Aku,Aafiya Qaisarah.Anak kepada pembantu rumah kepada sebuah majikan yang berada.Ada empat orang semuanya keluarga majikan aku ni.Tuan Abdu Rafi dan Puan Suhaymah memang tersangatlah baik.Siap sponsor tempat tinggal,duit universiti dan makan.Tapi yang slack sikit,bukan sikit tapi banyak adalah kedua-dua anak lelaki mereka.
Muka diorang memanglah setaraf Awal Ashaari atau EunHyuk(suju).Yang sulung tu,setahun tua dari aku..kejam dia memang satu level lah dengan budak-budak F4(kalau korang ada tengok cerita B.O.F la),senang cerita memang kejam tapi otak memang mengalahkan Einstein.Adik dia(calon SPM) ikut sebijik dengan perangai si abang ni. Tak ada apa yang dapat membezakan mereka kecuali ketinggian.
Yang aku ni lah menjadi mangsa kepada kedua-dua budak ni sejak azali lagi.Betul!Aku tak tipu,sejak aku keluar dari perut mak aku..aku dah kena buli dah ngan si abang tu.Nasiblah si abang dengan si adik tu bukan kembar. Kalau tak lagi seksa hidup aku!!!
"Fiya...!!!Dari kiraan sepuluh turun sekarang!"
Tu dia,panjang umur budak tu.Korang dah dengar kan?So,aku terpaksalah end story kat sini dulu.Kalau korang nak follow cerita aku,korang follow lah.
"Lapan,tujuh....".
'Kau pikir rumah kau ni kecik ke?Aku boleh melompat macam tu je???'
Korang jangan pelik kalau aku guna ayat ni untuk setiap bab.
Kiraan memang dah habis.Tapi aku kisah apa?Macam tak biasa pulak.
Pandangan dia memang sama bila tenung aku.Macam seumur hidup tak makan.
“Kau jalan ke mengesot?Lembab betul”.Zafran Marzuq dengan pakaian biasanya.Baju tanpa lengan dan shorts.And tak lupa,gelang silver dia tu.Tak pernah hilang dari tangannya.
“Kau nak aku buat apa ni?”
Zafran menjongket bahu.
“Kau lembab sangat . Aku ingatkan nak suruh kau tolong ikatkan tali kasut aku ni tapi disebabkan kau lembab,aku dah pakai sendiri”.Jawabnya dengan nada yang sama.
Aku senyum je lah.Tali kasut pun nak kena panggil aku ke?Normal bagi seorang lelaki yang bernama Zafran ni.
“Fiya…!!!”.Si kecik tu pulak yang memekik nama aku sedangkan dekat belakang aku ni je.Gaya pekik macam aku beribu batu daripada dia.
Tak ada penggunaan ‘akak’?Ya,memang tak ada.
Aku memusingkan badan.
“Hari ni kau tak de kelas kan?Ikut aku”.
I’m not your assistant la Zahrin Muttaqin!!!
“I book her first”.Zafran dah tarik lengan aku.Nasiblah berlapik,kalau tak free-free je siku aku ni terlepas dari sangkar.
Zahrin menarik tangan kiri aku pulak.
“So what?”
“So today she is fully with me.Understand?”.Tegas Zafran.
Puan Suhaymah turun.Tangan aku dah bebas.
Masing-masing dah start acting.Aku tak bagi tahu ke tadi yang diorang tu pemenang tujuh kali berturut-turut
anugerah pelakon lelaki terbaik dekat Grammy Awards tu?
Wanita itu menyambut ketiga-tiga salaman.
“Semua dah sarapan ke ni?”Soal Puan Suhaymah.
“Dah ma”.Serentak mereka berdua menjawab.
Aku belum lagi…Terlepas sarapan untuk kali ke berapa ni?Aku dah tak ingat.
“Fiya,busy ke hari ni?”Soal wanita itu lagi.Lembut sungguh suaranya.
“Fiya busy la ma.Dia nak tolong Zaf siapkan assignments”.Zafran terlebih dulu menjawab.
Hello,aku wujud tak ni?
Zahrin dah berasap.
Tak payah kisah dengan Zahrin punya asap.Aku punya asap dah cukup berkepul-kepul.Cukup sangat kalau nak buat penghalau nyamuk untuk satu Malaysia ni.
KLCC…
Entah apa jenis angin dia yang tiba-tiba pulak bawa aku jalan-jalan dengan dia ni.Kata nak siapkan assignments tapi sekarang ni apa?Ok Fiya relax…sedarlah kau ni siapa je. Tak mungkin.
Zafran memandangnya pelik.
“Are you okay?Or still in fantasy?”Soalnya sambil ketawa.
Tolong jangan ketawa.I hate your laugh.You make me fall on it.
“I’m in reality.Zaf,shoot me”.Aku tak faham.Kenapa aku kena dress dengan baju yang dia pick.Yeah,I admit yang dress dia pilih memang cun but why?
Kening kanan Zafran terjungkit.
“Monsun apa yang jenguk kau sampai kan aku pun terlibat ni?”
Dia memandang ke depan dan tersenyum.
Sebuah restoran yang kelihatan agak mewah dilangkah masuk.
Dia mengerutkan dahinya.Zafran hanya berlagak biasa.
