Langsir bilik tidur Qaisha dibuka.Makcik Ani menggeleng-gelengkan kepalanya melihat tubuh Qaisha yang masih tidur walaupun sudah pun pagi.Aliff sudah pun berada di meja makan.Menikmati sarapan pagi yang disiapkan Makcik Ani.Makcik Ani merupakan pembantu rumah mereka berdua.Semua ini di uruskan oleh maksu mereka.
Suis penghawa dingin ditutup.
“Qaisha,dah pukul 6:30 pagi.Hari ni kan hari pendaftaran sekolah”. Ujar Makcik Ani sambil menepuk-nepuk perlahan bahu majikannya ini.
Qaisha memusing-musing badannya.Masih lagi belum sedar dari fantasi.
“Dah 6:30 pagi…bangun!Kalau tak jalan kaki !!”Jerit abangnya yang berada di pintu bilik tidur Qaisha.
Qaisha mengeliat.
“Kat UK sekarang malam lagi”.Balas Qaisha dalam tidur.
Makcik Ani tersenyum melihat keletah Qaisha.Ariz pula mengeluh. Ariz membuat isyarat kepada Makcik Ani supayaberundur setapak.Biar dia sahaja yang menangani masalah ini. Pada mulanya,makcik Ani ragu-ragu dengan arahan Ariz tetapi dia akur juga.
“Kalau Qaisha tak bangun sekarang.Rain will fall on you”.Tegas Ariz sambil tersenyum-senyum melihat pasu bunga kecil di meja yang terletak di sebelah katil Qaisha.
Qaisha belum lagi berada di alam realiti.Dia menarik selimut berwarna ungu itu sehingga ke mukanya.
“Don’t try to challenge me”.Tutur Ariz dengan nada perlahan.
Ariz membuang bunga yang ada di dalam pasu yang dilihatnya tadi. Dia menarik selimut yang menutupi wajah adiknya itu lalu menuang air yang ada dalam pasu itu tepat ke arah wajah adiknya.Jadi benarlah kata pepatah,sediakan payung sebelum hujan!
“A-bang……!!!”Jeritnya sekuat hati.Kalau dalam drama maybe dia orang dah buat jarring effect.
“Bisul telinga aku”.Balasnya perlahan sambil menggosok-gosok telinganya semasa dia sedang menutup pintu bilik itu.
Dia memperbetulkan bahagian rambut depannya itu.Qaisha berasa janggal memakai uniform sekolah.Baju kurung.Dekat sana,skirts la. Dia merenung ke luar tingkap.
“Jauhnya”.Rungutnya sendiri.
Ariz yang sedang memandu SLR McLaren yang baru terbang dari United Kingdom itu memandang sekilas adiknya itu.
“Siapa suruh tak nak duduk hostel.Start from tomorrow,kena bangun pukul lima pagi.No excuses”.Balas Aliff.Dia merupakan salah seorang fasilitator di sekolah yang sama Qaisha belajar.
Sekolah menengah yang akan mereka pergi ini mempunyai dua servis. Hostel dan pergi balik.Kena pilih satu.Tapi kebanyakannya lebih memilih hostel.Mungkin ramai yang berasal luar dari kawasan ini.
‘Bagilah sejuta USD pun,aku tetap tak nak dan tak akan duduk asrama’. Tuturnya di dalam hati sambil berpeluk tubuh.
Pelajar-pelajar sedang sibuk membuat kerja sendiri.Ada yang sudah pun memasang internet.Setiap meja dibekalkan satu komputer ,kelas berhawa dingin dan dinding kelas mereka adalah jenis soundproof. Khas untuk kelas pertama bagi setiap tingkatan sahaja.
Ean asyik memerhatikan tingkah laku Jannah tapi dalam keadaan yang tidak mencurigakan.
“Cukup-cukup la tu”.Usik Oishi yang sedang sibuk mencari maklumat tentang ‘penculik’ yang dikatakan Ean itu.
“Tak la…aku tengok benda lain”.Balas Ean gelisah.
Kent menoleh ke belakang,diikuti dengan Jun.
“Siapa?Budak mana?”Soal Kent sambil tercari-cari pelajar yang diperhatikan Ean.
“Mana ada la”.Laju Ean menjawab.
“Kau pulak tengah cari info pasal sape?”Soal Jun kepada Oishi.
“Penculik yang aku cerita tu la”.Sampuk Ean.Tidak mahu melayan karenah Kent.
Mereka berdua mengangguk.Tidak mahu menganggu.
“Siapa yang tak ada lagi?Satu meja kosong”.Tutur Kent sambil menoleh ke arah Jun.
Jun menjongketkan bahu.
Seorang guru perempuan masuk ke dalam kelas.Secara automatik pelajar-pelajar terdiam dan berada di tempat masing-masing.Seperti ada sebuah alat kawalan yang mengawal mereka.Guru perempuan itu duduk di tempatnya.
Pintu kelas diketuk.
Sebahagian pelajar memandang ke arah ketukan itu.Guru perempuan itu menyuruhnya masuk.
Qaisha masuk dengan muka toya sambil menggalas beg raket badmintonnya.
Suasana menjadi riuh kembali.Oishi orang yang paling terkejut.
“Ean,ni ‘penculik’ tu kan?”Soalnya perlahan kepada Ean yang berada di sebelahnya.Matanya bergilir-gilir memandang Qaisha dan foto gambar di dalam komputer itu.Cuma warna rambut yang berbeza.
“Okay,sekarang aku mengaku bumi ni kecik”.Balas Ean ringkas.
Qaisha berada di hadapan kelas itu seperti yang diarahkan dan mukanya jelas menunjukkan yang dia tidak suka dengan situasi sebegini.
“Introduce yourself”.Guru itu memberi arahan.
Qaisha sedang menyusun ayat di mindanya.
“Sofi Nur Qhuraisha.Panggil Qaisha.Orphan and duduk dengan atuk ngan nenek.”Dia berbohong.
“So,students ada nak tanya apa-apa?Dia merupakan scholarship students”.
Tag namanya berwarna biru jadi jelas menunjukkan yang dia merupakan pelajar biasiswa.
“Kerja apa?”Seorang pelajar perempuan yang duduk di hadapan sekali bertanya.
Qaisha mencari pekerjaan yang sesuai buat atuknya.
“Nelayan”.
Suasana semakin hingar.Mungkin mereka cuba membuat andaian tersendiri.
“Cikgu,saya rasa dia salah kelas.Ni bukan court”.Jun memerli sambil ketawa.
Pelajar-pelajar lain turut menyambung ketawa Jun.
‘What’s now?Cari onar dengan aku?’Tengking Qaisha di dalam hati.
“Saya dapat tahu hari ni just icebreaking,so if it’s wrong if I brought this badminton racket?If it’s prohibited in this school’s rule?” Balasnya tenang.Dia memang cukup geram kalau ada yang mengkritik apa-apa berkaitan dengan badminton.
Pelajar-pelajar lain tersentap mendengar jawapan daripada Qaisha. Sebenarnya,di dalam sekolah ini.Tidak ada sesiapa yang berani melawan balik perkataan dari ahli kumpulan ini.Terdiri daripada Oishi,Ean,Jun dan Kent.Kira taiko la dekat sini.D4.
Jun terduduk.Tidak pernah sesiapa pun melawan balik perkataannya. Oishi tersenyum. Ean hanya memikirkan telefon bimbitnya.Kent pula berasa tidak berpuas hati dengan tindakan Qaisha.
Qaisha diarahkan duduk di sebelah Jannah.Hanya itu tempat duduk yang tertinggal.
No comments:
Post a Comment