Friday, 15 April 2011

23

Mereka berpandangan antara satu sama lain dengan riak muka yang berbeza tetapi mempunyai penjelasan yang sama.Jari jemari mula melakukan tugas.Ada yang mengetuk-ngetuk meja,ada yang menggaru-garu kepala dan ada juga yang sibuk mengurut-ngurut dahi.

        “Budak tu pakai tangkal kut”.Fikir Jun.

Mereka yang lain menggeleng.

         “Zaman sekarang ni dah tak main tangkal la.Atau dia main rasuah kut”.Fikir Kent pula.

Mereka yang lain menggeleng lagi.

       “Kalau dia rasuah,kenapa dia sibuk jugak habiskan larian dia?”Tutur Oishi pula.

Ean tidak lagi membuka mulut.

         “Tu kes Cikgu Ammar.Macam mana pulak dengan ujian mengejut? Siapa lagi yang boleh tahu pasal tu kalau bukan kita je.” Jun menukar pula topik perbualan tetapi masih lagi berkaitan dengan Qaisha.

         “Kenapa kita perlu tahu?Dia bukan kacau hidup kita pun kan?” Soal Oishi,seolah-olah ingin membela Qaisha.

Mereka yang lain memandngnya pelik.

        “Kau jangan bagi tahu aku yang kau dah terlekat dengan dia pulak?”Akhirnya Ean bersuara.

        “Mana ada.Impossible okay”.Cepat-cepat Oishi menafikannya.

Mereka yang lain merenung Oishi dengan renungan yang berbeza.

         “Sebelum aku lupa.Esok kita ada job.K.C.J punya prob”.Ujar Oishi. Cuba menyelamatkan diri daripada renungan rakan-rakannya yang cuba membuat andaian tersendiri. Kelab Cegah Jenayah.

         “Kalau form one punya kes.Kau jangan bagi kat aku”.Malas aku nak melayan budak-budak tu.Budak-budak sekarang dah mula main kasar. Tak boleh nak berbaik-baik dah.Keluh Ean.

         “Taklah.Form three punya kes.Handle sama-sama lah.Ramai tau yang terlibat.Almost satu form three”.Sambung Oishi serius.

        “Qaisha,sorry tau pasal semalam.Budak-budak G-Three tu tipu kitoranglah”.Tutur Tasnim lembut.
Julia meletakkan pen hitamnya.

         “Mentang-mentang diorang tak dapat tackle budak-budak D-Four, babitkan kita pulak.Jealous lah tu”.Sampuk Julia.

Kedua-dua kening Qaisha terangkat.

         “Jealous?D4?G3?”Apa benda ni?Nama band ke?

        “Takkan kau tak tahu.D4 tu,Kent,Ean,Jun dengan Oishi.G3 pula, Ezyana,Anne dengan Becca”.Jannah menerangkan.

        “O…”.Manalah aku nak tahu.

        “Jealous tu pulak sebab budak ni la.Kau faham kan?”Tasnim menepuk perlahan bahu Jannah.

Qaisha menutup buka nota Pendidikan Islam nya.Wajahnya seperti berminat dengan perbualan ini.

         “D4 stand as?”Soal Qaisha.

         “Dimentional four.Sebab diorang ada specialities yang tersendiri”. Jawab Julia.

Qaisha membuat isyarat wajah supaya diminta disambung penjelasan Julia itu.

        “Kalau kelebihan yang umum.Diorang ni kira top students la.

       "Kalau secara khas,Kent ni dia ada jawatan tertinggi pelajar so, dia boleh buat apa sahaja yang dia nak dekat sekolah ni.Ean pulak,dia ni pakar gadgets, segala gadgets yang kau rasa tak logik,dia boleh logikkan”.

        “Jun pulak,dia peramal soalan so dia tahu apa soalan yang akan masuk secara detail. Oishi,dia ni agak berbahaya la sebab dia ni haker.Bukan haker yang biasa-biasa.So, jangan harap kau boleh kelentong kan dia”.

Pergh…mantap gila diorang ni.Jadi,kalau diorang ni bergabung memang meletup habislah kan?Fikir Qaisha.

         “Lagi satu,diorang ni semua boleh dikatakan sepupu sepapat FBI or CSI jugak.Diorang memang banyak tolong polis”.Sambung Tasnim.

         “Boleh caye ke?Macam mana kau tahu?”Qaisha tidak berapa yakin dengan kenyataan itu.

         “Kalau dah masuk paper and diakui polis tu sendiri iaitu ayah kepada budak Kent tu,tak cukup lagi ke?”Soal Jannah.

Really?Soal Qaisha di dalam hati.Begitu terkejut.

         “G3 tu pulak?Ada specialities apa?”Soal Qaisha.

Julia dan Tasnim ketawa perlahan.

         “Diorang tu,mana ada apa-apa kelebihan.Kekurangan tu banyak la”.Jelas Jannah.

       “G3 stand as gedik,ganas,gila”.Sambung Julia sambil diiringi ketawa.

       “Huh?”Qaisha masih tidak mengerti.

Mereka berhenti ketawa.

       “Macam ni.G3 ni budak asrama.Gold,Glamour,Gossips”.



       

No comments:

Post a Comment