Hate=love
Bab 4
Kuala Lumpur International Airport tidaklah begitu sesak tetapi hati Ean yang terasa begitu sesak.Ini kerana handphone kesayangannya telah lesap.Memanglah telefon bimbit yang berada di tangannya ini sama jenis dengan kepunyaannya.Tapi tetap berbeza!Nasib baik dia hafal nombor Oishi.Kalau tak memang susah nak contact lah.Dia teramatlah risau akan tahap keselamatan , kesihatan dan tidak lupa ke-handsome-an telefon bimbitnya.Dah lah orang Perak yang dapat telefon dia tu. Memang susah nak cari lah sebab dia tinggal di daerah Gombak.Dan sekarang dia ingin terbang ke New York.Ean rasa ingin menjerit sekuat-kuat hatinya.Kalau dia telefon tuan punya telefon ini pun sudah tak ada gunanya.
Tekad jugak…
“Woi.”
Qaisha tersentap.Ni nombor aku.Takkan telefon aku telefon aku?Baru lah dia perasan dia sudah bertukar telefon bimbit.Memang maki hamun lah dia dalam hati.
“Pulangkan balik telefon aku.Pencurik!”Tengking Qaisha.
Bila masa aku curi?
“Kita sama-sama curik..adil okay.Aku dah tak boleh nak ambik telefon aku,so kau pon tak boleh ambik telefon kau lagi.Aku nak kau polish setiap pagi and jaga betul-betul telefon aku tu.Aku pon akan jaga telefon kau betul-betul.”Memang kerja gila lah ni.Dah lah tak kenal siapa yang pegang phone aku ni.Gaya macam boleh caya je dengan budak perempuan ni.
Aik,selamba je bagi syarat.Sasau betul.
“Habis tu bila aku nak dapatkan handphone aku balik?”
Ibu Ikhwan sudah memanggilnya.Tanda untuk naik flight.
“Tengoklah nanti.Jaga leklok tau phone aku tu”.
Ean segera menekan butang merah apabila mendengar panggilan ibu dan ayahnya.
‘Alamak lupa nak pesan,jangan serbu aku punya mesej dan yang lebih utama reminder dengan note.Tak pelah,lagipun aku buat password. Takkan dia boleh pecahkan password aku kut.Memang tak mungkin.’
Bab 5
‘Dari Abu Hurairah semoga Allah meredhai ke atasnya berkata:Sabda Rasulullah selawat dan salam ke atasnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah dan tidak menyusahkan agama bagi seseorang melainkan dia yang menyusahkan dirinya sendiri.Maka penuhilah, dekatilah, khabar(baik) yang menanti dan pertolongon dengan waktu siang,senja dan waktu malam.’
Hadis sahih di ataslah pelajaran pertama untuk Qaisha di dalam tempoh masa sebulan setengah ini.Qaisha perlu memahami apakah itu sebenarnya Islam.Orang kafir menganggap kita sebagai pengganas tetapi adakah itu realitinya?Tidak sama sekali.Islam itu ajaran yang sempurna,sejahtera,aman,menyerah dan benar.Islam tidak pernah mengajar kita melakukan perkara-perkara yang salah seperti berzina, membunuh dan sebagainya.Malah Islam mengutuk perbuatan-perbuatan tersebut.Islam itu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang ternyata jelas kesahihan serta kebenarannya.Tetapi masih ada lagi yang ragu-ragu tentangnya.
Sudah banyak fenomena yang menakjubkan yang telah Allah tunjukkan.Sebagai contoh sarang lebah yang membentuk kalimah ‘Allah’ di Turki.Kalimah ‘bismillah’ di terung.Kelihatan bulu kambing tertulis ‘Muhammad’(Arab) di Afrika Utara.Semua ini bukannya hasil seni manusia tetapi secara semula jadi yang telah Allah tunjukkan kepada kita.Bukti sudah jelas tetapi hati masih lagi tertutup.Mengapa?
Berapa kalikah kita memuji Allah dengan menyebut ‘Subhanallah’ berbanding kita memuji artis-artis kegemaran kita.Berapa kalikah kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang telah Dia berikan dengan menyebut ‘Alhamdulillah’?Berapa kalikah anda berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad? Kenalkah kita dengan pejuang-pejuang Islam yang sanggup berperang darah semata-mata ingin menjaga maruah Islam?Sudah cukupkah ilmu kita untuk berhadapan dengan orang-orang kafir bagi menegakkan Islam?Hafalkah kita serta fahamikah kita ayat-ayat Al-Quran jika dibandingkan dengan menghafal lirik-lirik lagu yang sekadar memenuhi hawa nafsu? Penuhkah solat fardhu kita dan jika tertinggal pernahkah kita menqada’kannya?Sudah cukup banyakkah pahala yang kita terima?Sekarang tanyalah diri anda sendiri dengan sejujur yang mungkin.Layakkah anda menjadi penghuni ahli syurga?Tempat yang abadi dan telah dikhaskan Allah untuk hamba-hamba-Nya yang taat akan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya sahaja.Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan yang belum tentu boleh kita jawab dengan senyuman dan senang hati.
Qaisha agak tersentap dengan segala persoalan yang dibacanya itu. Buku berkisarkan Islam itu didakapnya sebelum matanya terlelap.
Bab 6
Qaisha berasa lidahnya terasa begitu kaku ingin menyebut perkataan ‘abang’ itu seperi yang disuruh opah.Sebut nama je apa salahnya. Perkataan ‘abang’ tu macam gelaran isteri dekat suami je. Fikirnya sendiri.
