p/s : cerita pasal latar belakang budak-budak sekolah yang berbeza
Bab 1
Rambutnya yang lurus dan ikal di bahagian hujung dihembus perlahan angin Malaysia.Sengaja abangnya menyuruh pemandu itu membuka tingkap.Katanya sudah lama tidak merasai udara di sini.Qaisha membuat isyarat mata ke arah abangnya.
Kedua-dua anak matanya memandang tajam dan tepat ke anak matanya seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya itu.
Geramnya…dia dah tahu pasal kes kena balik Tanah Melayu,lepas tu tak kasi tahu aku.Maksu ni pon satu,tiba-tiba je nak balik Malaysia.Ada siapa je dekat Malaysia ni?Baik duduk dekat UK,lagi ramai kawan.
“What’s wrong with you?You think you can scared me?Insane.” Ariz Nur Eimran yang menyedari dirinya diperhatikan mula menyoal. Hubungan kedua-dua adik beradik ini memang lah jauh.Kalah langit dengan bumi.Kadang-kadang rasa macam bukan adik beradik kandung pun ada.Qaisha memang banyak mengalah la,baginya yang kalah itu merupakan pemenang tapi kadang-kadang tak tahan jugak asyik nak jadi pemenang je.
‘What’s wrong with you?You think you can scared me?Insane’.Qaisha mengajuk soalan abangnya dengan nada yang sama.Dan lebih menjengkelkan.Tetapi sekadar di dalam hati.Bukannya berani sangat.
Limousine yang membawa mereka berhenti.Mungkin sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju.Aida dan Ariz keluar dan mengambil bagasi-bagasi mereka.Qaisha sekadar menurut dengan hati yang masih berwap .
Selepas selesai mengambil barang sambil dibantu pemandu itu,Maksu memberikan beberapa wang ringgit seperti yang diminta pemandu itu.Wang ringgit itu nampaknya masih baru kerana baru habis tukar wang dollar ke ringgit Malaysia.
Selepas selesai mengambil barang sambil dibantu pemandu itu,Maksu memberikan beberapa wang ringgit seperti yang diminta pemandu itu.Wang ringgit itu nampaknya masih baru kerana baru habis tukar wang dollar ke ringgit Malaysia.
Hatinya yang tadi berwap sudah bertukar menjadi berasap.Stay in Malaysia for a year?Sakit ke Maksu ni?Kalau ye pon nak duduk dekat Malaysia tak payahlah sampai ke Perak.Bungalow sebijik dekat KL tu kan ada.
“Dah besar panjang dah kome berdua ni”.Opah memulakan perbualan.Loghat Opah tidaklah begitu pekat kalau nak dibandingkan dengan penduduk-penduduk yang lain.Lagi pun opah kan asal Kedah.
Ariz mengukir senyuman buat Opah dan bangun untuk menyalam tangan Opah.Tetapi berbeza dengan adiknya yang masih duduk dan membuat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku.
“Sofi,salam dengan Opah.”Arah Maksu lembut.Qaisha membuat muka.Aura menyebai nya dah sampai.Kakinya dihentak-hentakkan sedikit apabila menuju ke Opah.
“Tak usah dipaksa,Aida.”Balas Opah apabila melihat reaksi cucunya itu.Berbeza sungguh Qaisha yang dulu dengan sekarang.Rambut dah kena celup emas habis.Bahasa Malaysia pun dah pelat-pelat sikit.Bukan pelat macam budak dua tahun cakap BM cuma susah sedikit ingin menyusun ayat di dalam Bahasa Malaysia.Wajib aje ada perkataan Inggeris di dalam percakapannya.Mana taknya tujuh tahun tinggal di UK.Dekat sana pun dia mana ada kawan dengan budak-budak Malaysia.Tu pasal speaking je memanjang. Kuku dah kena cat dengan ‘Jotun’.Nasib baik pakai yang jenis yang boleh padam tu.Kalau tak memang susah la nak kikis balik.Dari segi pakaian pun masih ke arah barat.Sikapnya dengan abangnya memang jauh beza.Ariz tidak pula terkena ‘culture shock’ seperti adiknya itu.
