Kelas menjadi riuh apabila Puan Intan meminta pelajar-pelajar menubuhkan satu kumpulan untuk kerja-kerja projek bagi setiap mata pelajaran.Satu kumpulan dengan lapan orang.Katanya tak mahu banyak sangat kumpulan.
“Macam mana ni?Kita bukannya rapat sangat dengan mana-mana budak kelas ni.Kita empat orang je,mana nak cari lagi empat?”Soal Jun dengan keadaan kerusinya menghadap ke meja Oishi.
Oishi menjongketkan bahu.Dia sekadar melihat pelajar-pelajar di sekelilingnya.
“Nak buat macam mana lagi.Tunggu je lah.Bila dia orang dah habis pilih nanti tinggal empat orang lagi.Tu je lah ahli kumpulan kita nanti”. Jelas Kent yang turut menghadapkan kerusinya ke belakang.
Mereka yang lain mengiyakan pendapat Kent.
Seorang pelajar lelaki datang ke meja Jannah.
“Jan,boleh tak kalau budak-budak saya masuk group awak?” Soal lelaki itu.
Jannah memandang ke arah Qaisha.
“Woi,ada budak nak masuk group kita”.Ujar Qaisha kepada Julia dan Tasnim yang berada di hadapannya.Sengaja Qaisha menguatkan sedikit nada suaranya.
Tengok gaya budak ni pun aku dah dapat agak dia nak try Jannah ni.Kes harta,segala benda boleh jadi.
Ean terus menoleh ke arah Jannah.
“Tak boleh”.Mana boleh.Amirul tu dah la kasanova nombor satu dekat sekolah ni.Aku yakin,dia nak main-main kan Jannah je.
Amirul menghadapkan wajahnya ke arah Ean.
“Apa pasal pulak tak boleh?Urusan peribadi tak boleh masuk campur dalam urusan sekolah”. Amirul memerli.
Oishi bangun.
“Kalau macam tu.Kita tanya tuan punya badan dulu.Dia nak ambik group sape.Boleh kan?” Matanya memandang ke arah Qaisha.
Qaisha melarikan pandangan matanya daripada Oishi.
“Kalau aku,prefer group Ean”.Jawab Tasnim.
“Aku… follow je lah”.Jawab Julia ragu-ragu.Satu group dengan Jun lagi bagus dari satu group dengan budak paling banyak kena public wedding.
Amirul dan Ean memandang pula ke arah Jannah dan Qaisha secara bergilir-gilir.
“I’m free”.Jawab Qaisha pula.
“Ean la”.Jawab Jannah.
Amirul beredar dari situ dengan satu keluhan kecil.
Sebuah senyuman singgah di bibir Ean.
Seperti biasa,dia akan memasang earphone apabila berada di makmal. Dia sudah tidak sanggup lagi mendengar pelajaran yang sama semasa dia berada di UK dahulu.Mata dan jarinya mencari-cari lagu yang sesuai dengan mood nya sekarang ini.BsB-Show me the meaning of being lonely.Dia mengurangkan sedikit volume lagu itu agar dia masih dapat mendengar suara guru yang sedang mengajar.
Pelajar-pelajar yang lain sedang khusyuk mendengar penerangan yang diberikan guru di hadapan.Beberapa pelajar memberi respon apabila guru itu menanyakan soalan yang berkaitan dengan tajuk pelajaran pada hari ini.
Guru itu memandang lama Qaisha yang dari tadi seperti orang sedang mengelamun.Pelajar-pelajar yang lain turut sama menoleh ke arah Qaisha.
“Cikgu perhatikan kau la”.Ujar Jannah yang berada di sebelahnya sambil menepuk perlahan bahu Qaisha.
Qaisha tersedar.Cepat-cepat dia mematikan iPod nya agar tidak diketahui cikgu itu.Meja di hadapannya menjadi penghalang.
“Awak dengar lagu dalam kelas saya?”Soal guru itu lembut.
“Berani gila budak tu”.Bisik Oishi kepada Ean.
Qaisha mengangguk.Jujur.
“Saya akan benarkan awak dengar lagu dalam kelas saya”.
Pelajar-pelajar yang lain membuat bantahan masing-masing.Qaisha dalam keadaan terkejut.
“Tapi,awak kena jawab soalan saya dahulu”.Sambung guru itu lagi.
Pelajar-pelajar terdiam seketika.
“Awak tengok benda ni.Bagi tahu,apa benda ni secara ringkas dengan sekadar melihat.Saya perlukan dua isi penting berkaitan dengan benda ini”.Guru itu mencedok benda itu menggunakan sudu.Dia memegang sesuatu benda seperti kanji dengan sudu yang dijumpainya tadi.
Qaisha bangun sambil memegang iPod di tangannya.Pelajar lain mula berbisik satu sama lain.
“Senyap”.Guru itu memberi arahan.
Qaisha memfokuskan matanya ke arah benda yang dipegang guru itu. Dia mengambil masa seketika. Kemudian,dia tersenyum.