Mata opah masih merenung ke arahnya.Menunggu masa.Qaisha sudah menggeleng-geleng kepala sambil memerhatikan Ariz yang sedang membaca suratkhabar.
“Along tak boleh ke?”Sekurang-kurangnya.
Geleng.
“Geli lah…”Qaisha membuat muka kesian kepada opahnya.
Opah merenung tajam.
Adoi,salah ke adik beradik sebut nama je?Tak payah nak ber ‘adik’,ber ‘abang’. Menyusahkanlah.Ariz tak comment pape pon.Opah je yang lebih-lebih.Kononnya lebih mesra.Sebelum ni tak mesra ke?
Qaisha tersenyum sendiri mendengar soalan yang dirangka mindanya sendiri.Entah apa-apa tah.
“A……”Suaranya terhenti.Memang susah betul nak sebut!
Ariz yang pelik dengan kondisi adiknya itu melipat surat khabar dan memandang pelik ke arah adiknya yang berhadapan dengannya itu.
“A……”
“Ariz...pe yang susahnye sebut nama tu?”Gagap ke adik aku ni?
“A…..bang”.Akhirnya….
Hampir tersembul biji mata Aliff.
‘Ni betul ke Qaisha?’
“Opah yang suruh.Bukan..tapi paksa.So,jangan nak pikir bukan-bukan.Me always me”.Balas Qaisha apabila menyedari reaksi abangnya yang begitu menjengkelkan dirinya.
Ariz tersengih ke arah opahnya yang menegakkan ibu jari kanan dan kiri kepadanya.Apa lagi,mulalah Ariz menyakat Qaisha.Sengaja dibuat-buat cerita yang Qaisha ini gagap orangnya.Memang perang habis lah kedua-dua adik beradik ni.
Tangannya dari tadi membelek-belek Nokia N8 itu.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menziarah isi telefon bimbit itu.Dia pergi ke bahagian gambar.Dia melihat seorang perempuan berlatar belakangkan menara Paris.
Budak ni la yang cilok aku punye phone.
“Jaga phone aku betul-betul.Ingat,polish guna kain bersih, jangan guna kain buruk pulak”.Ujar Ean kepada perempuan yang berada di dalam skrin telefon itu.
“Kau ingat kau dekat depan menara Paris aku takut?”Apa pulak kaitan takut dengan menara Paris?Dia bertanya soalan yang dia sendiri keluarkan.
Pergi bahagian lagu-lagu pula.
“Same interest”.Backstreet boys.BsB.
Berderet lagu dari Backstreet Boys dari atas sampai la ke bawah.Ada jugalah lagu dari penyanyi lain yang terselit.Demi Lovato,Miley Cyrus, Kelly Rowland. Kalau lelaki pulak.Akon,Jason Mraz,Justien Bieber. Ramai lagi lah…tapi semua stock orang putih je.
Ean menekan lagu I want it that way.Bibirnya mula mengukir senyuman dan terus menyanyikan lagu itu mengikut rentak lagu itu sendiri.
Bab 7
Perintah Tok Wan belum lagi dia turuti.Matanya sekadar memandang haiwan yang sepatutnya ditangkap.Badan dah rasa lain dah.Adik perempuannya yang berdiri bersebelahan dengannya sudah menegakkan ibu jari kanan dan menjelir lidah.Padan muka.
“Goodluck”.Perli Qaisha.
Siku Ariz dah gatal dah ni.Rasa macam nak backhand je budak sebelah ni kalau diberi peluang.
“Awat tercegat lagi dekat situ…”.Tok Wan dah mula bersuara.
Bibir Ariz senyum segaris.
Kakinya memulakan langkah.Perlahan-lahan dia menghampiri ayam itu. Step by step.Start with right leg and then left leg.Gaya macam perompak pulak.Aliff terpijak sehelai daun yang begitu kering dan menimbulkan bunyi.Ayam itu memberikan reaksi positif bagi Qaisha dan negatif bagi Ariz.Ayam itu bermaraton agar tidak dapat ditangkap oleh seorang manusia.Ariz bersungguh-sungguh mengejar ayam itu sehinggalah ke semak.
Qaisha pula sibuk merakam aksi kejar mengejar abangnya itu dengan kameranya.Kalau di-upload ke dalam youtube memang habis kena pancung dengan Ariz.
“Abang,takkan dengan ayam pun kalah kot”.Jerit Qaisha sambil diiringi ketawa.Dia juga dalam proses sedang membiasakan diri menyebut perkataan ‘abang’ itu.
Ariz tidak melayan ‘kata-kata semangat’ yang dilontarkan adiknya itu.Otaknya sekarang hanya bergerak untuk berfikir cara untuk menangkap ayam itu.
Qaisha mencampakkan ke arahnya sebuah kotak besar.Ariz membalasnya dengan senyuman.Senyuman yang boleh memukau mana-mana gadis yang melihatnya.
“Don’t give me that jerk smile”.Balas Qaisha.Itulah senyuman abangnya yang paling dibencinya.Kerana jika dia terlebih menghayati senyuman itu,dia juga akan ter-fall in love dengan abang sendiri.
Lagi Qaisha melarang.Lagi Ariz melemparkan senyuman itu.
Akhirnya,dapat juga Ariz mengurung ayam itu tetapi bab nak pegang dengan sembelih ayam tu.Cepat-cepat dia buat pelbagai jenis alasan kepada Tok Wan. Dan yang memeranjatkan, Tok Wan terima alasannya itu.
No comments:
Post a Comment