Bab 2
Tahun ni tahun terakhir baginya untuk menamatkan zaman sekolah menengah.Tadi baru Oishi call,dia kata pengetua dah tukar.Lelaki.Apa yang mendukacitakan baginya ialah pengetua tu memang susah nak kamceng dengan dia.Sebab pengetua baru tu warak.Dah Haji dah pun. Lain la kalau dengan pengetua yang dulu.Apa yang dia buat semuanya betul.Tu yang best.
Tahun ni malas nak teruskan watak playboy lah.Bosan,budak-budak perempuan sekolah tu bukannya sporting.Merajuk je memanjang.Dah tak larat aku nak melayan segala jenis rajukan and tangisan diorang. Tahun ni nak try jadi budak baik ke?Buat gaya Baby face ke?Hahaha.. lawak pulak aku rasa.Sekarang nak buat apa?
PSP disebelahnya dibaling ke sebelah kanannya.Jangan risau,tak pecah pon sebab sekarang dia tengah baring dekat atas katil.PSP tu pun landing baik atas katil jugak.
“Aiman,telefon lagi bunyi.” Pembantu rumahnya menjerit dari bawah.Bukannya pembantunya itu tidak mahu membawa telefon itu terus ke bilik Ean tetapi perkara itu telah dilarang olehnya semasa pertama kali pembantu rumahnya ini menjejakkan kaki ke rumah ini.
Alahai,telefon tertinggal dekat bawah ke?Malasnya..
Dia bangun dan berjalan ke bawah.Matanya yang tajam dapat mengesan kedudukan Nokia N8 miliknya.Talian telah pun dimatikan.Ean memerhatikan nama yang menelefonnya tadi.Kent?Dia menekan butang-butang tertentu untuk menelefonnya kembali.
“Apa onar kau bawak?”Tanpa salam dia terus bertanya.
“Aku tak main motor.Aku main kereta je.Kau nak race ke?”Ean menyoal lagi sambil ketawa.Kent nak race?Dalam mimpi pun takkan berlaku.Semua ini kerana ayahnya merupakan orang atasan polis.Jadi memang tak ada harapan la.
“Bapak aku dah block segala jenis drift car aku.Aku pun ada nafsu gak.Kau fikir taiko cam aku tak ada nafsu nak berjaya ke? Aku kena dapat straight A Plus for SPM itu pun kalau aku nak enjin import”.Sengaja dia menekankan sedikit perkataan ‘plus’ itu.
Walaupun Ean seorang yang suka cari pasal di sekolah tapi tahap IQ dia mantap.Tu yang kalau cikgu nak buang dia dari sekolah pun susah. Sampai kena fikir dua tiga kali. Sebab dia salah seorang pelajar harapan sekolah.Bukan je dalam akademik tetapi juga kokorikulum.
Rakannya yang di dalam talian ketawa.Jarang dia dengar suara Ean dengan nada sedih yang dibuat-buat.
“Weekend ni kita jumpa kat tempat biasa.Chiao.”
Talian dimatikan.Pintu diketuk.Ean terus mengambil buku teks Sejarah di sebelahnya yang tadinya menjadi tayangan umum.Memang dia sudah membuat persiapan awal kalau-kalau ibubapanya ingin menziarahinya.
“Rajinnya anak mama”.Puan Marya menegur.
Ean mengukir senyuman.Rajinlah sangat..
“Mama just want you to know that your dad lend you his credit card to buy your new uniforms”.Ibunya menghulurkan kad kredit kepadanya.Sebenarnya lagi sebulan setengah sekolah nak buka tapi Ean kena beli cepat-cepat sebab dia akan bercuti di New York selama sebulan dan balik sehari sebelum sekolah buka.Memang gila kan.
Mata Ean sudah bersinar dan bercahaya.Wah,nampak je credit card terus ada effects .