“Datang pun kau!Ingat dah sombong”.Jerit seorang lelaki.Dia memakai tag nama – Hazim dan aku perasan perkataan ALUMNI dekat situ.Aiseh,mamat ni.Ye pun nak bawak aku pergi majlis alumni.Bagi tahu la.Aku punyalah penat memikir.
Shake hands.
Aku renung Zafran tajam.
Zafran membuat muka innocent.Copy je aku nye.
“Aku nak kau senyap je.Jangan bukak suara.Okay?”Soalnya dengan ibu jari bertembung jari telunjuk.Tanda ok.
“Aku tak teringin pun nak cakap”.Balas Fiya.
Majlis bermula selepas semua tetamu sudah hadir.Ada kek dekat situ.
Zafran paling tak suka makan kek selain daripada kek coklat.Aku yakin yang dia akan mengelak.
“Hey girl,alone”.Seorang lelaki yang seusia Zafran menegurnya.
Maaf pakcik,saya ditugaskan untuk menjadi tunggul.
“Are you hear me?”Mentang-mentang muzik tengah beralun tu,kau pakai dialog jenis ni.
Aku mengikut arahan.Still senyap.Hanya melemparkan senyuman.
Lelaki itu terkaku.Sudah tidak banyak soal.
Okay,mungkin kau dah faham tugasan aku.
“Your smile,it’s really really beautiful”.
Dah banyak kali dengar dah.Cuma dari mulut anak majikan aku tu je belum pernah lagi.Dan mungkin tidak
akan pernah.
Aku dapat rasakan kepalaku digosok perlahan.
Zafran?It is you?Kau demam ke apa?Tak pernah-pernah kau buat macam ni.
“So it’s Zafran’s girl?So,I must let my hope go”.
Aku sedang blur.
“The great player.Takkan sorang”.
Lelaki itu menalakan telunjuknya ke arah tiga orang gadis yang melambainya.
Barulah aku faham.Buaya darat rupanya.
Aku tak kurang macam butler si Zafran ni jek.Ikut lah mana dia pergi.
Perut ni,faham-fahamlah.Dahlah tak sarapan.
“Kau tak laparkan?”
Ada ke soalan jenis tu yang wujud dekat atas muka bumi ni?
Aku tak melayan.Pandangan aku memerhatikan kawasan sekeliling.Mana satu agaknya girlfriend si Zafran time sekolah dulu.Agak mustahil kalau dia tak ber couple zaman sekolah menengah.
“Tu GF kau dulu kan?”Aku menunjukkan ke arah seorang gadis berpakaian ungu.
Zafran tidak memberi sebarang reaksi.
Sah la tu.
Aku melayan hal sendiri.Aku bukan jenis busybody.
Melayan lagu dari walkman ajaib ni lagi best.
“How do you know?”
Baru sahaja Fiya ingin memasang earphone.
“Sebab dia curi-curi pandang dekat arah sini.Apa yang lelaki dekat sebelah dia cakap,dia buat tak
dengar je.Obvious sangatlah”.
“Nah ambik ni.Karang sakit menyusahkan aku je”.Sepinggan makaroni dihulurkan.
“Ni je?Ciput betullah.Bukan kena bayar pun”.Sengaja Fiya ingin mengambil mood ceria.
Zafran menggeleng.
“Banyak makan tapi cekeding jugak”.
“I take it as a compliment.Thank you”.Jawab Fiya seperti suara orang membuat announce di pasaraya.
Zafran sudah masak dengan perangai si Fiya yang suka membalas apa sahaja yang terlintas.
Fiya perasan yang Zafran sedang bermain mata dengan gadis tadi.
“Haram”.Ujar Fiya ringkas.
Zafran mengangkat kening.
“Zina mata lah.Kalau suka dekat dia,confess jelah lepas tu masuk meminang. Senang kan?Lepas tu
semuanya dah halal dah”Fiya menjelaskan.
“If I can do as you said”.
“Why not?”
Soalan yang tidak terjawab.
“Aku nak naik cab boleh tak?Bosan la.Kalau aku tahu,aku bawa segala assignments aku tadi dekat sini.Rasanya kalau buat macam tu dah siap dah”.
Assignment memang tersusun atas meja.Tu baru assignment aku,belum campur assignment budak ni lagi.Aku pun pelik.Course aku bukannya sama sengan course dia tapi segala kerja rumah dia akan jadi kerja rumah aku sekali.Tak campur lagi yang sorang lagi tu.Nak SPM ke tak nak,aku sendiri pun tak tahu.
Aku ambik course seni lukisan dan dia ambik course bisnes.Ada connection ke kedua-dua course ni?
“Nanti aku call driver suruh ambik kau.And macam biasa.Aku nak bila aku balik semuanya dah siap.Faham?”.
“Tak faham.Boleh tak kalau kau tolong tukarkan perkataan driver tu kepada Pak Man. Boleh kasi hormat tak?Bukannya kau yang bayar gaji dia.Sesuka hati sesedap rasa je kau panggil macam tu”.Yela,mak bapak dia yang bayar gaji pun panggil Pak Man.
“Kita sambung dekat rumah.Okay?”
Fiya dah bengang.
Ish,dia ni memang tak pernah makan saman.Siap la kau…