Saturday, 9 April 2011

16

Kerusi dan meja dewan sudah pun siap disusun oleh pelajar-pelajar tingkatan satu.Suasana bising tidak dapat dielakkan.Pengawas- pengawas sekolah menjalankan tugas tetapi masih ada yang membuka mulut.Sudah menjadi kebiasaan mulut-mulut yang bising ini berasal dari pelajar-pelajar senior.

        “Mike okay tak?”Soal Kent yang merupakan Ketua Umum bagi tahun ini.

Ean menegakkan ibu jarinya.

         “Speaker?”Soalnya lagi.

         “Semua okay la.Tak payah la risau”.Jun yang turut berada di belakang pentas menjawab.

Kent tersenyum.Dia cukup yakin dengan kecekapan rakan-rakannya ini.Hatinya tenang sahaja walaupun hari ini merupakan hari kedua dia menjadi seorang Ketua Umum.Seperti tahun-tahun yang lalu,seorang pelajar tingkatan satu di dalam setiap kelas akan dipilih untuk melakukan persembahan bagi majlis permulaan pengajian.

           “Korang nak jaga belakang pentas ke?”

          “Aku je”.Oishi menjawab.Mereka yang lain ingin melihat dari hadapan.Sengaja ingin melihat muka-muka yang berbakat ini dengan lebih jelas.

Mereka bertiga sudah turun dari belakang pentas.Sudah pun kedengaran suara pengerusi majlis mempersilakan seorang pelajar membuat persembahan.Oishi pula tidak tinggal keseorangan.Dia ada bersama beberapa fasilitator yang lain untuk mengawasi kedaan di sini.Oishi sekadar melayan internet.Malas ingin mengikut campur urusan fasilitator yang sedang rancak berbual.

      “Why me?Dah la Qaisha budak baru.Nanti orang ingat Qaisha kejar populariti pulak”. Rungutnya perlahan.Abangnya selalu buat keputusan mengejut tanpa memberitahunya terlebih dahulu.

Ariz membuat muka kesian.

       “Susah la nak cari orang yang hafal lagu ni.Lirik Qaisha kejap je kan? You just sing Hayley’s parts..yang lain budak tu nyanyi.Belakang pentas pun jadilah.Kesian lah kat budak form one tu.Okay?”Ariz memujuk adiknya sebaik yang mungkin. Mungkin silapnya juga,beritahu last-last minit.

Qaisha mengambil mikrofon yang dihulurkan abangnya.Tanda setuju.

       “Kini dijemput adik Syafiq untuk melakukan persembahan. Dari lagu Airplanes”.Pengerusi majlis itu bersuara.

Syafiq bangun dengan hati yang berdebar-debar dari tempatnya.Dah la tak tahu dengan siapa dia akan menyanyi.Pelajar-pelajar di bawah pula senyap menanti persembahan dari pelajar tingkatan satu itu.

       “Airplanes.Bukan duet ke lagu ni?Budak ni boleh rap ke?”Soal Ean kepada Jun yang berada bersebelahan dengannya.

       “Entah-entah miming je”.Balas Jun diiringi dengan senyuman sinis.

Syafiq yang sudah berada di hadapan pentas memandang ke belakang. Ingin mengetahui pasangan duetnya.Dia membuat isyarat kepada Ariz. Pelajar-pelajar di bawah sudah membuka mulut.
Ariz pula membuat isyarat kepada Qaisha.

Qaisha menegakkan jarinya kepada Ariz.Ariz bersedia dengan laptopnya untuk memasang suara instruments.

Pelajar itu menghadap ke hadapan kembali selepas melihat anggukan Ariz.

         “Can we pretend that airplanes in the night sky are like shooting stars….I could really use a wish right now,wish right now,wish right now”.Qaisha menyanyikan lirik lagu ni secara dua kali.Dia sudah menghafal lirik lagu ini.Merdu suaranya.

Sebahagian pelajar yang sedang menyaksikan persembahan ini ada yang terpaku dan tidak kurang yang berbisik-bisik.Kent dan Jun pula berpandangan.Masing-masing tertanya-tanya.

             “Yeah….I could use a dream or a genie or a wish.To go back to a place much simpler than this.Cause after all the partyin’ and smashin’ and crashin’ and all the glitz and the glam and the fashion.And all the pandemonium and all the madness.There comes a time where you fade to the blackness.And when you’re starring at the phone in your lap.And you hoping but them people never call you back…………”.  Syafiq bersemangat menyanyikannya dengan rap apabila mendengar suara pasangan duetnya sebentar tadi.Pelajar-pelajar pula  bertepuk tangan dan bersorak.

Qaisha menyanyikan liriknya apabila tiba gilirannya pula.Dia seronok mendengar pelajar tingkatan satu itu ber-rap.Dia dapat mendengar sorakan yang lebih gemuruh daripada persembahan-persembahan yang lalu.
Oishi yang baru tersedar mendengar gema seperti suara seseorang menyanyi itu terus bangun.Takut-takut ada kesilapan teknikal yang berlaku.Dia mencari-cari kesilapan itu.Dia terdengar ada suara yang membuat ad-lips semasa Syafiq melakukan persembahan.

Persembahan sudah pun selesai.Tirai ditutup.Syafiq tidak turun dari pentas,dia berjalan ke belakang pentas.Qaisha tersenyum memandangnya.Tapak tangan kanan mereka berdua bertemu.

        “Terima kasih,kak”.Pelajar itu mengucap kata penghargaan.

        “Small matter.Rap kau pun lancar jugak”.

Pelajar itu tersenyum bangga mendengar pujian itu.

        “Qaisha?”Terdengar satu suara menegurnya.

No comments:

Post a Comment