Saturday, 9 April 2011

17



Pelajar-pelajar di dalam kelas itu terus menerus merenung rakan sebelahnya.Qaisha turut rasa terganggu.Kadang-kadang dia akan menjeling untuk memerhatikan Jannah.Kalau-kalau ada sesuatu benda yang membuatkan rakan sebelahnya itu menjadi perhatian.Guru matapelajaran Bahasa Melayu sudah keluar 5 minit lebih awal dari yang sepatutnya.

Dua pelajar di hadapan Qaisha menoleh ke belakang.

      “Aku,Tasnim dan dia pulak kembar Jun”.Pelajar perempuan di hadapannya memperkenalkan diri.
Qaisha mengukir senyuman.

       “Maksudnya,kau Julai la ek?”Usik Qaisha.

Tasnim tersengih.Julia pula senyum tawar.

        “Sorry,gurau je.Kau Julia kan?”

Julia mengangguk, kembali ceria.

         “Korang semua pelajar luar kan?”

Mereka berdua mengangguk.Jannah masih dengan kerjanya sendiri.

Qaisha membuat isyarat mata kepada Tasnim tentang Jannah.

        “Dia couple dengan Ean.Betul tak,Jan?”

        “Mmm…ye la kut”.Jawab Jannah acuh tak acuh.Dia sendiri pun tak pasti dengan ajakan Ean semalam. Dia pun tak menjawab apa-apa jawapan.Tiba-tiba hari ni sah pulak dia dah ber couple dengan taiko tu.

Patutlah semua pandang semacam je.

        “Dia ajak kau keluar kan?Times Square.”Bisik Qaisha kepada Jannah.Setelah dia membongkar nombor kod telefon bimbit Ean, banyak benda yang dia tahu.Dekat situ disediakan plan bila sekolah dah bukak.Habis semua dia dah khatam.

Jannah menghentikan pembacaannya.

         “Mana kau tahu?”Soalnya bersungguh-sungguh.Kemudian,dia memandang ke arah Ean.Ean turut bertentang mata dengannya apabila menyedari Jannah memerhatikan dia.Kemudian Ean memandang Qaisha yang tersenyum keseorangan tetapi memandang ke hadapan.

‘Berani betul budak ni!’Tengking Ean sendiri.Dia memang betul bukak aku punya phone. Macam mana dia dapat  guess aku punya passwords.

Loceng rehat berbunyi.

       “Korang tak nak pergi kantin?”Soal Julia.

Qaisha menggeleng.Tasnim mengangguk.Jannah menunjukkan isyarat yang dia akan pergi bersama Ean.
Hampir semua pelajar sudah keluar.Qaisha merasakan ada seseorang berjalan ke arahnya dan duduk di tempat Tasnim.

       “Aku nak kau pulangkan balik phone Ean”.Kent bersuara.Jun dan Oishi menjadi pemerhati.

Qaisha meeruskan pembacaan.

         “Kau tu Ketua Umum.Jangan buat malu keturunan la.Macam mana aku nak bagi? Bukan phone diharamkan ke?Kalau kau benarkan pun aku tak akan bagi selagi phone aku tak dikembalikan.”Balasnya tenang.

Tamparan hebat buat Kent.

           “Aku tak bodoh lah.Kita buat pertukaran dekat luar sekolah”. Kent cuba sedaya- upaya membidasnya.

Qaisha sedang rancak menaip sesuatu.

           “Kent,dilahirkan 3 April,Ketua Umum,Pengerusi Kelab Cegah Jenayah,ahli Kadet Remaja Sekolah,AJK Persatuan Sejarah dan Geografi.Dan tak lupa pelajar asrama.Korang satu group ni budak asrama”.Qaisha menerangkannya secara terperinci.

Oishi pelajar yang paling terkejut.

           “Biodata korang berempat termasuklah Ikhwan,ada dekat sini. Jadual keluar balik asrama pun ada include time korang free untuk fly.Korang baca sendirilah. Buat rugi air liur je aku baca untuk korang”. 

Qaisha bangun dari duduknya dan keluar dari kelas.

Jun dan Oishi segera ke tempat duduk Qaisha untuk mendapatkan bukti.Mereka berpandangan sama sendiri.

       “She is so mysterious.Detail gila…”.Ujar Oishi yang masih lagi terkejut dengan hal yang berlau sebentar tadi.

Oishi dan Jun merenung Kent .

        “Aku tak boleh lah nak berdebat dengan scholarship student lagi-lagi perempuan sebab tu lah aku tak bidas tadi”.Sengaja mencari jalan keluar daripada dianggap sebagai pengecut.

Jun tersengih.

        “Yang aku pelik,ade ke haker guna Microsoft words untuk cari maklumat?”Soal Kent sambil memandang Oishi.

         “Yang aku tahu tak ada la.Tapi tak tahulah kalau level dia lagi atas atau mungkin dia ceroboh fail sekolah”.Oishi menjawab.

Kent dan Jun semakin terkejut.Pelajar-pelajar sudah mula masuk ke kelas.Ean menghampiri mereka.

            “Any important things that I missed?”Soalnya setelah melihat rakan-rakannya itu berada di tempat Qaisha.


Dorm 9 menjadi begitu sunyi secara tiba-tiba.Masing-masing sedang memerah otak. Kadang-kadang terdengar suara mengeluh dan menguap.

      “Kita kena selidik la budak tu.Maybe kena upah budak luar”. Cadang Jun.

Mereka yang lain tersengih.

      “Apa?Aku tak buat lawak la”.Jelas Jun.

      “Kembar kau!Dia budak luar kan?”Kent bertanya sambil tersenyum.

Jun seolah-olah menyesal dengan apa yang dia cadangkan kerana hubungannya dengan kembarnya tidak begitu rapat.

       “Tapi…”

     “Tak ada tapi-tapi.Tolonglah”.Ean mencelah.

Jun mengeluh.

      “Aku tak janji apa-apa.Kau tu kan ada Jannah.Dia budak luar jugak”. Jun cuba membela dirinya.

Ean pula menjadi mangsa.

       “Nanti dia ingat aku nak tackle budak tu pulak.Lagi timbul masalah nanti”.Ean memberikan alasan.
Kent dan Oishi sekadar mendengar.Pelajar asrama dan pelajar luar memang tak boleh bersependapat.Mungkin tradisi.

     “Sama lah dengan aku.Kau ingat dia tak fikir macam tu ke?”Soal Jun dengan nada yang kuat.

       “Relax la…takkan pasal budak baru tu korang nak gaduh kut?” Kent menenangkan keadaan.

Jun dan Ean senyap sahaja.

        “Kita guna cara lain kalau cara ni tak boleh.Aku tak tahu pulak korang ni takut dengan perempuan”.Balas Oishi yang sedang bermain shooting games menggunakan iPad. Sengaja dia menggunakan psikologi.

Mereka berdua merenung tajam Oishi.

        “Siapa kata?”Serentak mereka berdua menyoal.

No comments:

Post a Comment