Thursday, 31 March 2011

8,9

Bab 8

Hari ni,proses mengembalikan warna original.Rambut dan kuku.Kalau tak, tak boleh sembahyang kerana itulah sebab utama dia ditinggalkan bersama datuk dan neneknya.Transfomasi kepada imej islamik.Ariz pula ditinggalkan kerana dia ditawarkan menjadi salah seorang facilitator di salah sebuah sekolah menengah di daerah Gombak bagi pelajar-pelajar tingkatan tiga dan lima.

Qaisha dan Ariz pergi melawat menara condong.Penat juga lah ingin memujuk Qaisha ikut serta.Baginya lebih baik duduk rumah layan internet daripada keluar rumah melayan cahaya matahari.Dia keluar pun sebab Ariz sudah membuat satu perjanjian dengannya.Jika Qaisha ikut serta dia akan bersedia untuk menjadi lawan bagi perlawanan badminton.Memang itu yang dinantikan Qaisha.Sudah lama dia mengidam untuk berlawan dengan abangnya kerana kali terakhir dia berlawan dengan Ariz,dia tewas.

        “Abang,kenapa cashier  tadi pandang semacam je dekat kita?”Soal Qaisha perlahan kepada Ariz yang berada bersebelahan dengannya sambil memperbetulkan beg raketnya yang tergantung di bahu kirinya. Dia akan sentiasa membawa raket ini ke mana jua.Raket ini begitu berharga dan tidak ternilai di dalam hidupnya.
Sebelum Ariz menjawab, dia tersenyum.Dia membetul-betulkan kolarnya.Kemudian dia berhenti.Qaisha pun ikut berhenti.
        “Takkan tu pun tak boleh fikir.Because I’m too handsome and incompatible to walk with a girl like you”.Jawab Aliff tenang.Qaisha pula melihat abangnya dari bawah sampai ke atas dan membuat muka yang dia langsung tidak setuju dengan pernyataan yang diberi Aliff. Sebenarnya,Aliff pun perasan akan situasi yang dirasai adiknya. Mungkin orang lain bertanggapan bahawa mereka berdua ini pasangan kekasih yang dengan selambanya bergelak ketawa,bertepuk tampar di hadapan orang ramai atau pun pelik dengan mereka berdua ini.Wajah mereka ini memang ada sedikit kacukan.Jerman-Melayu.

Qaisha mengangkat kedua-dua keningnya dan terus berjalan meninggalkan abangnya di belakang.

Bab 9

Dia sekadar mengikuti langkah ibu dan bapanya yang berjalan di hadapannya itu.Apabila mereka berhenti,dia pun akan ikut sama berhenti.Mereka tidak bertiga tetapi berempat.Lagi sorang tu nama dia Puan Amaliah,kawan mama seuniversiti dahulu.

Oishi janji sampai sini esok.Jadi hari ni terpaksalah membosankan diri dengan melayan sekali gelak tawa yang tidak dikenal pasti hujung pangkal humor yang mungkin direka mama,daddy ataupun auntie Amaliah.Memanglah seronok dapat tengok gadget-gadget yang baru dan lebih berteknologi tapi kalau kawan sehidup semati tak de..tetap boring jugak.Onar lah Oishi ni,asal tak sampai awal sikit?

Sports headphones disumbatkan ke dalam telinganya.Selalunya dia hanya akan memasang gadgets ini semasa perlawanan badminton sahaja tetapi hari ni disebabkan mood yang tak menentu macam ni lah jadinya.Lagu I still…daripada Backstreet Boys cuba menghilangkan kebosanan yang ketara yang belum lagi pupus sejak pagi tadi.Canon mula mengerjakan tugas.

Flash!

Matanya terpana kepada seorang gadis bertudung yang sedang khusyuk membaca novel.Macam pernah tengok je budak ni.Kat mana ek?Sepupu ke? Jiran? Classmate?Anak buah?Memang hari ni dia hilang ingatan lah.

Kenapa mata aku ni asyik melekat je dekat dia?Takkan baru je sampai sini dah rindu orang Malaysia kot?Sasau la aku hari ni.Tapi aku serius…aku memang tak boleh lepaskan pandangan mata aku ni daripada dia!
Anis.

Satu nama muncul di mindanya.

Wednesday, 30 March 2011

4,5,6,7

Hate=love



      Bab 4
Kuala Lumpur International Airport tidaklah begitu sesak tetapi hati Ean yang terasa begitu sesak.Ini kerana handphone kesayangannya telah lesap.Memanglah telefon bimbit yang berada di tangannya ini sama jenis dengan kepunyaannya.Tapi tetap berbeza!Nasib baik dia hafal nombor Oishi.Kalau tak memang susah nak contact lah.Dia teramatlah risau akan tahap keselamatan , kesihatan dan tidak lupa ke-handsome-an telefon bimbitnya.Dah lah orang Perak yang dapat telefon dia tu. Memang susah nak cari lah sebab dia tinggal di daerah Gombak.Dan sekarang dia ingin terbang ke New York.Ean rasa ingin menjerit sekuat-kuat hatinya.Kalau dia telefon tuan punya telefon ini pun sudah tak ada gunanya.
Tekad jugak…

      “Woi.”

Qaisha tersentap.Ni nombor aku.Takkan telefon aku telefon aku?Baru lah dia perasan dia sudah bertukar telefon bimbit.Memang maki hamun lah dia dalam hati.

      “Pulangkan balik telefon aku.Pencurik!”Tengking Qaisha.

Bila masa aku curi?

       “Kita sama-sama curik..adil okay.Aku dah tak boleh nak ambik telefon aku,so kau pon tak boleh ambik telefon kau lagi.Aku nak kau polish setiap pagi  and jaga betul-betul telefon aku tu.Aku pon akan jaga telefon kau betul-betul.”Memang kerja gila lah ni.Dah lah tak kenal siapa yang pegang phone aku ni.Gaya macam boleh caya je dengan budak perempuan ni.
Aik,selamba je bagi syarat.Sasau betul.

      “Habis tu bila aku nak dapatkan handphone aku balik?”

Ibu Ikhwan  sudah memanggilnya.Tanda untuk naik flight.

      “Tengoklah nanti.Jaga leklok tau phone aku tu”.

Ean segera menekan butang merah apabila mendengar panggilan ibu dan ayahnya.

‘Alamak lupa nak pesan,jangan serbu aku punya mesej dan yang lebih utama reminder dengan note.Tak pelah,lagipun aku buat password. Takkan dia boleh pecahkan password aku kut.Memang tak mungkin.’



Bab 5
         ‘Dari Abu Hurairah semoga Allah meredhai ke atasnya berkata:Sabda Rasulullah selawat dan salam ke atasnya: Sesungguhnya agama (Islam) itu mudah dan tidak menyusahkan agama bagi seseorang melainkan dia yang menyusahkan dirinya sendiri.Maka penuhilah, dekatilah, khabar(baik) yang menanti dan pertolongon dengan waktu siang,senja dan waktu malam.’

Hadis sahih di ataslah pelajaran pertama untuk Qaisha di dalam tempoh masa sebulan setengah ini.Qaisha perlu memahami apakah itu sebenarnya Islam.Orang kafir menganggap kita sebagai pengganas tetapi adakah itu realitinya?Tidak sama sekali.Islam itu ajaran yang sempurna,sejahtera,aman,menyerah dan benar.Islam tidak pernah mengajar kita melakukan perkara-perkara yang salah seperti berzina, membunuh dan sebagainya.Malah Islam mengutuk perbuatan-perbuatan tersebut.Islam itu berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah yang ternyata jelas kesahihan serta kebenarannya.Tetapi masih ada lagi yang ragu-ragu tentangnya.

       Sudah banyak fenomena yang menakjubkan yang telah Allah tunjukkan.Sebagai contoh sarang lebah yang membentuk kalimah ‘Allah’ di Turki.Kalimah ‘bismillah’ di terung.Kelihatan bulu kambing tertulis ‘Muhammad’(Arab) di Afrika Utara.Semua ini bukannya hasil seni manusia tetapi secara semula jadi yang telah Allah tunjukkan kepada kita.Bukti sudah jelas tetapi hati masih lagi tertutup.Mengapa?

       Berapa kalikah kita memuji Allah dengan menyebut ‘Subhanallah’ berbanding kita memuji artis-artis kegemaran kita.Berapa kalikah kita berterima kasih kepada Allah atas segala nikmat yang telah Dia berikan dengan menyebut ‘Alhamdulillah’?Berapa kalikah anda berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad? Kenalkah kita dengan pejuang-pejuang Islam yang sanggup berperang darah semata-mata ingin menjaga maruah Islam?Sudah cukupkah ilmu kita untuk berhadapan dengan orang-orang kafir bagi menegakkan Islam?Hafalkah kita serta fahamikah kita ayat-ayat Al-Quran jika dibandingkan dengan menghafal lirik-lirik lagu yang sekadar memenuhi hawa nafsu? Penuhkah solat fardhu kita dan jika tertinggal pernahkah kita menqada’kannya?Sudah cukup banyakkah pahala yang kita terima?Sekarang tanyalah diri anda sendiri dengan sejujur yang mungkin.Layakkah anda menjadi penghuni ahli syurga?Tempat yang abadi dan telah dikhaskan Allah untuk hamba-hamba-Nya yang taat akan perintah-Nya serta meninggalkan larangan-Nya sahaja.Sebenarnya banyak lagi persoalan-persoalan yang belum tentu boleh kita jawab dengan senyuman dan senang hati.

Qaisha agak tersentap dengan segala persoalan yang dibacanya itu. Buku berkisarkan Islam itu didakapnya sebelum matanya terlelap.

Bab 6
Qaisha berasa lidahnya terasa begitu kaku ingin menyebut perkataan ‘abang’ itu seperi yang disuruh opah.Sebut nama je apa salahnya. Perkataan ‘abang’ tu macam gelaran isteri dekat suami je. Fikirnya sendiri.
Mata opah masih merenung ke arahnya.Menunggu masa.Qaisha sudah menggeleng-geleng kepala sambil memerhatikan Ariz yang sedang membaca suratkhabar.

        “Along tak boleh ke?”Sekurang-kurangnya.

Geleng.

         “Geli lah…”Qaisha membuat muka kesian kepada opahnya.

Opah merenung tajam.

Adoi,salah ke adik beradik sebut nama je?Tak payah nak ber ‘adik’,ber ‘abang’. Menyusahkanlah.Ariz tak comment pape pon.Opah je yang lebih-lebih.Kononnya lebih mesra.Sebelum ni tak mesra ke?

Qaisha tersenyum sendiri mendengar soalan yang dirangka mindanya sendiri.Entah apa-apa tah.

       “A……”Suaranya terhenti.Memang susah betul nak sebut!

 Ariz yang pelik dengan kondisi adiknya itu melipat surat khabar dan memandang pelik ke arah adiknya yang berhadapan dengannya itu.

        “A……”

        “Ariz...pe yang susahnye sebut nama tu?”Gagap ke adik aku ni?

         “A…..bang”.Akhirnya….

Hampir tersembul biji mata Aliff.

‘Ni betul ke Qaisha?’

          “Opah yang suruh.Bukan..tapi paksa.So,jangan nak pikir bukan-bukan.Me always me”.Balas Qaisha apabila menyedari reaksi abangnya yang begitu menjengkelkan dirinya.

Ariz tersengih ke arah opahnya yang menegakkan ibu jari kanan dan kiri kepadanya.Apa lagi,mulalah Ariz menyakat Qaisha.Sengaja dibuat-buat cerita yang Qaisha ini gagap orangnya.Memang perang habis lah kedua-dua adik beradik ni.

Tangannya dari tadi membelek-belek Nokia N8 itu.Akhirnya dia mengambil keputusan untuk menziarah isi telefon bimbit itu.Dia pergi ke bahagian gambar.Dia melihat seorang perempuan berlatar belakangkan menara Paris.

Budak ni la yang cilok aku punye phone.

     “Jaga phone aku betul-betul.Ingat,polish guna kain bersih, jangan guna kain buruk pulak”.Ujar Ean kepada perempuan yang berada di dalam skrin telefon itu.

      “Kau ingat kau dekat depan menara Paris aku takut?”Apa pulak kaitan takut dengan menara Paris?Dia bertanya soalan yang dia sendiri keluarkan.

Pergi bahagian lagu-lagu pula.

       “Same interest”.Backstreet boys.BsB.

Berderet lagu dari Backstreet Boys dari atas sampai la ke bawah.Ada jugalah lagu dari penyanyi lain yang terselit.Demi Lovato,Miley Cyrus, Kelly Rowland. Kalau lelaki pulak.Akon,Jason Mraz,Justien Bieber. Ramai lagi lah…tapi semua stock orang putih je.

Ean menekan lagu I want it that way.Bibirnya mula mengukir senyuman dan terus menyanyikan lagu itu mengikut rentak lagu itu sendiri.


Bab 7

Perintah Tok Wan belum lagi dia turuti.Matanya sekadar memandang haiwan yang sepatutnya ditangkap.Badan dah rasa lain dah.Adik perempuannya yang berdiri bersebelahan dengannya sudah menegakkan ibu jari kanan dan menjelir lidah.Padan muka.

      “Goodluck”.Perli Qaisha.

Siku Ariz dah gatal dah ni.Rasa macam nak backhand je budak sebelah ni kalau diberi peluang.

      “Awat tercegat lagi dekat situ…”.Tok Wan dah mula bersuara.

Bibir Ariz senyum segaris.

Kakinya memulakan langkah.Perlahan-lahan dia menghampiri ayam itu. Step by step.Start with right leg and then left leg.Gaya macam perompak pulak.Aliff terpijak sehelai daun yang begitu kering dan menimbulkan bunyi.Ayam itu memberikan reaksi positif bagi Qaisha dan negatif bagi Ariz.Ayam itu bermaraton agar tidak dapat ditangkap oleh seorang manusia.Ariz bersungguh-sungguh mengejar ayam itu sehinggalah ke semak.
Qaisha pula sibuk merakam aksi kejar mengejar abangnya itu dengan kameranya.Kalau di-upload ke dalam youtube memang habis kena pancung dengan Ariz.

        “Abang,takkan dengan ayam pun kalah kot”.Jerit Qaisha sambil diiringi ketawa.Dia juga dalam proses sedang membiasakan diri menyebut perkataan ‘abang’ itu.

Ariz tidak melayan ‘kata-kata semangat’ yang dilontarkan adiknya itu.Otaknya sekarang hanya bergerak untuk berfikir cara untuk menangkap ayam itu.

Qaisha mencampakkan ke arahnya sebuah kotak besar.Ariz membalasnya dengan senyuman.Senyuman yang boleh memukau mana-mana gadis yang melihatnya.

        “Don’t give me that jerk smile”.Balas Qaisha.Itulah senyuman abangnya yang paling dibencinya.Kerana jika dia terlebih menghayati senyuman itu,dia juga akan ter-fall in love dengan abang sendiri.

Lagi Qaisha melarang.Lagi Ariz melemparkan senyuman itu.

Akhirnya,dapat juga Ariz mengurung ayam itu tetapi bab nak pegang dengan sembelih ayam tu.Cepat-cepat dia buat pelbagai jenis alasan kepada Tok Wan. Dan yang memeranjatkan, Tok Wan terima alasannya itu.

Saturday, 26 March 2011

1,2,3


p/s : cerita pasal latar belakang budak-budak sekolah yang berbeza


Bab  1
Rambutnya yang lurus dan ikal di bahagian hujung dihembus perlahan angin Malaysia.Sengaja abangnya menyuruh pemandu itu membuka tingkap.Katanya sudah lama tidak merasai udara di sini.Qaisha membuat isyarat mata ke arah abangnya.

Kedua-dua anak matanya memandang tajam dan tepat ke anak matanya seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya itu.

Geramnya…dia dah tahu pasal kes kena balik Tanah Melayu,lepas tu tak kasi tahu aku.Maksu ni pon satu,tiba-tiba je nak balik Malaysia.Ada siapa je dekat Malaysia ni?Baik duduk dekat UK,lagi ramai kawan.

      “What’s wrong with you?You think you can scared me?Insane.” Ariz Nur Eimran yang menyedari dirinya diperhatikan mula menyoal. Hubungan kedua-dua adik beradik ini memang lah jauh.Kalah langit dengan bumi.Kadang-kadang rasa macam bukan adik beradik kandung pun ada.Qaisha memang banyak mengalah la,baginya yang kalah itu merupakan pemenang tapi kadang-kadang tak tahan jugak asyik nak jadi pemenang je.

‘What’s wrong with you?You think you can scared me?Insane’.Qaisha mengajuk soalan abangnya dengan nada yang sama.Dan lebih menjengkelkan.Tetapi sekadar di dalam hati.Bukannya berani sangat.

Limousine yang membawa mereka berhenti.Mungkin sudah sampai ke destinasi yang ingin dituju.Aida dan Ariz keluar dan mengambil bagasi-bagasi mereka.Qaisha sekadar menurut dengan hati yang masih berwap .

 Selepas selesai mengambil barang sambil dibantu pemandu itu,Maksu memberikan beberapa wang ringgit seperti yang diminta pemandu itu.Wang ringgit itu nampaknya masih baru kerana baru habis tukar wang dollar ke ringgit Malaysia.


Hatinya yang tadi berwap  sudah bertukar menjadi berasap.Stay in Malaysia for a year?Sakit ke Maksu ni?Kalau ye pon nak duduk dekat Malaysia tak payahlah sampai ke Perak.Bungalow sebijik dekat KL tu kan ada.

      “Dah besar panjang dah kome berdua ni”.Opah memulakan perbualan.Loghat Opah tidaklah begitu pekat kalau nak dibandingkan dengan penduduk-penduduk yang lain.Lagi pun opah kan asal Kedah.

Ariz mengukir senyuman buat Opah dan bangun untuk menyalam tangan Opah.Tetapi berbeza dengan adiknya yang masih duduk dan membuat muka selamba seperti tiada apa yang berlaku.

       “Sofi,salam dengan Opah.”Arah Maksu lembut.Qaisha membuat muka.Aura menyebai nya dah sampai.Kakinya dihentak-hentakkan sedikit apabila menuju ke Opah.

        “Tak usah dipaksa,Aida.”Balas Opah apabila melihat reaksi cucunya itu.Berbeza sungguh Qaisha yang dulu dengan sekarang.Rambut dah kena celup emas  habis.Bahasa Malaysia pun dah pelat-pelat sikit.Bukan pelat macam budak dua tahun cakap BM cuma susah sedikit ingin menyusun ayat di dalam Bahasa Malaysia.Wajib aje ada perkataan Inggeris di dalam percakapannya.Mana taknya tujuh tahun tinggal di UK.Dekat sana pun dia mana ada kawan dengan budak-budak Malaysia.Tu pasal speaking je memanjang. Kuku dah kena cat dengan ‘Jotun’.Nasib baik pakai yang jenis yang boleh padam tu.Kalau tak memang susah la nak kikis balik.Dari segi pakaian pun masih ke arah barat.Sikapnya dengan abangnya memang jauh beza.Ariz tidak pula terkena ‘culture shock’ seperti adiknya itu.



Bab 2

Tahun ni tahun terakhir baginya untuk menamatkan zaman sekolah menengah.Tadi baru Oishi call,dia kata pengetua dah tukar.Lelaki.Apa yang mendukacitakan baginya ialah pengetua tu memang susah nak kamceng dengan dia.Sebab pengetua baru tu warak.Dah Haji dah pun. Lain la kalau dengan pengetua yang dulu.Apa yang dia buat semuanya betul.Tu yang best.

Tahun ni malas nak teruskan watak playboy lah.Bosan,budak-budak perempuan sekolah tu bukannya sporting.Merajuk je memanjang.Dah tak larat aku nak melayan segala jenis rajukan and  tangisan diorang. Tahun ni nak try jadi budak baik ke?Buat gaya Baby face ke?Hahaha.. lawak pulak aku rasa.Sekarang nak buat apa?

PSP disebelahnya dibaling ke sebelah kanannya.Jangan risau,tak pecah pon sebab sekarang dia tengah baring dekat atas katil.PSP tu pun landing baik atas katil jugak.

      “Aiman,telefon lagi bunyi.” Pembantu rumahnya menjerit dari bawah.Bukannya pembantunya itu tidak mahu membawa telefon itu terus ke bilik Ean tetapi perkara itu telah dilarang olehnya semasa pertama kali pembantu rumahnya ini menjejakkan kaki ke rumah ini.

Alahai,telefon tertinggal dekat bawah ke?Malasnya..

Dia bangun dan berjalan ke bawah.Matanya yang tajam dapat mengesan kedudukan Nokia N8 miliknya.Talian telah pun dimatikan.Ean memerhatikan nama yang menelefonnya tadi.Kent?Dia menekan butang-butang tertentu untuk menelefonnya kembali.

        “Apa onar kau bawak?”Tanpa salam dia terus bertanya.

       “Aku tak main motor.Aku main kereta je.Kau nak race ke?”Ean menyoal lagi sambil ketawa.Kent nak race?Dalam mimpi pun takkan berlaku.Semua ini kerana ayahnya merupakan orang atasan polis.Jadi memang tak ada harapan la.

      “Bapak aku dah block segala jenis drift car aku.Aku pun ada nafsu gak.Kau fikir taiko cam aku tak ada nafsu nak berjaya ke? Aku kena dapat straight A Plus for SPM itu pun kalau aku nak enjin import”.Sengaja dia menekankan sedikit perkataan ‘plus’ itu.

Walaupun Ean seorang yang suka cari pasal di sekolah tapi tahap IQ dia mantap.Tu yang kalau cikgu nak buang dia dari sekolah pun susah. Sampai kena fikir dua tiga kali. Sebab dia salah seorang pelajar harapan sekolah.Bukan je dalam akademik tetapi juga kokorikulum.

Rakannya yang di dalam talian ketawa.Jarang  dia dengar suara Ean dengan nada sedih yang dibuat-buat.

       “Weekend ni kita jumpa kat tempat biasa.Chiao.”

Talian dimatikan.Pintu diketuk.Ean terus mengambil buku teks Sejarah di sebelahnya yang tadinya menjadi tayangan umum.Memang dia sudah membuat persiapan awal kalau-kalau ibubapanya ingin menziarahinya.

         “Rajinnya anak mama”.Puan Marya menegur.

Ean mengukir senyuman.Rajinlah sangat..

     “Mama just want you to know that your dad lend you his credit card to buy your new uniforms”.Ibunya menghulurkan kad kredit kepadanya.Sebenarnya lagi sebulan setengah sekolah nak buka tapi Ean kena beli cepat-cepat sebab dia akan bercuti di New York selama sebulan dan balik sehari sebelum sekolah buka.Memang gila kan.

Mata Ean sudah bersinar dan bercahaya.Wah,nampak je credit card terus ada effects .

       “Thanks my lovely mum.”Ean mengambil kad kredit itu dengan senang hati.Boleh beli raket Yonex yang baru dengan kasut sukan baru. Memang shopping la dekat Al-Ikhsan nanti.Ajak Oishi la..Oishi kan budak Perak.Tapi dia tengah holiday lagi dekat HK.Pergi sensorang pun tak pe la.Janji dapat beli.Matanya terus bercahaya.

Puan Marya merenung anaknya yang sedang termenung sambil tersenyum-senyum sendiri itu.

       “Just uniforms okay.I trust you.”Sempat juga Puan Marya memberi amaran kepada Ean kerana dia kenal sangat dengan perangai  anaknya yang pantang nampak cash atau pun credit cad.Sehari dekat rumah maklong ni bagaikan setahun.Baru tiga jam tinggalkan KL dah terasa rindu yang over-dose.


Bab 3

Hari ni maksu ajak keluar pergi cuci mata dekat Perak.Maksu suruh aku ambik SPM dulu baru boleh balik UK.Aku taklah nak marahkan maksu tapi aku ada masalah sikit dengan abang aku yang sorang ni.Apa pasal dia ikut sekali?Nak jadi babysitter aku ke?Terima kasih je lah.

Matanya hinggap di salah sebuah kedai yang bersinar pada pandangan matanya.Memang jodoh dia lah dengan kedai ni.Bibir dah senyum sendiri. Kedai apa sebenarnya ni ek?Sinma ke?Memang nak kiamat lah
kalau dia dah tertarik dekat kedai Pink except for gothic pink.

Kasut bola,jersey bola.Kalau ni kedai sukan mestilah ada jugak.. . Shuttlecock,Babolat,Prince,League Li-Ning and brand ku yang tersayang Yonex!!!Nasib baik ada kedai macam ni dekat Perak.Kedua-dua tangan dah mula meraba pelbagai jenis  raket-raket yang tergantung.

Beli satu lah buat koleksi.Ariz ada bawak dia punya raket tak?Tak best lah kalau hari-hari main timbang bola je.Kalau dia main pun belum tentu aku boleh menang.Abang aku yang sorang ni pelik sikit cara main dia.Aku tak naklah puji lebih-lebih.Tak pasal-pasal kembang pulak hidung dia 360 darjah.

Dush!!

Anak kerbau mana pulak tendang aku ni?!Mentang-mentang aku pakai baju merah.Habis Nokia N8 aku...Orang baru balik dari oversea ni.Hormat lah sikit. Ceyh, gebang pulak.

       “Mata kau letak kat mana?!”Habis Nokia N8 aku.Memang nasiblah tak berkecai.Mintak-mintak tak calarlah.Aku jaga dengan penuh kasih sayang dekat HP ni.sampai tak kasi orang lain sentuh pun.Tu lah tak dengar cakap mama lagi.Tapi aku tak beli, tengok je.

Ek,aku yang kena serang..bukan dia ke yang langgar aku.

        “Excuse me,you the one that shoot me first.”Qaisha membalas kasar.Sesedap rasa je tengking aku.

Bila masa aku tembak kau?Ean dah berasap.Boleh pulak minah ni speaking London kat sini.

Qaisha dan Ean tunduk untuk mengambil telefon bimbit yang berada di dalam casing khas untuk telefon.Qaisha punya warna putih,Ean pula oren tetapi mempunyai jenis dan warna casing yang sama.

‘Mana satu aku punya?’Kedua-duanya bertanya di dalam hati serentak.

Ean mengambil sahaja telefon yang terdekat dengannya.Begitu juga dengan Qaisha.Kemudian,Qaisha memberi pandangan paling tajam yang pernah dia lakukan dengan percuma tanpa charge.Ean pula membuat riak muka yang paling agresif dan ego tahap paling atas yang pernah dia lakukan.

Memang aku mintak jauh la nak jumpa dengan dia lagi.Bawak bala.

-need ur comments