Makcik Ani tak datang ke?Bosan lah macam ni.Abang akan sentiasa membebel kalau aku tak pegang buku.So,macam biasa aku akan pegang buku yang dari luaran tertulis buku rujukan Sejarah dan dari dalam komik.
Qaisha mengintai-intai bilik gymnasium kerana selalunya kalau hujung minggu macam ni,dia akan mengeluarkan peluh dekat sini.Panjang umur.
Ariz merenungnya.Qaisha tersentak.Dia terus masuk ke dalam bilik ini perlahan-lahan.
Belum sempat sesiapa bersuara.Loceng sudah pun berbunyi.Mereka berdua turun ke bawah.
Ariz menekan butang di skrin kecil untuk melihat gerangan yang menekan loceng itu tadi.
“Jannah?”
Ariz memalingkan wajahnya kepada Qaisha.
“O…ni la Jannah”.Ariz berjalan ke arah pintu utama dan diikuti Qaisha.
Pintu pagar kecil terbuka sendiri secara automatik.Jannah masuk ke kawasan rumah itu dan terus berjalan ke pintu.Matanya terbeliak sebaik sahaja melihat Qaisha turut sama berada di situ.
“Apa kau buat kat sini?”Soal Jannah kepada Qaisha.
Qaisha memandang Jannah pelik.
“Bukan sepatutnya aku ke yang tanya apa kau buat kat sini?”
“Jom masuk dulu.Nanti abang cerita”.Cadang Ariz.
Qaisha mengangguk menandakan dia faham dengan keterangan yang diberikan abangnya.
“So,kau akan kerja kat sini hujung minggu je la?”
Jannah mengangguk.
“Qaisha pergi bawa Jannah dekat bilik Makcik Ani.Abang nak keluar kejap”.Ariz memberi arahan sambil menggenggam kunci kereta kesayangannya itu.
Qaisha bangun dari duduknya.Dia berjalan ke arah sebuah bilik sambil di ekori Jannah.
“Kenapa kau tipu yang kau ni cucu nelayan?”Soalan yang bermain di fikirannya akhirnya terkeluar juga.
Qaisha duduk bersebelahan dengan Jannah di atas katil.
“Nelayan bukannya pekerjaan yang hina”.
“Memanglah tak hina tapi sekurang-kurangnya kalau kau cakap yang kau anak orang kaya, kau akan lebih dihormati”.Balas Jannah.
Qaisha senyum tawar.
“Tu yang aku tak nak.Dihormati atas sebab darjat.Not my favour. Yang kau pun tipu jugak apa hal?Kau cakap kau ni anak Datuk.Kalau budak-budak kelas kita tu tahu yang kau ni anak pembantu rumah,kan susah tu”.
Jannah mengunci mulut seketika.
“Yelah,aku tahulah yang aku ni anak pembantu rumah je”.Keluh Jannah.
“Aku bukannya merendahkan kau tapi kalau kau mengaku lebih awal kan tak jadi masalah.Budak Ean tu tahu ke tak pasal ni?”
Jannah menggeleng.
“Aku dah agak dah”.
“Macam mana ni?”Soal Jannah dengan riak muka bersalah.
Qaisha sedang memikirkan sesuatu.
“Okaylah,start dari sekarang kita tak boleh tipu apa-apa lagi”.
Jannah mengerutkan dahinya.
“Kena bagi tahu perkara sebenar ke?”Soal Jannah gelisah.
“Tak,aku pun tak bersedia lagi.Maksud aku,kita jangan tipu apa-apa lagi lepas ni.Kalau kau tak reti nak main badminton,kau jujur je dekat Ean.Cukuplah tipu sekali.”Qaisha memandang Jannah.
Kening kanan Jannah terangkat.
“Mana kau tahu yang aku ni nak tunjukkan yang aku ni reti main badminton dekat Ean?”Soal Jannah pelik.
“Sesiapa pun boleh perasanlah,nampak sangat.Start dari hari ni,kau kena back up aku and aku akan back up kau kalau ada apa-apa jadi”.Ujar Qaisha sambil menghulurkan jari kelingking kanannya.Jannah menyambut huluran itu dengan menghulurkan jari kelingking kanannya juga.
Kedua-dua jari kelingking itu terikat seketika.
“Deal”.Kedua-dua mereka menyebut perkataan itu serentak.
No comments:
Post a Comment