Saturday, 9 April 2011

19

       “Boleh tak Qaisha tolong fokus untuk SPM je?Nak main badminton ni ,lepas SPM pun boleh.Abang dah warning awal-awal dah.Kenapa susah sangat nak ikut?”Ariz bersuara tegas.Qaisha cuba mengelakkan daripada anak matanya memandang ke arah abangnya.

Qaisha menggaru kepalanya yang tak gatal.

        “Tapi kenapa?Why must you arrange my life?”Soalan yang sentiasa berlegar-legar di fikirannya akhirnya terluah juga.

Ariz menarik nafasnya dan menghembuskannya perlahan.

       “Because you can’t arrange your life so please stop playing badminton atau Qaisha lebih rela kena curfew”.Aliff berjalan naik ke biliknya.

Buku lima Qaisha menumbuk kuat meja di hadapannya.

        “ Kenapa abang suka sangat suruh aku buat benda yang aku tak suka? Aku bukannya ada kacau hidup dia pun.”Qaisha bercakap sendiri tetapi dengan nada yang perlahan. Kemarahannya terhadap Ariz semakin membuak-buak.

Mak cik Ani menggosok perlahan belakang Qaisha bagi mengurangkan kemarahan majikannya itu walaupun dia tidak mengetahui perkara yang sedang berlaku.


Sewaktu mula-mula masuk sekolah ni,Qaisha telah memilih satu port untuk dijadikan tempat lepak …sepohon pokok yang besar dan jauh dari orang ramai.Lebih kurang hujung sekolah dan atas lagi dari sekolah ni.Sebenarnya sekolah ni juga terletak di atas bukit.Tu pasal la bila masuk kelas je,dia mesti tercungap-cungap.Bukannya Ariz tak nak hantar sampai atas tetapi itu semua kehendak Qaisha sendiri,tidak mahu identiti nya terbongkar.Sanggup berjalan dari bus stop.

Dia menyandarkan badannya ke batang pokok yang rendang itu. Banyak perkara yang bermain di fikirannya.Matanya merenung jauh awan-awan yang tergantung di langit itu.
Cepat betul Qaisha menjawab soalan add-math sebelum dia ke sini. Laju dia meninggalkan rakan-rakan yang lain.

Kenapa sikap abang berubah sejak sampai Malaysia ni?Apa yang dia fikirkan sebenarnya?Atau semua ni memang salah aku sendiri?Aku memang tak boleh nak faham semua ni!

Qaisha membaling batu yang tidak kurang besarnya ke depan.

         “Tengah marah ke?”Ada satu suara yang menegeur dari belakang pokok yang sedang disandar Qaisha .

Qaisha tidak menoleh.

          “Siapa kau?Kenapa kau lapik mulut kau dengan handkerchief?Tak nak bagi aku cam suara ke?”Soal Qaisha bertubi-tubi tetapi anak matanya masih memandang ke hadapan.

Pelajar lelaki itu tersenyum.Mungkin kerana pernyataan Qaisha sebentar tadi.

           “Kenapa kau ada dekat port aku?”Pelajar lelaki itu menukar topik perbualan.

           “Aku boleh blah dari sini”.Jawapan Qaisha tidak seperti selalu. Kebiasaannya dia akan membidas kembali soalan yang dilemparkan kepadanya.

            “Tak…aku tak kisah kalau kau nak guna port ni.Aku cuma guna bila aku betul-betul perlukan je”.Jawab pelajar itu sebelum sempat Qaisha bangun dari duduknya.

Qaisha membetulkan silanya.

         “Maksud kau masa nak ponteng kelas ke?”Sengaja Qaisha mengikut rentak perbualan lelaki itu.Tidak mahu dibuai perasaan. Perasaan ingin tahu tentang perubahan abangnya.

Pelajar lelaki itu ketawa perlahan.

Angin lembut menyapa mereka berdua.Angin yang berkunjung di bukit selalunya boleh mengurangkan tekanan.

         “Hebat jugak permainan badminton kau dengan Radzi semalam”. Lelaki itu memulakan topik perbualan yang baru.

Qaisha tersenyum sendiri.Siapa tak bangga dipuji sebegitu lebih-lebih lagi dalam permainan badminton.

         “Kau tak nak masuk skuad sekolah ke?Nanti ada perlawanan peringkat zon”.Sambung lelaki itu lagi.
Qaisha terus teringatkan abangnya.

          “Aku nak tapi tak boleh”.Jawabnya perlahan.

Lelaki itu mengerutkan dahinya.

         “Kenapa pulak?Kalau kau menang banyak kejuaraan,senang lah kau masuk U nanti”.

Qaisha tidak faham.

          “Aku tak berapa nak faham lah.Apa kaitan badminton dengan Universiti ?”Jujur dia bertanya.

        “Takkan kau tak tahu?Semakin banyak kau menang tak kiralah medal apa sekalipun ,banyaklah point yang kau kutip.Point tu nanti di ambil kira untuk kau masuk U nanti.Bukannya kira pencapaian akademik kau je”.Terang lelaki itu.

Qaisha mengangguk tanda faham.

Maksudnya aku dah ada alasan yang kukuh la kalau abang marah aku bila aku main badminton nanti.Fikir Qaisha.

Akhirnya,aku dapat berbual jugak dengan kau dalam keadaan kau tak tahu siapa aku yang sebenarnya.Aku tak tahu kenapa aku rasa senang dan lapang bila aku dapat berbual dengan kau.Tapi maaf,aku tak bersedia nak tonjolkan diri aku lagi.

No comments:

Post a Comment