Bulu tangkis itu sudah berpuluh-puluh kali melantun-lantun di atas raketnya.
Bosannya ada kelas pemulihan Bahasa Melayu.Ni mesti kerja abang.Saje je buat aku marah.Dah lah nanti balik lambat.Kelas pemulihan pulak dengan budak-budak kelas belakang.Setiap petang Sabtu dengan Ahad pulak tu.Time tu jugaklah banyak cerita-cerita best keluar dekat HBO,Star Movies.Tak payah terima?Memang aku kena curfew la.Tak nak aku.
Dia melihat jam tangan di tangan kanannya.
Lamanya abang ni.Mesyuarat ke mengorat?Dah lah panas ni.
Dia mengesat peluhnya yang mula mengalir di dahinya.
“Siapa benarkan kau guna court ni?”Soal seorang pelajar lelaki yang setahun muda dengan Qaisha dan masih berpakaian sekolah dengan memegang sebuah raket.
Qaisha menoleh ke belakang.
“Kenapa kena mintak kebenaran?Ni court sekolah kan?”Soal Qaisha geram.
Lelaki itu menghampirinya.
“Memang la court sekolah tapi court ni hanya untuk ahli kelab je.Kalau yang bukan ahli, guna court lain.Sah la yang kau ni budak baru.Tak tahu apa-apa,nak berlagak pulak”.Balas Radzi kasar.
Qaisha dah mula naik darah mendengar lentingan pelajar itu.
“Memang aku budak baru kat sini.We make a deal.Kalau aku boleh kalahkan kau dalam first set so aku boleh main dekat court ni.Kalau kau yang menang,aku dengan sendirinya akan keluar dari court ni dengan merangkak.Deal?”Qaisha membuat satu perjanjian yang bakal mengambil risiko yang tinggi kerana pelajar yang dia cabar itu bukannya calang-calang orang.Walaupun dia merupakan pelajar tingkatan empat tetapi dia merupakan wakil sekolah dalam pertandingan badminton dan telah merangkul pelbagai jenis kejuaraan untuk bahagian menengah rendah pada tahun lepas.
Radzi sedikit tersentak dengan perjanjian itu.
“Let’s start the game”.Balas Radzi yakin sambil menuju ke arah gelanggang di sebelah kiri dan Qaisha pula di sebelah kanan.Pada waktu yang sama juga,kerusi-kerusi service judge diduduki dengan beberapa orang pelajar yang memakai jaket sukan yang sama.Kerusi umpire juga telah diduduki ,sepertinya dia bukannya seorang pelajar tetapi guru.
Qaisha memberi hantaran ringkas kepada Radzi dan Radzi membalasnya dengan sempurna.Permainan semakin menarik apabila masing-masing cuba menonjolkan kebolehan diri.Pelajar-pelajar yang lalu lalang tertarik dengan permainan di antara Qaisha dan Radzi. Mereka menghampiri gelanggang untuk menyaksikannya dengan lebih dekat.
“Eleven-six”.Pengadil menuturkan markah.
Qaisha dan Radzi berehat sebentar.Masing-masing menghilangkan peluh dan memandang satu sama lain.
“Aku bagi peluang dekat kau.Kau tarik balik la ayat kau tadi.Kau takkan dapat pecut aku”.Radzi mula berlagak sombong kerana dia telah mendahului Qaisha.
Pengadil sudah mula memanggil mereka berdua untuk ke gelanggang.
Giliran Radzi memberi hantaran.Qaisha sedia dengan taktik barunya. Line shot!Hantaran untuk mengelirukan pihak lawan.
“Seven-eleven”.
“Cepat cari tempat untuk tutup muka sebelum terlambat”.Balas Qaisha yang tidak berpuas hati dengan kesombongan yang dipamerkan Radzi.
Radzi merenungnya tajam.
Pelabagai jenis servis yang dilakukan mereka berdua dan makin bertambahlah mata yang mereka kumpulkan.Kebanyakan pelajar bersorak dan memberi semangat untuk Radzi. Qaisha mula berasa menyampah dan kadang-kadang membuat riak muka yang tidak dapat ditafsirkan.
Servis Qaisha nampaknya menjadi dan situasi sebegini jarang berlaku apabila dia berlawan dengan abangnya.
Qaisha memandang pengadil yang sedang terpaku dengan hantarannya sebentar tadi.
“Saya tak akan teruskan permainan kalau umpire sendiri tak nak sebutkan mata”.Ujarnya kepada pengadil perlawanan.
Pengadil itu membetulkan cermin matanya dan wajahnya bertukar serius.
“Twenty-o”.Dua puluh-sama.
“Thanks”.Ucap Qaisha kepada pengadil perlawanan itu dan segera meneruskan perlawanan apabila dia sudah mula melihat kelibat abangnya.
Dia memberi hantaran dan mula bermain dengan jaring.Nasib menyebelahinya apabila Radzi memberi hantaran tinggi dan memberikan peluang untuk Qaisha menghabiskan perlawanan ini.Dia melakukan jumping smash dan terus mendapatkan mata kedua terakhir.
Dia segera mendapatkan beg raketnya dan keluar daripada gelanggang secepat yang mungkin sambil mengesat peluh yang keluar tanpa sempat mendengar pengadil menuturkan mata.
‘Matilah aku.Abang dah nampak aku lawan badminton tadi.Memang hanguslah aku balik ni’.Keluhnya di dalam hati sambil mengejar abangnya yang sudah jauh ke depan.
No comments:
Post a Comment