan jawapan sebenar hatinya.
Earphone walkman hanya dipasang Qaisha di telinga sebelah kanan sahaja. Seorang guru yang berkemungkinan besar seorang jurulatih sedang memberi ucapan pendahuluan.
“Hari ni,kita terus buat rombakan untuk pertandingan peringkat zon dan insya-Allah sampai ke peringkat negeri”.
“Mungkin,rombakan pada tahun ini bakal mengejutkan semua orang.Misi kita tahun ni adalah untuk mengutip banyak pingat emas berbanding tahun-tahun yang sudah.Bukan sahaja dalam acara perseorangan lelaki menengah atas”.Jelasnya sambil memandang tajam skuad perseorangan lelaki yang berada di kedua-dua sisinya.
Ahli-ahli kelab itu mula membuka suara.
“Sebelum tu,kita buat ujian untuk menempatkan kedudukan kamu semua di dalam kelab ini”.
“Test?”Soal Qaisha tetapi suaranya tidak dapat didengari orang lain disebabkan suasana yang hingar selepas pengumuman itu.
“I should know early that you definitely pick this club.Busted”.
Qaisha mengenali suara yang datang dari arah sebelah kirinya.
“You can’t take back your words”.Balas Qaisha.
Ariz pura-pura mengeluh.
“You don’t follow me right?”Soal Qaisha tetapi masih tidak memalingkan wajahnya daripada lantunan bulu tangkis itu.
“What for?Just want to show off my skill to them.Never related to you”.Ariz mengeluarkan raketnya.
Qaisha tersenyum dengan keletah abangnya.Memang suka poyo-kan diri.
“Qaisha versus Liana”.
Dia mendengar suaranya disebut.Dia memberhentikan lantunan bulu tangkisnya.
“Memang malulah kalau kena hentam dengan budak form three”.Ujar abangnya yang merupakan faci untuk pelajar-pelajar tingkatan tiga.
Qaisha menunjukkan riak muka yang susah ditafsirkan.
“Form three?Sengal lah diorang ni.Lawan dengan budak tak cukup umur”.Main sental sahaja mulutnya meluahkan perasaan.
“Easy straight set?Bet?”Ariz mencabarnya.
Qaisha merenung tajam kepada abangnya sambil memberikan senyuman sinis.
“I will do it even you don’t ask it for”.Balas Qaisha.
“Without using your lucky racket?”Ariz mencabarnya lagi.
Qaisha tidak menjawab.Dia memasukkan raket yang digunakannya tadi ke dalam beg yang berada di atas bangku.Dia menukarkannya dengan sebuah lagi raket bagi mengambil cabaran Ariz.
Perlawanan sudah selesai.Seperti yang diketahui,setiap cabaran yang diterimanya pasti akan bertukar menjadi kenyataan.Riak muka kerek yang tidak ditunggu-tunggu abangnya menjelma juga.
“Amacam?Style tak?”Masa ni je la boleh bajet dengan abang sendiri.Kalau dekat rumah,semua benda dia je yang betul.
“Blah la.Budak tu yang tak reti nak main net.So,you take the chance ”.
“Whatever.W.I.N”.Tak puas hati la tu.Ada je benda yang dia nak bidas.Menang tetap menang.
Dia mengesat peluhnya dengan lengan bajunya.
Apa barang guna sapu tangan.Gaya cover cun je… .Qaisha berfikir sendiri apabila dia melihat beberapa pelajar perempuan mengesat peluh menggunakan tisu atau pun sapu tangan.
“Aku tak tahulah apa nak jadi dengan pembangunan badminton negara kalau kau ikut campur”.Satu suara cuba berperang mulut dengannya.
‘Aish,anak siapa pulak yang tak sayang nyawa tu?’
Qaisha menoleh ke kiri.Dia melihat tempat abangnya digantikan dengan seseorang yang amat dibencinya sejak pertama kali berjumpa.
“Aku pulak tak tahu apa nak jadi dengan nyawa kau lepas ni”.
Cap dibetulkan.
“Longing to know”.Balas Ean tenang.
‘Kau memang cari maut’.
“Minta perhatian semua.Ujian telah dilakukan dan kini saya akan umumkan wakil skuad sekolah bersama acara yang dipertandingkan”. Jurulatih Anas sedang membaca sesuatu pada kertas yang dipegang.
Suasana menjadi senyap.
“Perseorangan lelaki,Radzi,Najwan dan Safi”.
Ean menampilkan riak muka tidak berpuas hati.Qaisha pula berpura-pura sedih dengan pilihan coach Anas.
Cikgu Anas memberi isyarat supaya dia dapat menenangkan dirinya. Suasana menjadi hingar kerana selalunya pilihan pertama ialah Ean. Rakan-rakannya yang terpilih juga terkejut dengan rombakan yang berlaku.
Ean memekakkan telinga daripada mendengar pengumuman yang seterusnya.
“Perseorangan perempuan pula,Ika,Jess dan Wani”.
Reaksi yang sama ditunjukkan Qaisha.Pengumuman itu melegakan Ean.Sengaja dia ingin melagakan tapak tangan kanannya dengan Qaisha-Hi-5 tetapi tidak disambut Qaisha.
Keputusan beregu lelaki dan perempuan juga telah diumumkan tetapi nama mereka tidak juga tersenarai.
Qaisha mengemaskan beg raketnya dan jaket bekas pasukannya di UK dahulu tapi tiada siapa yang perasan.Mungkin ia dianggap jaket biasa.Dia sudah berada di pintu gelanggang.
“Beregu campuran ialah Ean dan Qaisha.Ini sahaja satu-satunya beregu campuran sekolah yang kita ada”.Sambung jurulatih itu.
Qaisha menoleh ke belakang.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.
‘Boron trifluoride,aluminium trichloride.Arrhenius,Bronsted’.
Segala benda berkaitan asid di sebutnya.Lagak gaya seperti Harry Potter menyebutkan mentera.
No comments:
Post a Comment