Saturday, 23 April 2011

24

Suasana di dalam kumpulan ini sungguh tegang.Tidak sama seperti dua kumpulan lain yang kecoh memberi idea tersendiri.Masing-masing memandang ke tempat yang lain.Lima minit sudah pun berlalu.

       “Nama group,D4 je la”.Cadang Kent yang memberanikan diri untuk bersuara.

Qaisha langsung tidak menampakkan wajah yang berpuas hati.

        “Aku setuju”.Ujar Ean bersungguh-sungguh.

      “And I’m disagree”.Cepat-cepat Qaisha membantah.

Keadaan kembali sepi seketika.

      “Kitorang tak minta pun persetujuan daripada kau pun”.Bidas Ean sedikit memerli.

Qaisha menarik lengan baju ke atas sedikit.

       “Habis tu,korang fikir kitorang ni tunggul je ke kat sini?Memang tak naklah aku ikut kepala korang je”.Ujar Qaisha dengan yakin.Dia menoleh ke arah rakannya yang lain.

Mereka sekadar menjongketkan bahu.

       “Memang kau tunggul pun.Bukan nak bagi idea apa-apa.” Balas Ean selamba.

Aura Qaisha sudah membara.

        “Aku setuju je apa-apa jenis cadangan tapi janganlah tentang korang berempat je.Agak tak adil la kan.”Giliran Julia pula tapi dalam keadaan takut-takut.

Kembarnya merenung tajam.
       “Habis tu?Nak harap idea kitorang je?Tu adil ke?”Jun membidas pula ayat Julia.

       “Lepak la..okay cuba bagi idea sikit.Kalau tak puas hati,cakap awal-awal”.Oishi menenangkan keadaan.

Cikgu Saiful bangun dari kerusi di meja guru itu.

       “Sebelum saya terlupa ,kita di dalam kelas muzik.Jadi,saya harap nama kumpulan anda berdasarkan nama artis atau kumpulan yang anda gemari untuk dijadikan sebagai pembakar semangat”. Cikgu yang berpakaian baju melayu lengkap itu menerangkan.

Qaisha tersenyum dari muramnya.Ean terbangun dari angannya.

        “BsB”.Serentak mereka berdua mencadangkan.

Mereka berdua mengeluh.Mungkin tidak selesa dengan ucapan serentak mereka sebentar tadi.

Mereka yang lain tercengang seketika.

        “Rasanya takkan ada cadangan lain lagi”.Jannah bersuara perlahan.Memang takkan ada yang akan menyuarakan cadangan lagi kalau ada mesti kena tentang habis-habisan dengan dua orang ni.Takut juga bersuara dalam keadaan sebegini.

Nasib baiklah,kelas muzik sekadar mengambil masa setengah jam dalam seminggu.Tak perlu lah lama sangat berada dalam suasana ini. Tetapi,masih ada banyak lagi pelajaran yang perlu menggunakan kerja kumpulan.Entah apa pula yang akan berlaku nanti.


        “Kau tahu tak,apa yang aku rasa sekarang?”Soal Tasnim.

        “Rasa apa?”Soal Julia.

Mereka bertiga menunggu Qaisha mengambil sesuatu di dalam lokernya.

        “Bengang la.Suka hati je diorang buat cadangan sendiri.”Jawab Tasnim.

Qaisha menoleh kepada Tasnim.Dia masih mencari-cari kunci lokernya di dalam beg sandangnya.

        “Bengang la sangat.Tadi,bukannya nak protes apa-apa”.Usik Qaisha sambil mengeluarkan kunci lokernya.

Tasnim tersengih.Qaisha membuka lokernya.Berterabur surat-surat yang berwarna warni sampulnya keluar dari lokernya.

       “Surat apa pulak ni?Waran tangkap ke?”Soal Qaisha sendiri.Pelajar- pelajar yang lalu lalang terhenti seketika.

Mereka bertiga yang lain tersenyum-senyum.

       “Pahal korang ni?Suka la tu”Soal Qaisha geram.

      “Mestilah suka.Suka tengok kawan kita ni dapat waran chen-ta”. Jannah bergurau.

      “Nonsence.Kawan-kawan aku yang baik hati ni,tak nak tolong aku kemas ke?”Balas Qaisha.

Mereka bertiga tunduk untuk mengutip surat-surat ini.

      “Kau nak baca kat mana ni?”Soal Julia.

      “Baca?Masuk dustbin la”.Jawab Qaisha.

      “Janganlah.Kita baca kat library”.Tasnim memberi cadangan.

Jannah dan Julia mengangguk-angguk.

         “Suka hatilah.Janji kemas dulu”.Kalau abang nampak.Habis aku kena sakat dengan dia.


Julia menunjukkan sampul surat berwarna merah jambu kepadanya.

         “From,Dani 5A2.Saya dah mula suka dengan awak sejak first time saya tengok awak.Saya ni seorang yang agak handsome,pandai main bola,anak orang kaya dan boleh tahan pandainya.Saya harap awak dapat membalas surat saya ni.Saya pasti menghargainya”.Selesai Julia membaca surat itu.Mereka berempat ketawa terbahak-bahak.

           “Poyo gila mamat ni.Entah fakta ke auta”.Kata Julia.

           “Mitos je ni”.Jawab Jannah pula.

          “Dah la colour light pink.Geli aku”.Qaisha menyuarakan pendapatnya  pula.Dia memasukkan surat itu ke dalam satu beg plastic untuk dibawa ke bilik kitar semula.

Ezyana dan dua seangkatannya menghampiri meja kumpulan Qaisha.

             “Sampah apa ni?”Soal Ez dengan nadanya yang menggedikkan sambil memegang surat-surat itu seolah-olah seperti najis.

Ahli-ahli G3 tanpa diundang duduk di kerusi yang kosong sambil membaca surat-surat itu.Sungguh khusyuk mereka membaca isi-isi yang terkandung di dalam surat itu.Qaisha memberikan isyarat mata kepada rakan-rakannya yang lain.

Mereka berempat sudah tidak kelihatan di dalam perpustakaan sekolah ini.Pelajar-pelajar yang lain juga sudah mula begerak keluar dari perpustakaan kerana ingin meneruskan sesi pembelajaran di dalam kelas.
8 minit,45 saat berlalu.

        “Ezyana,Becca,Anne.Anda di alu-alukan untuk segera masuk ke dalam kelas bagi subjek Sejarah”.Suara speaker yang sedang memekak mendapat perhatian pelajar-pelajar di sekolah itu.
Ahli-ahli G3 itu sekadar mengendahkan arahan itu.Mata mereka seolah-olah telah dipukau untuk terus membaca kiriman surat-surat yang bukannya untuk mereka itu.Desperate sangat la tu.

Setelah hampir 20 minit berlalu,pintu bilik perpustakaan diketuk.Puan Rabiah yang merupakan guru matapelajaran Sejarah itu menghampiri sebuah meja.

          “Banyaknya surat”.

          “Main jauh-jauh la.Kacau je…”.Balas Anne sambil membuka sampul surat yang seterusnya.
Puan Rabiah bercekak pinggang di situ.Pelajar-pelajar lain yang berada di koridor perpustakaan menahan ketawa mereka agar tidak mengganggu drama yang sedang ditayangkan.

No comments:

Post a Comment