“Thanks my lovely mum.”Ean mengambil kad kredit itu dengan senang hati.Boleh beli raket Yonex yang baru dengan kasut sukan baru. Memang shopping la dekat Al-Ikhsan nanti.Ajak Oishi la..Oishi kan budak Perak.Tapi dia tengah holiday lagi dekat HK.Pergi sensorang pun tak pe la.Janji dapat beli.Matanya terus bercahaya.
Puan Marya merenung anaknya yang sedang termenung sambil tersenyum-senyum sendiri itu.
“Just uniforms okay.I trust you.”Sempat juga Puan Marya memberi amaran kepada Ean kerana dia kenal sangat dengan perangai anaknya yang pantang nampak cash atau pun credit cad.Sehari dekat rumah maklong ni bagaikan setahun.Baru tiga jam tinggalkan KL dah terasa rindu yang over-dose.
Bab 3
Hari ni maksu ajak keluar pergi cuci mata dekat Perak.Maksu suruh aku ambik SPM dulu baru boleh balik UK.Aku taklah nak marahkan maksu tapi aku ada masalah sikit dengan abang aku yang sorang ni.Apa pasal dia ikut sekali?Nak jadi babysitter aku ke?Terima kasih je lah.
Matanya hinggap di salah sebuah kedai yang bersinar pada pandangan matanya.Memang jodoh dia lah dengan kedai ni.Bibir dah senyum sendiri. Kedai apa sebenarnya ni ek?Sinma ke?Memang nak kiamat lah
kalau dia dah tertarik dekat kedai Pink except for gothic pink.
Kasut bola,jersey bola.Kalau ni kedai sukan mestilah ada jugak.. . Shuttlecock,Babolat,Prince,League Li-Ning and brand ku yang tersayang Yonex!!!Nasib baik ada kedai macam ni dekat Perak.Kedua-dua tangan dah mula meraba pelbagai jenis raket-raket yang tergantung.
Beli satu lah buat koleksi.Ariz ada bawak dia punya raket tak?Tak best lah kalau hari-hari main timbang bola je.Kalau dia main pun belum tentu aku boleh menang.Abang aku yang sorang ni pelik sikit cara main dia.Aku tak naklah puji lebih-lebih.Tak pasal-pasal kembang pulak hidung dia 360 darjah.
Dush!!
Anak kerbau mana pulak tendang aku ni?!Mentang-mentang aku pakai baju merah.Habis Nokia N8 aku...Orang baru balik dari oversea ni.Hormat lah sikit. Ceyh, gebang pulak.
“Mata kau letak kat mana?!”Habis Nokia N8 aku.Memang nasiblah tak berkecai.Mintak-mintak tak calarlah.Aku jaga dengan penuh kasih sayang dekat HP ni.sampai tak kasi orang lain sentuh pun.Tu lah tak dengar cakap mama lagi.Tapi aku tak beli, tengok je.
Ek,aku yang kena serang..bukan dia ke yang langgar aku.
“Excuse me,you the one that shoot me first.”Qaisha membalas kasar.Sesedap rasa je tengking aku.
Bila masa aku tembak kau?Ean dah berasap.Boleh pulak minah ni speaking London kat sini.
Qaisha dan Ean tunduk untuk mengambil telefon bimbit yang berada di dalam casing khas untuk telefon.Qaisha punya warna putih,Ean pula oren tetapi mempunyai jenis dan warna casing yang sama.
‘Mana satu aku punya?’Kedua-duanya bertanya di dalam hati serentak.
Ean mengambil sahaja telefon yang terdekat dengannya.Begitu juga dengan Qaisha.Kemudian,Qaisha memberi pandangan paling tajam yang pernah dia lakukan dengan percuma tanpa charge.Ean pula membuat riak muka yang paling agresif dan ego tahap paling atas yang pernah dia lakukan.
Memang aku mintak jauh la nak jumpa dengan dia lagi.Bawak bala.
-need ur comments
okay! just nice! *** stars for you!
ReplyDelete