Ean tergelak-gelak melihat Qaisha yang didenda berlari tiga puluh pusingan di padang yang agak besar ini.Kent dan Jun turut merasai keseronokannya.Hanya Oishi yang memandangnya dengan wajah simpati tetapi apabila berhadapan dengan rakan-rakannya yang lain, dia berpura-pura ketawa.
Apa gelak-gelak?Suka hati je gelakkan orang.Siaplah korang,jangan ingat yang aku akan buat tak tahu dengan apa yang korang buat dekat aku sekarang.Cikgu Ammar tu yang strict gila.Jawapan aku tu dah boleh dikira betul dah.Melampau betul! Qaisha mengeluh sendirian.
Siapa yang tak malu apabila terpaksa didenda sebegini rupa di hadapan khalayak ramai.Bukan sekadar diketawakan oleh pelajar-pelajar senior malahan pelajar-pelajar junior juga.Nak buat macam mana lagi?Redah je la…
“Ni baru lima pusingan,belum lagi cecah dua digit.Memang mati kepanasan la”.Qaisha mengeluh lagi.
“Tu la berlagak bagus lagi.Padan muka!”Seorang perempuan menjerit ke arahnya.
Qaisha menoleh ke arah suara itu.
“Minah mana pulak yang baru keluar dari wad ni?Bikin tambah panas je”.Bisik Qaisha.Darah sekali lagi menyirap.
Ezyana,Anne dan Becca.Mereka bertiga ini menggelarkan diri mereka diva di sekolah ini.
Beberapa langkah larian terdengar di belakang larian Qaisha.
“Aku pun tadi sangka jawapan tadi,-150.Rupa-rupanya salah jugak so aku lari ni bukannya sebab aku dengan kawan-kawan aku nak tolong kau.Kitorang cuma nakkan keadilan”.Ean menjelaskan sebelum Qaisha sempat mengeluarkan bicara.
“Keadilan?”Soal Qaisha.
Kent mengangguk.
“Ya,keadilan.Cikgu Ammar tu memang suka kenakan denda budak-budak yang kurang kaya.Kau faham kan maksud aku?Kitorang pun guna jugak music player dalam makmal tapi tak pernah kena pun”. Tidak mahu pula ada yang terasa.
Oishi mendekati rakan-rakannya yang lain.
“Bukan dekat makmal je.Setiap masa kitorang dekat sekolah ni dengan muzik”.Ujar Oishi pula.
“So,kau buat lagi lima pusingan.Kitorang masing-masing lima pusingan. Boleh?”Jun mencadangkan. Cukup 30 pusingan.
“Aku tak kisah.Jun?”Qaisha memanggil nama kembar kepada Julia itu.
Kening kanan Jun terangkat.
“Esok ada ujian mengejut untuk subjek Sejarah kan?Bagi lah info sikit kat aku sub-topik mana yang banyak masuk?”Sengaja Qaisha menanyakan Jun mengenai perkara itu kerana Jun memang dikenali sebagai Oracle.
Masing-masing terkejut dengan pertanyaan Qaisha.
“Mana kau tahu?”Serentak soalan mereka kepada Qaisha.
‘Mestilah aku tahu sebab aku dah pecah masuk laptop Ariz so aku tahu jadual waktu ujian mengejut.’ Ujarnya di dalam hati.
Soalan mereka terhenti di situ apabila mata mereka tertarik dengan larian Cikgu Ammar ke arah mereka.
“Qaisha,maaf…maafkan saya”.Ujar Cikgu Ammar tercungap-cungap.
Mereka berlima kelihatan pelik dengan pernyataan Cikgu Ammar.
Cikgu Ammar membisikkan sesuatu di telinga Qaisha.Mereka yang lain tidak dapat mendengar perbualan di antara Cikgu Ammar dengan Qaisha.
Wajah Qaisha ternyata sungguh terkejut.
Ariz sedar dengan kehadiran Qaisha di luar pintu dewan.Dia berjalan menuju ke arah adiknya itu.
“Abang,tolong Qaisha.Hari ni je.Please…”.Rayu Qaisha.
Ariz tidak faham dengan apa yang dituturkan Qaisha.
“Tolong pujuk mama dengan papa.Tolong cakap dengan dia orang yang Qaisha tak nak diorang kacau kehidupan Qaisha kat sini”.
“Apa benda ni?Tak faham lah”.Kerutan di dahi Ariz semakin bertambah.
Qaisha menggosok-gosok pelipisnya.
“Tak payah faham.Ikut je.Lagi satu,cakap dengan diorang untuk terus jadi pendana sekolah ni.Abang ugut la sikit.Bagi tahu je la,kalau diorang tak nak ikut cakap Qaisha nanti Qaisha bunuh diri ke?Tak nak makan ke?Pandai-pandai abang la.Janji semua benda ni kena settle”. Balas Qaisha.
“Settle kan apa?” Ariz semakin pelik.
“I gotta go.Ada kelas.Ingat tau,bagi tahu mama ngan papa”.Ujarnya sambil berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment