Pendingin hawa yang
menjadi alat untuk menyejukkan diri dibiarkan dengan angka 16 walaupun hujan lebat
menambahkan lagi kesejukan. Segala jenis suis yang wujud dalam bilik ini
ditekan. Terang benderang biliknya. Radio dibiarkan bernyanyi. Televisyen yang
‘tertampal’ di dinding yang menghadap katilnya juga dibiarkan berbicara. Tak
dapat menggambarkan perasaannya sendiri. Sedih bercampur gembira.
Sekejap wajahnya masam
mencuka sekejap lagi tersenyum terlebih glukosa. Sewel mindanya adalah hasil
titik peluh daripada seorang gadis biasa. Entah bagaimana terkumpulnya semangat
untuk mengambil langkah mendekati hati gadis comel itu.
“Haru kau Zaf! How the art’s girl kidnapped your eyes?
Your mind? And especially your heart?” Bibir bermonolog sendiri.
Fikirannya melayang.
Terimbau zaman tak matang dulu.
“Fiya, kasut aku dah kapur ke belum?” Soal budak lelaki dengan
suara yang belum pecah itu.
“Dah”. Comel suara budak perempuan itu.
“Buku-buku aku dah balut ke belum?” Soalnya lagi.
“Dahhh~” . Jawab budak perempuan berlagu dengan style
rambut jenis ekor kuda.
“Stationary set aku kau dah lap ke?” Soalnya lagi tanpa
menghiraukan riak muka budak perempuan yang sedikit berubah.
“Daaaaaahhhhh…”. Jawab budak perempuan yang sibuk
mengasah pensel.
“Beg baru aku tu dah cuci ke belum?” Soalnya lagi sambil
bermain Playstation.
Budak perempuan itu
menyerabaikan rambutnya sendiri yang terurus itu. Geram. Pensil 2b digenggam
kuat.
“Dah la…”. Masih bersabar sambil menyiapkan kerja
sekolah.
Baru sekolah rendah di
Tahun Lima tapi segala-galanya tentang anak majikan, dia yang uruskan.
“Hati aku kau dah check in ke belum?”
“SUDAH, segalanya sudah!” Jerit budak perempuan ini
sebelum mengingatkan kembali soalan Zafran.
‘Soalan jenis apa tu?
Dan apa yang aku jawab?’ Fiya berbual sendiri dengan degupan jantung yang
semakin laju.
Fiya mengetuk-ngetuk
dahinya sendiri setelah menyedari kesilapannya.
Zafran tersenyum
segaris melihat keletah Fiya.
Zafran sekali lagi
tersenyum mengenang kisah lama.
“Jahat jugak aku ni rupanya”.
Baru sedar ke?
‘Mungkinkah kesabaran
dia yang buat aku sewel macam ni sekali? Ataupun ni sekadar mainan hati? Okay,
cukup sampai sini! Jangan dilayan jiwang yang hampir berkarat tu’.
“Zafran!!!” Jerit seseorang dari tingkat bawah.
“Wah, rindu giler dengan jeritan dia tu. Rasa macam
alunan lagu yang sangat lunak”. Sah, aku dah sewel! Dan sejak bila aku jadi budak
sastera ni?
Zafran buat tidak tahu
dengan jeritan Fiya. Mungkin hendak mendengar sekali lagi jeritan daripada gadis
itu lagi.
Di bahagian bawah, Fiya
dah menyumpah seranah manusia yang berada di tingkat atas. Memang suka
menyusahkan hidup.
“Zafraaannn!!!” Jeritnya lagi. Bola mata bagai nak
terkeluar melihat suasana di dalam bilik itu. Bilik apa?
“Confirm dia baru masuk bilik air”. Ujar Zafran sambil
memulas tombol pintu.
Sorry lah Fiya. Aku
bosan gila sekarang ni. Kalau aku bosan, aku angaukan kau. Sebab tu lah aku
terpaksa buat macam ni. Harap kau boleh kasi low lagi temper tu sebab lagi kau
marah , lagi aku bertambah angau!
Langkah diatur sehingga
sampai di sebelah Fiya.
“Kau sedar tak apa yang kau buat ni?” Tegang semacam
suara Fiya.
Zafran membuat muka
yang penuh ‘ketoyaan’ sambil menyeluk kedua-dua belah tangannya ke dalam saku
tracksuit.
Fiya memandang ke arah
bilik air yang sedia terbuka. Zafran juga memandang ke arah bilik air itu tanpa
riak.
Bilik air itu dipenuhi
dengan buih-buih sabun. Kalau takat dalam tab mandi tu boleh tahan lagi. Ni
sampai dah melimpah ruah. Lantai bilik air tu penuh dengan buih-buih sabun.
Sinki pun. Bahagian depan pintu bilik air tu pun dah basah. Bayangkan bilik air
korang dipenuhi dengan buih-buih sabun yang teramatlah banyak.
Bermula dengan
langkah kiri korang masuk ke dalam bilik air itu, hampir sampai lutut korang
pun boleh basah dengan buih-buih tu. Memang tebal gila dia kasi onar dengan
bilik air ni.
“Kau nampak tak salah kau?”
“Asal kerja gila je aku yang kau tuduh. Macam mana kau
tahu ni kerja aku?” Zafran melengah-lengahkan masa.
“Ha.Ha.Ha.Memang lawak giler statement kau tu! Zahrin dah
pergi tuisyen. Habis tu, kau nak aku syak ibu, mama dengan papa?” Geram sungguh!
Dah la aku kena siapkan tiga lukisan hari ni. Bagi tugas hari ni, dateline
pulak esok. Memang aku tak paham betul lah lecturer aku yang sorang tu.
Zafran tersengih.
“So, apa denda aku?” Soalnya beria-ia. Memang ini yang
dia nantikan.
Kening Fiya terangkat.
Sejak bila pulak dia
suka dengan denda-denda yang aku bagi? Perangai lelaki ni pun berubah-ubah ikut
bulan ek?
Fiya memikirkan
sesuatu.
“Ha! Aku tahu”.
“Apa dia?”
“Hari ni denda kau ada dua sebab mood aku tengah tak
berapa nak betul ni”.
‘Dua je? Banyaklah
lagi. Lagi banyak lagi aku suka!’
“First, for sure lah kau kena bersihkan bilik air . Aku
tak sanggup nak meredah dan berenang dekat dalam bilik air ni. Second pulak,
aku nak kau jadi model aku. Boleh tak?”
“Buat apa aku tanya kau. Mestilah boleh”. Fiya memotong
Zafran yang baru sahaja ingin membuka mulut.
Tang bersihkan bilik
air tu aku pahamlah. Tapi tang model tu aku tak berapa nak paham. Model apa?
Aku tahulah aku ni sememangnya layak bergelar jejaka Maskulin. Tu memang tak
boleh disangkal lagi. Tapi dia ni nak buat apa dengan aku? Nak jadikan aku model
iklan rambut? Iklan otot? Ataupun role model?
“Aku bagi kau masa lima belas minit dari sekarang untuk
settle kan masalah bilik air ni”. Tutur Fiya apabila melihat Zafran sedang
merenung wajahnya.
“Hoi, hoi, hoi, siapa maid sekarang ni?” Soal Zafran
apabila menyedari dia kena buat kerja orang gaji.
Fiya menunjukkan
simbol- ‘peace’.
“Kau nak obey atau kau nak aku panggil papa?” Fiya
menggunakan taktik ugut kerana terdesak.
Sebolehnya dia tak nak gunakan taktik
ini tapi kali ni memang darurat. Hari ni dia memang tak betul. First day
period, normal lah. Sakit perut tambah dengan sakit hati dengan Zafran tambah
lagi dengan tugasan yang kena hantar esok. Adoiiii!!
‘Mentang-mentanglah
papa dah guna kuasa veto, dia ambik peluang ni pulak’.
Sebenarnya papa hari tu
buat dah bagi warning dekat Zafran kalau sekali lagi dia gunakan markah Fiya
untuk rancangan dia yang sentiasa luar dari kotak fikiran manusia normal. Papa
akan ambik tindak ekstrem dengan menarik balik credit card dan kereta
Lamborghini kesayangan si Zafran. Ini merupakan perkara yang terbaik yang
pernah berlaku dalam hidup Fiya tetapi termalang
bagi Zafran.
“Ten minutes!” Jerit Fiya apabila melihat Zafran masih
tidak bergerak.
“Sabarlah!” Tengking Zafran kasar walaupun hatinya
berbeza 360 darjah dengan lemparan suaranya. Hatinya bertambah sewel dengan
setiap arahan Fiya. Haru kau Zaf!
Zafran melipat tracksuit-nya
sehingga ke paras lutut dan menerjah masuk ke dalam bilik air mewah ini.
“A’alah, dia hari-hari torture aku macam ni…aku tak kisah
pun. Aku baru suruh cuci bilik air dia dah nak melenting”. Keluh Fiya perlahan
sebelum melangkah ke bilik karyanya.
Di tingkat bawah,
Kepala Zafran menoleh
ke kiri, ke kanan dan ke kiri semula dari pintu bilik air.
Clear!
Zafran sengaja
membasah-basahkan sedikit tracksuit dan t-shirt nya. Mukanya juga
dipercik-percikkan air. Kemudian, dia melangkah
ke dapur dan berbisik sesuatu dengan Puan Anissa merangkap ibu Fiya. Dia juga
menyelitkan sedikit riak muka comel di dalam perbualannya itu. Ibu sekadar
mampu tersenyum dan menggeleng-gelengkan kepala.
“Terima kasih ibu!” Jeritnya sebelum melangkah naik ke
tingkat atas.
Pintu bilik karya yang
khas untuk dijadikan tempat Fiya melukis dikuak dan dibiarkan terbuka.
“Wassup my princess! Kau nak suruh aku buat apa ni?” Soal
Zafran sambil menurunkan lipatan tracksuit-nya.
Fiya mengerut dahi.
“Cepatnya kau bersihkan bilik air tu. Ke kau ngelat?”
“Ibu tu yang nak sangat bersihkan. Aku sebagai anak
misali dalam keluarga ni, takkan lah nak
menghampakan harapan ibu kau yang nak sangat sangat dan berbesar hati nak membersihkan
bilik air tu. Mungkin dia sedih tengok aku kena torture dengan kau kut”. Tutur
Zafran dengan wajah suci. Jelas tak nampak ada isu pembohongan di dalam
dialognya.
Fiya mencebik.
“Dah la, asyik-asyik nak salahkan aku. Aku ada
assignments yang nak kena hantar esok ni”.
“About?” Zafran menarik kerusi dan mengambil duduk di
hadapan Fiya.
“Natural act”. Jawab Fiya sambil memusing-musingkan
pensel 2b dengan menggunakan jari telunjuk dan jari hantu.
Kening kanan Zafran
terangkat.
“Such as eating, reading? And pee?” Soal Zafran tenang.
Fiya membaling kotak
tisu yang berada di sebelahnya. Tepat menuju ke dada Zafran.
“What? Betul lah kan?”
Fiya mengetap gigi.
“Kau nak aku lukis part pee tu ke? Hish…”.
Zafran tersengih.
‘Zafran, kenapa time
macam ni jugak kau kena bersikap bodoh depan Fiya’. Getus Zafran.
“Aku nak kau buat gaya yang kau selalu buat. Just three
act”. Ucap Fiya dengan pensel yang bersedia untuk memulakan tugas dan kertas
lukisan yang dihadang oleh ‘rangka kayu’ macam pelukis punya tu. Alah macam
mana nak describe ni. Ngee~ Korang faham kan kan kan?...yeah, korang faham!
Zafran berdiri.
“Selalu buat? Contoh?” Soal Zafran sambil tangannya
menyeluk ke dalam saku tracksuit-nya.
Fiya memetik jari.
“Stay like that!” Fiya mengarah.
Zafran mengerut dahi.
Sekadar menurut.
Fiya sekadar membuat
lakaran.
Takkan nak dibiar budak
ni berdiri statik macam tu. Kalau dia pitam, meyusahkan aku jugak. So, just
sketch.
Ketika Fiya sedang
melakar, dia sibuk memaki hamun di dalam hati kertas lukisan yang menghalang
perjalanan matanya menghadap wajah Fiya. Benda tak bernyawa pun dia dah macam
ni, apatah lagi kalau benda hidup…
Zafran menampar pipinya
perlahan.
‘Macam mana aku boleh
jadi macam ni sekali ek? Dulu kira okay lagi tapi sekarang ni macam sistem
angau aku dah nak meletup!’
Fiya memandang pelik
wajah Zafran yang dah berkerut-kerut.
“Dah lenguh ke?” Sindir Fiya.
‘Demi kau, aku sanggup
berpatung macam ni sehari suntuk’.
“Lembabnya kau lukis. Kalau aku lah, tengok sikit je
model tu, aku dah dapat siapkan. Lagi-lagi kalau model dia ni satu level dengan
model professional”. Jawab Zafran tanpa perasaan.
Fiya tidak menjawab.
Masih fokus. Dia memandang lama riak muka toya Zafran
“Aku
tahulah aku handsome tapi cover-cover lah jugak. Ada lagi two act kan? Kalau
macam gini lah, tak mustahil tersembul keluar biji mata kau”. Zafran masih
dengan sesi ‘ masuk bakul, angkat sendiri’.
“Aku
naik juling ada lah”. Balas Fiya dan menyambung semula lakarannya. Sebenarnya
Fiya sedang memerhati riak muka toya Zafran.
‘Sekalipun kau juling,
aku tak akan lepaskan kau’.
Sungguhlah aku tengah
dalam proses angau. Kalau lah mama ke papa ke ataupun budak Zahrin tu dapat
tangkap aku punya perubahan drastik ni, habislah aku kena sakat dan rahsia di
antara hati dengan mulut aku akan terbongkar. Ohh tidak…
“Okay, dah”.
Zafran kembali duduk di
hadapan Fiya.
“Nak tengok”. Zafran merayu seperti kanak-kanak kecil.
“Tak boleh. Cepatlah, nak lukis apa pulak ni? ”
“Nak tengok!”
Zafran memandang tembus
anak mata Fiya.
Fiya tersenyum.
Zafran tertelan air
liur.
‘Hoi cik kak, janganlah
senyum macam tu!’
“Alah…janganlah tukar ekspresi muka kau tadi”.
Kening kanan Zafran
terangkat.
“Yang macam mana?”
“Alah…yang ekspresi laser superman tu”.
“Ekspresi tu buat aku handsome ke tak?” Gurau Zafran.
“Iya, handsome giler! Cepatlah…karang nak Maghrib dah”.
Zafran dengan senang
hati melakukan aksi itu.
Fiya hampir nak
tergelak melakar aksi itu.
‘Adoyai, confirm A plus
plus aku dapat ni’.
“Okay,
next act”.
“Cepatnya”.
“
Lagi handsome, lagi cepatlah aku dapat siapkan”.
Zafran mengerut dahi.
“Macam perli je”. Tutur Zafran senada.
“Memang pun”. Balas Fiya.
Fiya sekadar tersenyum.
Zafran membalas semula senyumannya itu.
Kini, giliran Fiya pula
tertelan air liur.
‘Handsome, comel,
segalanya ada dalam senyuman dia tu. Macam part Jang Geun Suk senyum dalam
cerita He’s Beautiful !’
Fiya cepat-cepat
mengambil pensel dan melakar sebelum senyuman yang seakan ikhlas dari hati itu
hilang.
Zafran semakin senyum
melihat kekalutan yang terpancar melalui riak muka Fiya.
Fiya memenuhkan kertas
lukisan yang besar itu dengan wajah Zafran bersama senyuman yang dirasakan
mahal itu.
Zafran mengerut dahi
tetapi bibirnya terus-terusan tersenyum. Entah kenapa, dia berasa senang dengan
setiap tindak tanduk Fiya ketika ini.
Jantung Fiya pula
berdegup kencang dan menambahkan lagi kekalutannya.
Lakaran itu hampir siap
dan hanya perlu ditacap sedikit.
“Okay dah. Malam nanti baru aku tacap-tacap sikit and it
will be perfect!” Ujar Fiya dengan tangannya membentuk simbol-okay.
Zafran bangun dan
mendekati lukisan Fiya.
“Mana boleh tengok lagi”. Fiya cuba menyelamatkan
lukisannya.
“Bila aku boleh tengok?” Zafran seolah-olah merengek.
“Kau dah lupa ke? Esokkan ada acara sempena menyambut
kehadiran Menteri Kebudayaan”.
Zafran mengangguk.
“Memanglah aku ingat tapi apa kaitannya dengan lukisan
kau ni pulak?” Soal Zafran.
“Tunggu je lah. Dah, jom turun”. Balas Fiya kemudian
menutup lukisannya dengan kain yang tersedia di dalam bilik itu.
Fiya melangkah keluar.
Zafran cuba membuka
kain lukisan itu.
“Zafran!” Fiya menjerit dari luar bilik.
Zafran tersengih dan berlari
mengekori langkah gadis bertudung putih ini.
Tak sempat nak curi
tengok!