“Ammonia plus water”.Jawabnya tenang.
Guru lelaki itu kelihatan sedikit terkejut.
“Lagi?”Soal guru itu.
“Darjah lebur lebih kurang negative hundred and fifty”.Cikgu ni memang pandai kelirukan orang dengan suasana.Aku pun hampir nak salah tadi.Benda ni langsung tak ada kaitan dengan tajuk hari ni.Lagi pun benda tu tak payah pegang dengan sudu pun tak pe.Nasib baiklah semalam Jannah ada cerita sikit pasal cikgu ni yang suka buat orang salah jawab.
Cikgu Ammar memalingkan wajahnya daripada pelajar-pelajar.Riak mukanya tidak dapat ditafsirkan.Qaisha masih terus berdiri.Ean tersenyum.
“Jawapan dia betul ke,Ean?”Soal Jun.
Ean mengangguk.
“Nampaknya kita dah ada pesaing”.Ujar Kent.
“Aku sokong kau.Sebab dia dah tahu rentak Cikgu Ammar yang suka confuse kan orang.Tapi aku tak rasa dia akan terlepas dari Cikgu Ammar”.Sambung Ean yang faham dengan perangai Cikgu Ammar itu.
Mereka yang lain pelik dengan pernyataan Ean.
Cikgu Ammar menghadapkan kembali posisi badannya.
“You got your punishment.It start from now”.
Qaisha memandang cikgu itu dengan wajah yang tidak berpuas hati.
“Where my bad?”
“Negative hundred and fifty point two”.Guru itu memberi jawapan yang tepat.
Qaisha memetik jari sambil mengeluh.
“Point two pun nak kira ke, cikgu?”Soal Tasnim yang sedang berdiri,ingin membela Qaisha.
Qaisha membuat isyarat wajah menandakan dia tidak kisah dengan semua ini.
Tasnim kembali duduk.
“I take it”.Qaisha memberi jawapan kepada cikgu itu yang lama menunggu keputusannya.
Suasana di dalam makmal kembali riuh.
Cikgu Saiful menerjah rakannya.
“Apa hal ni?”Soal Cikgu Ammar.
“Kau punya salah takkan kau tak sedar”.Balas Cikgu Saiful.
Salah aku?Apa yang aku salah?Aku rasa macam biasa je hari ni.Tak ada apa yang beza dengan hari yang sudah.
“Yang kau pergi denda budak Qaisha tu, kenapa?”Cikgu Saiful menggelengkan kepalanya.
Cikgu Ammar ketawa.
“La…pasal tu pun nak kecoh macam ni ke?Macam benda ni first time je aku buat”. Cikgu Ammar masih dengan ketawanya.
“Boleh pulak kau gelak.Kau tahu tak dia tu siapa?”
“Siapa?”Cikgu Ammar menghentikan ketawanya apabila melihat wajah serius rakan sekerjanya itu.
“Dia tu anak kepada pendana terbesar sekolah ni”.Cikgu Saiful menjelaskan.
“Jangan nak buat lawak lah.Dia scholarship student okay.Macam mana boleh jadi pendana sekolah pulak?”
Cikgu Saiful menggosok dahinya.
“Aku pening la dengan kau ni.Hari tu kan pengetua dah bagi tahu dekat kau masa dalam mesyuarat yang budak Qaisha tu tak nak ada sorang pun pelajar yang tahu pasal diri dia yang sebenar”.Cikgu Saiful merupakan orang kepercayaan Pengetua.Jadi,segala rahsia yang berlaku dia akan tahu.
Cikgu Ammar terdiam.
“Pasal kau denda dia tadi..mak dengan ayah dia nak tarik balik sebagai pendana dekat sekolah ni.Kau tahu kan yang sekolah ni perlukan pendana untuk menang anugerah sekolah terbaik hujung tahun ni nanti.Lepas hujung tahun ni,kalau kau nak denda dia.Kau denda la,kitorang semua tak larang tapi sekarang tolonglah tarik balik segala denda yang kau kasi tu”.
Cikgu Saiful memberi penerangan yang terperinci.Pengetua hanya memberitahu Cikgu Ammar tentang perkara ini kerana dia tahu yang Cikgu Ammar memang pantang berjumpa dengan anak orang susah.Dia pasti akan menyusahkannya lagi.
Cikgu Ammar dalam keadaan gelisah.Kalau terus macam ni,pastilah Cikgu Ammar akan diboikot oleh Pengetua sendiri.Bonus bulanan pun mungkin akan jadi mimpi sahaja lah.
“Apa aku kena buat sekarang?”Soal Cikgu Ammar gelabah.
“Aku rasa baik kau pergi pujuk balik budak tu.Suruh dia call mak dengan ayah dia untuk terus jadi pendana sekolah ni”.
Cikgu Ammar masih dalam keadaan yang serba salah.Satu anggukan kecil dilepaskannya.
No comments:
Post a Comment